Tuesday, December 30, 2008

peperiksaan.=)

tarikh demikian adalah tarikh utk exam sy..macam ade yg tak kena je dgn exam slip ni..hehe dua paper utk subjek yang sama..=)
takpelah,itu semua kesalahan teknikal.brader exam unit kata pilih yg paling lambat..dalam hati fikir,napelah tak lambat lagi..hehe..

library IEEE;
use IEEE.std_logic_1164.all;

entity final_exam;
port ( input: tempat_yang_sesuai
output: dewan_peperiksaan);
end final_exam;

architecture final_exam_arch of final_exam is
z<=doa when x=ada usaha else= toksah berangan;
equation = z + x =>pasti_berjaya(include tawakal);

end final_exam_arch;

:akibat bergelumang dgn coding utk subjek digital system...alahai..

"good luck kpd kawan2 utk exam nanti"


p/s:seeking for "medicine"

Wednesday, December 10, 2008

Janganlah buat begitu....


Janganlah buat begitu....



Rashid
melipat sejadah. Dia baru saja menunaikan solat Asar berimamkan bapa mertuanya, Haji Sarip. Sudah tiga hari dia bercuti di kampung. Esok dia harus memulakan tugas seperti biasa. Setelah bersalaman dengan ibu dan bapa mertua. Rashid dan isterinya, Zakiah meminta diri untuk pulang. Tidak lama kemudian, kereta Wira Aeroback yang dipandu meluncur di jalan raya. Perjalanan dijadualkan akan mengambil masa lebih 2 jam..Bersama dengan isteri yang dikahwininya dua tahun yang lalu. Mungkin belum rezeki, mereka belum dikurniakan cahaya mata. Rashid tidak memikirkan sangat soal zuriat kerana perkahwinan mereka masih muda. Lagipun mereka berdua sama-sama bekerja. Cadangnya setelah ekonomi mereka kukuh sedikit, barulah merancang untuk menerima cahaya mata.


Hampir sejam berlalu, Rashid membelok memasuki lebuhraya. Bahang matahari sudah mengendur. Keremangan petang membuatkan cuaca lebih nyaman. Ketika mengerling ke wajah isterinya, Rashid tersenyum. Zakiah sudah terlena. Rashid menghidupkan radio. Mendengar lagu untuk mengatasi rasa mengantuk. Ketika jam menunjukkan pukul 7:30 malam, Zakiah membuka mata. Dilirik wajah suaminya sepintas lalu. Sudah masuk waktu Maghrib. Kalau tidak diingatkan, pasti suaminya tidak akan berhenti untuk menunaikan solat Maghrib.
"Dah Maghrib, bang. Berhenti sekejap." Wajah Rashid kelihatan keruh. Membayangkan perasaan kurang senang mendengar permintaan isterinya. Zakiah sedia maklum. Suaminya bukan sembahyang sepanjang waktu. Hanya di depan kedua orang tuanya. Malahan di depan orang tuanya sendiri, Rashid tidak pernah sembahyang. Zakiah kesal dengan sikap suaminya, sudah puas dia memberikan nasihat tetapi langsung tidak diambil peduli.

Beberapa kilometer kemudian, Rashid membelok masuk ke tempat rehat. Zakiah kurang yakin suaminya akan turut sama menunaikan solat Mahgrib. Selalunya Rashid lebih rela menunggu di dalam kereta atau membasahkan tekak di medan selera. Tempat rehat kelihatan sesak dengan kenderaan. Rashid tidak menemui ruang untuk memarkir kereta.
Dia menghentikan kereta, meminta Zakiah turun. "Abang tak turun sekali?" tanya Zakiah penuh harapan. "Kiah pergilah... abang tunggu kat sini. Tak ada parking," jawab Rashid mudah. Sepeninggalan Zakiah yang turun bersama beg berisi telekung, Rashid memejamkan mata.

Tempat parking masih penuh. Dia terlelap seketika, terjaga semula sewaktu Zakiah membuka pintu kereta. Perjalanan diteruskan. "Abang tidur?" tegur Zakiah. "Ha... terlelap sekejap. Letih rasa badan ni." "Kalau abang letih, biar Kiah bawak." "Tak apa... kalau tak tahan sangat Kiah bawaklah nanti." Zakiah tidak membantah. Lagipun dia sendiri terasa penat. Hujan mulai turun membasahi jalan. Rashid memperlahankan kereta. Memandu dalam keadaan jalan licin mengundang risiko. Namun malang tidak berbau. Rashid sudah berhati-hati tetapi ada pemandu lain yang kurang memikirkan keselamatan diri dan orang lain.
Secara tiba-tiba Rashid merasakan sesuatu merempuh bahagian belakang keretanya. Dentuman yang amat kuat kedengaran. Serentak dengan itu kereta yang dipandunya melambung sebelum menghempas jalan dengan bahagian atas ke bawah.

Apabila sudah menyedari apa yang sebenarnya berlaku, Rashid berusaha keluar. Namun kakinya tersepit sedangkan Zakiah di sebelahnya tidak sedarkan diri. "Ya Allah... selamatkan kami... " bisiknya perlahan. Terasa mukanya basah, darah merah mengalir. Orang ramai datang membantu. Mengeluarkan Zakiah terlebih dulu. Kemudian giliran Rashid tetapi usaha mereka gagal kerana kaki Rashid tersepit. "Tersepit... tak boleh tarik... Kena tunggu bantuan. Kita bawa dulu yang perempuan ke hospital." Rashid berdoa dan berdoa tanya henti agar Allah S.W.T menyelamatkan Zakiah dan dirinya.

"Bertahan, encik. Kami sudah memanggil bomba!" Anehnya Rashid tidak merasakan kesakitan yang sewajarnya. Boleh dikatakan kakinya tidak terasa dihimpit oleh sesuatu. Namun dia gagal untuk menggerakkannya.
"Tolong saya, encik... " pinta Rashid dengan nada sayu. "Mengucap... cik... berdoa kepada Allah... cik akan selamat." "
Sabar encik... tak lama lagi pasukan penyelamat akan sampai." Kata-kata memberi semangat silih berganti menusuk telinganya.

Dengan keremangan malam, Rashid melihat begitu ramai yang mahu membantu.Syukur. Pandangannya tertunpu pada seorang lelaki yang memakai jubah serba putih. Berserban dan berjanggut lebat. Kelihatan mulutnya terkumat-kamit sambil tangannya memegang tasbih. "Ya Allah... selamatkanlah aku... " Bunyi siren agak melegakan Rashid. Bantuan sudah tiba.Pasukan bomba dengan tangkas mengeluarkan alat kelengkapan untuk mebebaskan Rashid dari himpitan. Beberapa minit berlalu, kemudian suasana menjadi sunyi apabila salah seorang anggota bomba bersuara. "Kakinya tak tersepit apa-apa. Pelik... kenapa tak boleh keluar?" Usaha untuk mengeluarkan Rashid terhenti. Semua yang ada di situ kebingungan. Mereka tidak mampu menarik Rashid keluar, sedangkan tidak ada apa-apa yang menghimpitnya. Rashid sendiri kebingungan. Bencana apa yang sedang menimpanya. "Ini bukan kerja manusia macam kita... kena panggil orang yang tahu... " terdengar sebuah pendapat. Rashid semakin gementar.

Doanya tidak putus-putus. Ketika mulutnya terkumat-kamit berdoa, tiba-tiba dia merasakan seseorang berbongkok di sebelahnya. Rashid berpaling, agak tersentak melihat lelaki berjubah tadi berada di sebelahnya. "Tuan... tolong saya tuan... " "Saya tak boleh menolong, Yang Berkuasa hanyalah Allah Taala... " "Saya tak berhenti berdoa, tuan. Tolonglah saya, tuan... " "Kamu berdoa kepada siapa?" Rashid terdiam. Aneh bunyi pertanyaan lelaki itu. Dalam keadaan cemas begitu, Rashid merasakan bukan tempatnya untuk bergurau. Apatah lagi lelaki itu kelihatan seperti orang alim. "Sudah tentulah pada Allah." "Tetapi Allah bukanlah Tuhan kamu!" Rashid tidak mampu hendak menggerakkan sebarang anggota. Kalau tidak, sudah pasti dia akan mengerjakan lelaki itu. Nampak saja alim, tetapi bercakap seperti orang yang tidak berilmu.

"Bukankah selama ini kamu tak pernah menyembah Allah. Kamu hanya mendirikan sembahyang di depan mentua kamu. Sedangkan di belakang mereka, kamu tidak pernah ingat pada Allah. Tidakkah kamu malu meminta pertolongan dari Allah. Kenapa kamu tidak meminta pertolongan dari mentua kamu!" Tekak Rashid terasa amat kering. Dia ingin bersuara, memohon ampun atas kesilapannya selama ini, tetapi tidak ada suara yang keluar. Lelaki berjubah itu hanya tersenyum, kemudian bangun dan meninggalkan Rashid. Rashid berusaha untuk memanggil, ingin memaklumkan bahawa dia menyesal tetapi mulutnya tidak mampu lagi dibuka. Sedangkan kesakitan mula terasa.

Sesuatu yang amat berat menghimpit sehingga dia tidak mampu bernafas. Rashid cuba meronta tetapi usahanya hanya sia-sia. Tidak lama kemudian dia tidak sedarkan diri.
"Abang... bang! Abang!!" Perlahan Rashid membuka mata. Wajah isterinya memenuhi pandangan. Syukurlah isterinya selamat. Rashid memanjatkan kesyukuran di dalam hati. Akhirnya mereka mampu keluar dari bencana. "Sedapnya tidur... naik serak suara Kiah mengejutkan abang... " Tidur? Rashid terpinga-pinga. Segera dia memandang sekeliling. Ya Allah! Dia masih berada di tempat rehat. "Kiah tunggu sekejap... abang nak solat Mahgrib!" kata Rashid sambil terkocoh-kocoh membuka pintu kereta. Zakiah tercengang, senyuman merekah di bibirnya.


Anas menceritakan beliau mendengar Rasulullah bersabda :- "ALLAH S.W.T BERFIRMAN : AKU TANGGUHKAN MALAPETAKA YANG SEHARUSNYA DITIMPA KE ATAS SESUATU DAERAH APABILA AKU LIHAT DI SITU ADA ORANG YANG KERAP KE MASJID, KASIH ANTARA SATU SAMA LAIN DEMI KEPENTINGAN DAN BERSEDIA MEMOHON AMPUN PADA WAKTU TENGAH MALAM".

p/s:solat tiang agama

Monday, November 24, 2008

adakala..

pepatah ade mengatakan senyap itu lebih baik dari berkata2...

mungkin mahu senyap seketika..SILENT,DIAM,TIDAK BERKATA-KATA

Thursday, November 20, 2008

Cerpen sebuah kisah



"Encik Johan, mak encik perlu banyak-banyak berehat. Jangan biarkan dia buat kerja-kerja berat. Keadaannya makin tenat. Kalau tak dikawal, dia mungkin menemui maut. Dia perlukan perhatian yang lebih daripada encik. Kalau boleh, bawalah dia tinggal bersama. Satu lagi, pastikan dia mengambil ubat-ubatan secara konsisten dan berterusan.. .".

Itulah pesan doktor kepadanya beberapa bulan yang lalu. Bunyinya tampak mudah sahaja....tapi. ..,untuk melaksanakannya. ..aduh, hanya Tuhan yang tahu. Hanya Tuhan sahaja yang memahami gelodak di hatinya. Dan...hanya Tuhan sahaja yang mengerti gelora di jiwanya. Setinggi ombak menggulung di samudera luas, seganas badai menghempas tepian pantai, begitulah jua yang dirasakan di lubuk hatinya kini....

Johan dilahirkan dalam keluarga yang cukup susah. Dia anak jati desa. Dia dibesarkan dalam serba kekurangan. Ibu dan ayahnya hanyalah pesawah. Sawah miliknya takpun sampai sekangkang kera. Dia membesar bersama lumpur dan pacat. Kerbau-kerbau itu temannya, malah, bertemu ular sawah pun bukan lagi perkara asing baginya. Pantang ada sahaja waktu terluang, dia akan melompat, meredah lumpur sawah untuk mencari ikan laga. Dia gemar bermain ikan laga. Kakinya itu juga sudah biasa bersalut lumpur. Penuh dengan parut-parut kesan gigitan nyamuk dan pacat. Kulitnya hitam berkilat dibakar terik mentari. Apabila tiba musim menuai, dia akan turut sama membantu ibu bapanya di sawah. Setiap hari dia membanting tulang empat keratnya. Dia lakukan ini semua demi meringankan beban ibu dan ayahnya. Dia sayangkan kedua-dua mereka.

Memang Johan anak yang baik. Ah, anak bandar takkan sama dengan anak desa sepertinya. Anak bandar tak pernah mengenal erti kemiskinan. Anak bandar tak pernah mengenal rasa susah seperti yang dia rasa. Baginya, hendak makan pun susah. Kata orang, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kerana itu Johan amat menghargai kemewahan yang dinikmatinya kini. Kesenangan ini rezeki Tuhan buat dirinya. Berkat doa ibu ayahnya dan usahanya yang berdikit-dikit, dia mampu membina empayar yang agung dalam bidang perniagaan. Dia kini ahli perniagaan tersohor di ibu kota .

Namun demikian, dia bukanlah seorang yang lupa diri. Dia tak mahu jadi seperti kacang lupakan kulit. Dia tahu asal usulnya. Dia tahu dia anak desa. Anak orang miskin. Inilah dia Johan, anak yang suatu ketika dulu pernah bergelumang dalam lumpur. Berkat asuhan keluarganya yag taatkan agama, dia tampil sebagai seorang insan yang berani, keras bak besi waja. Dia gemar
membaca kisah perjuangan Rasulullah dan para sahabat. Malah, sejak kecil lagi dia cukup mengagumi kepahlawanan Salahuddin al-Ayyubi, yang dikatakan singa di siang hari, sufi di malam hari. Kerana itu dia menjunjung cita-citanya sebagai mujahid. Dia ingin sekali syahid. Syahid dalam jihad fisabilillah. .....

Johan mengalihkan pandangannya ke wajah wanita yang usianya hampir 100 tahun itu. Itu Mak Lijah, ibunya. Perempuan itu sudah terlalu tua. Garis-garis kedut kian jelas di wajahnya. Kulitnya banyak yang sudah kendur dan berkedut-kedut. Kalau kanak-kanak kecil melihatnya pasti mereka akan menangis. Terasa ngeri menatap wajahnya.

Johan mengalihkan buah-buah tasbih yang terselit di celah jari-jemari ibunya. Walaupun terlantar sakit, ibunya tidak pernah culas membilang biji-biji tasbih, tunduk mengingati Tuhan. Inilah yang menambahkan lagi sayang Johan kepada ibunya. Dia bangga beribukan Mak Lijah. Walaupun
miskin, dia kaya agama dan budi bahasa. Johan lantas menggenggam erat tangan wanita
yang telah lama kematian suami itu. Tangan itu terlalu banyak berjasa kepadanya. Tangan itulah yang menyuapkan nasi ke mulutnya. Tangan itulah yang mendodoikannya tika tapak kakinya masih sebesar dua jari.

Trriiiiittt. ...!...Trrrriiii it..!!! Johan tersentak oleh deringan handsetnya. Lamunannya terhenti.

"Assalamualaikum. " Johan memulakan. Salam diberi pembuka bicara.

" Waalaikumussalam. Abang.....ini Nora. Abang di mana sekarang ni?!" Satu suara perempuan membalas. Agak keras bunyinya.

"Oh.....Nora. Maafkan abang, sayang....Abang terlupa nak beritahu Nora. Abang kini berada di hospital.... ". Jawab Johan pula. Ada sedikit rasa bersalah pada nada suaranya.

"Di hospital?! Buat apa abang ke sana ..?!! Tanya perempuan itu ingin tahu. Agak tinggi juga bunyinya.

" Bukannya apa...Nora. Mak abang sakit tenat. Abang terpaksa jaga dia hari ini. Abang janji, lusa abang akan pulang....hmm? ?" Dia menjawab mesra, takut terguris hati si isteri.

" Oh....tak mengapalah. Assalamualaikum. " Tup! Enggan bertanya lanjut, perempuan itu lekas mematikan talian. Tak sempat Johan bertanyakan hal-hal di rumah. Terkulat-kulat dia dibuatnya.

Perempuan itu tadi isterinya, Nora. Baginya, Nora adalah orang kedua selepas ibunya. Pun begitu, dia amat menyayangi isterinya. Dan anak-anaknya. Dia masih ingat lagi, perkenalannya dengan Nora bermula di bangku universiti. Nora adalah juniornya. Dia mula tertarik hati kepada Nora ketika mereka sama-sama menerajui sebuah badan agama di situ. Nora begitu cekap mengendalikan tugasnya. Dia begitu matang dalam menyelesaikan masalah. Dia juga adalah bunga yang tak mudah goyang pabila dihinggapi sang kumbang. Kerana itu Johan terpikat padanya. Kerana itu gadis yang lengkap bertudung labuh dan berjubah itu cukup menyenangkan pandangan kali pertamanya.

Dia mahukan isteri yang mampu menjadi ibu yang baik untuk anak-anaknya, sepertimana ibunya sendiri. Memang dia memandang gadis itu dengan hasrat untuk dijadikan isteri. Bukan sekadar untuk suka-suka. Bukan juga sekadar untuk main-main. Seingatnya belum pernah dia melirikkan anak matanya kearah anak gadis orang semata-mata untuk memuaskan nafsu. Dalam tak sedar dia terlupa gadis manis pilihan ibunya di kampung. Orangnya bukan setakatlemah lembut, malah pandai pula memasak, pujuk ibunya suatu ketika dahulu. Ah, tak mengapalah. Hatinya labih terpaut pada Nora. Mungkin dah tersurat jodohnya memang di situ.

Sebagai anak muda yang berperibadi tinggi, dia tak mahu dibelenggu fitnah. Dia tak mahu terjerat dengan dosa seperti kebanyakan pemuda lain. Seboleh-bolehnya dia mahu mendapatkan Nora melalui wasilah yang baik, yang tidak melanggar batas-batas syariat. Lantas disuarakan hasrat murninya itu kepada seorang ustazah yang mengajar di situ. Kalau-kalau ustazah itu boleh
bertanyakan Nora bagi pihaknya. Alhamdulillah. ...rupa-rupanya Johan tidak bertepuk sebelah tangan.....

Perkahwinannya dengan Nora memberi izin padanya untuk menyemai benih cinta buat kali pertama. Sebelum ini dia tidak pernah bercakap dengan perempuan selain ibunya seandainya tiada keperluan. Bukannya bermakna dia takutkan perempuan, cuma....dia tak mahu melampaui batas-batas adat dan agama. Dia cukup sensitif tentang soal dosa dan pahala. Baginya, agama bukanlah sesuatu yang boleh diperjudikan, malah, agama itulah penyinar masa hadapan.

Di awal-awal usia perkahwinannya, kehidupannya sebagai sepasang suami isteri banyak mengundang kebahagiaan. Keceriaan. Juga kedamaian. Oh, kasihan sungguh si ibu tua! Johan tak bermaksud melukakan hati ibunya. Baginya, Nora adalah pilihannya. Dia yakin Nora jugalah pilihan anak-anaknya nanti!

Jelas Nora seorang isteri yang baik. Noralah suri hidupnya. Noralah setiausahanya yang paling bijak. Noralah yang bersusah payah menyediakan kopi panas setiap kali dia bangun bertahajud. Noralah yang tak jemu-jemu mengejutkannya untuk solat Subuh setiap pagi. Noralah yang menyediakan pakaiannya, makan minumnya dan tempat tidurnya. Noralah yang melahirkan
zuriatnya, malah Nora sanggup melepaskan jawatan tinggi yang disandangnya demi dia dan wira-wira kecil mereka yang tiga orang itu. Nora terlalu banyak berkorban untuknya dan anak-anak. Rumahnya itu syurga dunia baginya.

Sesungguhnya perempuan yang solehah lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya. Kini dia mampu tersenyum puas. Teringat dia akan kisah cinta Rasulullah dan Siti Khadijah. Cukup romantis. Ya, memang tak dinafikan ada kalanya dia berselisih faham dengan Nora. Tak sependapat. Tak sehaluan. Akibatnya, masing-masing tunduk membisu tatkala bersua muka.
Tapi....lekas- lekas dia teringatkan kisah sahabat nabi Umar al-Khattab r.a. Umar sendiri pun pernah bermasalah dengan isteri. Umar pun pernah dileteri isteri. Namun, berkat benteng iman yang kukuh, pemuda segagah Umar mampu membina tiang kesabaran. Menyemai kembali benih perpaduan. Mengingatkan itu, perlahan-lahan dia mendekati isterinya. Berusaha memenangi hatinya semula.Dia tahu Nora penat saban hari melayan kerenah dia dan anak-anak.

Kasihan Nora.....Nora. ...kaulah isteri yang aku sanjungi...Syurgalah tempatmu nanti..! Getus Johan dalam hati. Aaahhh..!!! Itu bukan masalahnya! Itu bukan perkara yang menyemakkan benaknya tika ini. Yang menjadi masalahnya ialah Nora bukan gadis pilihan ibunya! Nora bukan kehendak hati ibunya! Nora itu pilihannya! Sungguh Johan tak menyangka perbuatannya menikahi Nora terkesan di hati ibunya. Sungguh Johan tak tahu. Ibunya terlalu mengharapkan dia menikahi gadis sekampungnya. Apa nak buat, hatinya tiada pada gadis itu. Maafkanlah Johan, bu....rintih Johan dalam hati.

Memang sejak dari dahulu lagi hubungan Nora dengan mentuanya agak renggang. Bukannya dia tak pernah cuba memenangi hati mentuanya, tapi mentuanya itu yang mudah berjauh hati. Entahlah.... Dia sendiripun kurang pasti. Mentuanya, atau dirinya sendiri yang terlalu sensitif? Entahlah...kedua- duanya barang kali.

Kini Mak Lijah pula kerap jatuh sakit. Kali ini sakitnya bertambah tenat. Johan tahu sebagai anak lelaki tunggal, dia mempunyai tanggungjawab yang lebih berat terhadap ibunya. Sebab itulah bagaimana sibuk sekalipun, dia harus pulang menjenguk ibunya di kampung. Sebagai anak lelaki, syurganya di bawah telapak kaki ibunya. Redha ibunya, maka redhalah Tuhannya. Tak guna
kalau dia menabur seribu bakti sekalipun andainya ibunya murka padanya. Habis......bagaimana pula isterinya? Takkan nak ditinggalkannya terlalu lama?! Tambah memeningkan kepala, doktor menasihatkan agar ibunya dibawa tinggal bersama. Kalau berita ini disampaikan kepada ibunya, Johan pasti ibunya berkeras untuk tinggal tetap di situ. Dia mahu berkubur di situ.

Seribu satu alasan akan diberikannya. Dan.....kalau berita ini disampaikan kepada Nora pula, sudah pasti isterinya itu diam membatu, sepi seribu bahasa, walhal jauh di sanubarinya dia sebenarnya berkecil hati. Alah, Johan faham sangat perangai isterinya itu. Dia isteri yang setia.
Seboleh-bolehnya dia tak mahu menolak permintaan Johan, jauh sekali mengingkari arahan
suaminya.

Johan buntu. Dia kini tersepit di tengah-tengah persimpangan dilema. Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Kedua-duanya adalah permata yang bertakhta di hatinya. Dia perlu menunaikan tanggungjawabnya sebagai anak dan suami. Syurganya di bawah telapak kaki ibunya. Syurga isterinya pula di bawah telapak kakinya. Dia perlu lakukan sesuatu untuk memperbaiki keadaan.
Namun, dia tak mahu ada jiwa yang terguris. Bak kata pepatah, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.

Akhirnya Johan mengambil keputusan nekad. Dia bersedia berulang-alik bergilir-gilir dari rumahnya ke kampung. Dia sedar antara Kuala Lumpur dengan Kedah bukanlah suatu jarak yang dekat, namun....dia tiada pilihan. Dia perlu berkorban untuk orang-orang yang telah banyak berkorban untuk dirinya selama ini. Kini tibalah masanya untuk dia membuktikan kasih sayangnya kepada kedua-duanya sekali. Kasih sebagai suami dan anak. Kerja-kerja di ofis pun telah siang-siang diserahkannya kepada rakan kongsinya bulat-bulat. Benar-benar dia mengharapkan pertolongan sahabatnya itu. Mujur, rakannya sedia membantu.

Sejak itu, dia kerap meninggalkan isterinya. Dia lebih kerap pulang menjenguk ibunya di kampung. Namun, demi kasihnya pada si isteri, dia tetap pulang ke bandar bila tiba masanya. Sebagai lelaki, dia rindukan belaian manja seorang isteri. Sebagai ayah, dia rindukan suara riang dan peluk
cium jundi-jundinya yang masih kecil.Seingatnya juga, sejak itulah Nora mula berubah sikap. Setiap kali dia pulang, Nora seakan-akan ingin lari daripadanya. Tiada lagi layanan mesra daripadanya. Tiada lagi senyuman manis terukir di bibirnya. Tiada lagi jelingan manja di matanya. Bukan setakat itu, Nora juga diperhatikannya sudah pandai bergaya. Dari tudung labuh dia beralih ke tuding singkat, jelas menampakkan dadanya. Malah kadangkala dia
seolah-olah sudah biasa tidak bertudung tatkala berada di luar rumah. Rumah dijadikannya seperti hotel. Nora sudah berani keluar sesuka hati.

Nafkah zahir batin Johan usah diceritakan lagi. Semuanya diuruskannya sendiri. Oh, begitu cepat manusia berubah. Mak Timah, pembantu rumah merekalah yang menyampaikan berita itu kepadanya. Johan benar-benar terluka. Entah angin apa yang menyapa isterinya, dia sendiri tidak tahu. Mak Timah pun tidak tahu. Siapa sangka wanita yang dulunya taat beragama, tapi
kini.....ah! Dia tak berani membuat andaian kosong. Membuat tuduhan melulu. Yang pasti, hatinya makin lama makin hancur dan berdarah. Panas terbakar, hangat mendidih. Terasa sebak jiwanya. Isteri yang disanjungnya satu ketika dahulu sudah mula berpaling tadah. Sudah mula bertukar arah. Hanya anak-anaklah pengikat kasih mereka.

Ya Allah....Bala apakah yang menimpa keluargaku? Sungguh, terasa maha hebat dugaan yang Kauberi...rintih Johan dalam hati.

Pun begitu, kasih Johan kepada isterinya tak pernah luntur. Tak pernah kurang. Sebusuk-busuk daging....., direbus.. ..,dicincang. ...,dimamah jua. Bukanlah perceraian yang diharapkan daripada perkahwinannya dengan Nora. Nora masih lagi isterinya yang sah. Dia tak pernah kenal wanita lain selain Nora. Dia perlu bersikap adil. Dia perlu bersemuka sendiri dengan Nora. Perhitungan perlu dibuat!! Kalau dibiarkan lama-lama ia akan menjadi nanah yang membusuk dalam jiwanya.! Dia bukan lelaki dayus..!!!!

Johan mula berkira-kira untuk pulang ke rumahnya lebih awal daripada hari yang dijanjikan. Sengaja tidak mahu diberitahunya kepada Nora. Mak Timah pun dah seminggu pulang bercuti. Belum pun balik-balik lagi. Jadi, mudahlah untuk Johan berbicara dari hati ke hati dengan isterinya nanti. Kepada Mak Lijah, ibunya, diucapkannya selamat tinggal. Dikucupnya dahi ibunya mesra. Dia perlu pulang untuk menyempurnakan tugasnya sebagai suami. Dia tetap
akan pulang pada hari itu juga...!

Johan sengaja memberhentikan keretanya agak jauh dari rumahnya. Perlahan-lahan dia mengorak langkah menuju ke pekarangan mahligainya, The Blue Mansion. Ada sebuah kereta besar di pinggir jalan sana .

Ah, kereta jiran sebelah barang kali, pujuk Johan dalam hati. Sesampainya dia di pintu rumah, matanya terbeliak besar. Dia merenung sesuatu. Dia pasti itu bukan miliknya. Sepasang kasut lelaki berjenama Alain Delon. Hatinya berdebar-debar. Degup jantungnya kian terasa. Dia mula mengesyaki sesuatu. Fikirannya berkecamuk memikirkan sesuatu yang buruk akan berlaku.

Ditolaknya daun pintu rumah perlahan. Takut didengari isterinya. Langkahnya diatur kemas menghala ke bilik wira sulungnya di tingkat bawah.

"Anak abah sayang....Umi mana?" Soalnya sebaik sahaja pintu terkuak.

"Umi ada kat atas, dengan uncle". Tenang sahaja bunyi jawapan daripada anak kecil berusia lima tahun itu. Seolah-olah tiada apa yang pelik baginya.

"Dengan uncle??!!!" Balas Johan. Hampir terjojol biji matanya mendengar jawapan anaknya. Dia pantas mendaki tangga ke tingkat atas. Dari jauh dia seakan-akan dapat menangkap bunyi rintihan. Juga suara-suara yang tak berapa jelas biji butirnya.

Hatinya benar-benar terbakar. Panas membara. Dipercepatkan lagi langkahnya. Didapatinya daun pintu tidak terkatup rapat. Maka perlahan-lahan dia menguak daun pintu biliknya. Menggigil-gigil tangannya menahan marah. Bergetar dadanya menahan sabar.

Dan.....

Johan mengangkat muka. Di hadapan matanya kini dua merpati sedang memadu kasih. Tak seurat benangpun lekat di tubuh kedua-duanya.

Ya Allah, sungguh mereka berperangai seperti binatang. Mereka hanyut dibawa arus dosa. Dibuai keseronokan yang amat sangat, hinggakan kehadiran Johan pun tak disedari. Johan terasa hatinya panas menggelegak. Kelelakiannya mula tercabar.

"Noraaaaaa.. ..!!!!!" Tempik Johan. Tersentak pasangan kekasih itu dibuatnya. Masing-masing cuba berselindung di bawah selimut tebal. Tergamam sungguh Nora. Terasa seakan mahu gugur jantungnya. Tidak disangkanya Johan akan pulang pada hari itu. Ketakutan mula meresapi jiwanya.

"Oh....isteri apa engkau ini Nora. Ibu apa engkau ini. Di hadapan aku kau berselindung di sebalik kelembutanmu. ...tapi di belakang aku kaulah singa yang rakus membaham mangsa! Patutlah selama ini kau sentiasa ingin berjauhan dariku. Patutlah selama ini kau mula berubah sikap.
Nora...bukankah kau isteriku yang sah?! Apa tak cukupkah selama ini nafkah yang kuberi?!
Mahligai yang kubina?! Tubuhmu yang kusaluti emas?! Apalagi yang tak cukup Nora....cakaaaaappppp!!!" Johan bersuara lantang buat kali pertama.

Bersusah payah dia berbicara dalam menahan ratap sendu yang amat hiba. Setabah-tabah dirinya, menitis jua air matanya. Tak disangkanya wanita yang dahulunya disanjung dan dipuja kini berlaku curang terhadapnya. Sungguh dia tak pernah menyangka wanita yang dulunya taatkan Allah dan Rasul boleh berbolak-balik hatinya. Sia-sia sahaja kepercayaan yang dicurahkan kepada isterinya selama ini. Kerana kepercayaan yang tak berbelah bahagi itulah dia berani
meninggalkan isterinya. Oh, Tuhan....Mungkinkah dia yang bersalah?! Ya, mungkin dia yang bersalah kerana kerap meninggalkan isterinya dahulu. Membiarkannya sepi tanpa suami di sisi....tapi. ...mungkinkah dia juga yang bersalah andainya ingin menabur bakti pada ibu di kala usia merangkak senja?! Johan sendiri tidak pasti.

"Abang....ampunkan Nora bang....Nora mengaku Nora yang bersalah..." kata Nora dalam esak tangisnya. Dia meluru ke arah Johan dalam keadaan berselimut. Air matanya bercucuran keluar. Barulah dia tersedar akan dosa yang dilakukannya. Tak mustahil manusia berilmu sepertinya, kalau tak kukuh benteng iman, bisa kalah dengan godaan syaitan. Remuk-redam hati Nora mendengar kata-kata suaminya. Seremuk-remuk hatinya remuk lagi hati Johan. Dia memeluk kaki suaminya, mengharapkan simpati yang tak pasti.....

Johan kaku. Dia nekad. Cukuplah setakat ini hatinya disakiti. Cukuplah setakat ini jiwanya dilukai. Dia takkan menyentuh lagi perempuan yang kotor itu. Perempuan itu kini terlalu jijik baginya. Perempuan itu sanggup menggadaikan maruahnya. Perempuan itu tak layak menjadi ibu kepada anak-anaknya. Bukanlah ini perempuan yang dicari-carinya! Teringat pula dia akan ibunya di kampung. Dia bersyukur kerana dia masih ada perempuan itu.

Di situlah syurganya. Di bawah telapak kaki perempuan itulah letaknya syurganya. Dia mahu mencari redha ibunya, kerana dia sebenarnya ingin mencari redha Ilahi....Dia mahu meniti jalan-jalan syurga yang suci...Dia mahu jadi hamba Allah yang sejati.....kerana itu, dia sudah nekad kini....

Johan merentap kasar kakinya yang berada dalam pelukan isterinya. Ditinggalkannya isterinya itu terkapai-kapai. Lemas dalam lautan dosa. Dia pantas membimbing ketiga-tiga anaknya masuk ke perut kereta. Dia sudah bertekad, biar dia yang menanggung jerit perih membesarkan anak-anaknya. Dia tak mahu anak-anaknya membesar di sisi seorang pelaku maksiat.

Johan ingin segera berlalu dari situ. Sedikitpun tidak ingin dia menoleh ke belakang. Pantas dia memasukkan gear dan menekan pedal minyak. Diluncurkan keretanya laju menghala ke jalan besar tanpa menoleh kiri dan kanan. Tiba-tiba... ..

Duummmm....! !!!! Satu letupan kuat kedengaran. Letupan itu sahaja cukup untuk menggegarkan Desa Permai dan seluruh isinya. Letupan itu sahaja cukup untuk meragut nyawa seorang ayah bersama tiga jundi-jundinya sekaligus. Dari tingkap kaca rumahnya, berjejeran airmata Nora melihat mayat suaminya bersama tiga anaknya bergelimpangan di atas jalan. Darah berhamburan di sana-sini. Dilihatnya juga sebuah treler panjang terbaring lesu di bahu
jalan. Orang ramai mula mengerumuni tempat kejadian....

Kini telah seminggu Nora meratapi pemergian suami dan anak-anak tercinta. Tanah kuburpun masih merah dan basah. Setiap hari dia menabur bunga di kubur mereka....Terasa sayu hatinya..... Ah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Sudah seminggu juga dia tak lalu makan dan minum. Seakan-akan mahu sahaja rasanya dituruti langkah-langkah mereka. Kalau boleh, dia ingin kembali ke masa lalu. Ke saat bahagia bersama suami dan anak-anak. Ke masa lampau di mana dia disanjung sebagai isteri. Ke masa dia belum lagi mengenal erti dosa besar. Air mata yang diempangnya tak henti-henti mengalir. Hatinya benar-benar hiba. Hatinya benar-benar terharu tatkala membaca warkah suaminya yang ditulisnya sedikit masa lalu.
Warkah itu terselit dalam keretanya yang habis remuk. Warkah itu berbunyi:

Nora,
Duhai isteriku sayang...
Dengarkan pesanan abang ini baik-baik...
Buat pegangan di hari muka...

Nora,
Abang bukanlah seorang penyair, kerana itu abang tak pandai bergurindam. ..
Abang juga bukanlah seorang pelakon, kerana itu abang tak pandai bersandiwara. ..
Abang juga bukannya seorang pelawak, kerana itu abang tak pandai bersenda loka...
Tapi... Abang adalah hamba Allah, kerana itu abang menjunjung amanah-Nya.

Nora,
Terima kasih atas kesudian untuk menjadi isteri abang...
Terima kasih juga atas titik peluh Nora yang mengalir untuk mengasuh anak-anak abang...
Tapi lebih daripada itu, abang harap Nora faham bahawa hidup di dunia tak semudah yang kita janjikan...
Hidup di dunia ini penuh dengan onak dan ranjau berduri...
Tapi sayang... Inilah hidup yang harus kita tempuhi.

Nora,
Sesungguhnya tempat seorang isteri itu adalah di sisi suaminya...
Sayang, bukankah kita sama-sama ingin mengejar syurga Allah? Ingatlah
sesungguhnya syurga isteri itu terletak di bawah telapak kaki suami...
Kerana itu sayang, jangan sekali-kali kau menderhakai suamimu.

Nora,
Didiklah anak-anak kita dengan didikan agama...
Didiklah mereka dengan kedua-dua belah tanganmu yang suci...
Berjanjilah pada abang, bahawa Nora takkan sia-siakan jundi-jundi kita...
Kalau abang tak sempat, bimbinglah mereka untuk jadi mujahid...
Ingatlah sayang, tangan yang menghayun buaian itu mampu menggoncangkan dunia.

Khas buat jundi-jundi abah,
Hamzah, Mus'ab dan Khalid....
Jangan nakal-nakal nak...
Jadilah anak-anak yang soleh..
Bila umi dan abah sudah tiada nanti, doakanlah yang terbaik untuk kami...
Jangan lupa untuk sempurnakan cita-cita abah...
Jadilah mujahid Islam yang sebenar...
Selamat maju jaya abah ucapkan...
Wassalam.

Nora meramas-ramas warkah itu hingga hampir lunyai. Digenggamnya erat-erat. Ya Allah...mampukah aku mencium haruman syurga-Mu? Mampukah aku menjadi mawar yang menghiasi taman-taman syurga? Nora khusyuk menghisab diri.

Hari itu, seorang ibu meratapi pemergian anaknya, mendoakan balasan syurga untuknya. Ketahuilah bahawa sesungguhnya kasih ibu membawa ke syurga...

Hari itu juga, seorang isteri menangisi kepulangan suaminya, mengharapkan doa dikurniakan syurga dari-Nya...Semoga roh suami dan anak-anaknya ditempatkan di kalangan hamba-hamba- Nya yang beriman...Amin.

p/s:takut terjadi lg

Wednesday, November 19, 2008

SELOKA AURAT

SELOKA AURAT

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.

Monday, November 17, 2008

lari lagi...

tarikh:16 november 2008
tempat:pulau pinang
event:PenangBridge International Marathon

inilah event pertama untuk semester ni.event ni agak berlainan sket dari larian2 yg sebelum ni sebab kategori yang disertai adalah kategori FUN RUN 10KM.atau dialih bahasa LARI SUKA2 10KM..hehehe.hanya gurauan.takkan la nak lari suka2 sejauh tu.buat penat badan jer.tapi sememangnye secara peribadi,memang lari tapi tak target nak menang.sekadar untuk menamatkan larian jer.masa yg diperuntukkan untuk kategori ni adalah 120minit dan berjaya menamatkan larian dalam 85minit.(rekod peribadi yg agak tak best).ini petanya.

semasa larian ni,dpt la juga melihat keindahan laut dipagi hari ditambah dgn beberapa jentera pembinaan(proses melebarkan jambatan).tak best tul tgk jentera2 nih,dh la berkarat sana sini.tapi nak buat camner,dh laluannye sebegitu.ikutkan hati nak jer bertenggek kat jambatan tu.ye la,hari2 biasa kenderaan tak boleh berhenti kat jambatan.tapi tak jadi bertenggek sbb melihat atuk2 memintas,memecut dgn selambernye,terasa tercabar.hehe.menariknye larian kali ni ialah,hadiah cabutan bertuahnye iaitu sebuah kereta Proton Saga BLM.sape taknak kete free.pandai organizer menarik perhatian orang ramai..tapi,hadiah tu,budak sekolah yang menang.ade lesen ke tak??(soalan berbaur kedengkian)hehe..rezeki budak tu nak dpt.yang lain semua,dpt tgk jer..

pengalaman ke pulau pinang kali ni mmg best.(mcm tak penah pegi penang jer,kampung kat kepala batas je).perjalanan bermula pada hari jumaat dalam 11pm++.transit seketika di perak(rumah driver) sebab penginapan yg di'book' boleh check in pada sabtu 2ptg.

dpt gak rase suasana kampung.
dh lama tak balik


cik putih yg pandai berposing

closeup muke cik putih.
cik putih sgt spoting


lepas cukup rehat&makan,sambung perjalanan pada esoknye,hari sabtu.disebabkan tersampai awal kat penang,kami pun ronda2 la kat pulau tu.shopping?shopping jeruk jer.hehe..nak shopping baju2,kat KL pun boleh.tak bawak byk duit pun.jam 2ptg,check in.

penginapan
mr hanif(mr driver)
the runners

bile dh smp usm ni,tetibe rase rajin plak nak amik gambar.gambar amatur je.ade kengkawan hoki suruh usha padang kat usm ni.nnt nak pegi usm ni lagi untuk Pesta Hoki USM 2008.padang yg ditemui,ni je la.padang2 lain dh dipacak dgn tiang gol ragbi.maybe geng2 hoki bole prepare nak pakai kasut ape time match nnt.

pintu masuk.
tiang gol hoki kat tepi tu


padang usm.mungkin kat sini match
hoki akan berlangsung


setelah selesai semua aktiviti,bertolak pulang dan smp mmu jam 2pagi isnin.sebabnye sesak kat highway,ade accident.lori dgn kereta.ngerii...sekian..tettt!

Friday, November 14, 2008

Tag again..yeay

kene tag dari izzah lak..let check it out.takmo forward tag.


*Let the Questions Begin*


1. What is your name?
* mohd ruzaini akmal b. mohd raif
panggilan dirumah juga kampung=akmal or mal
panggilan dikampus = zaini

2. How old are you?
* 21

3. What are the 3 electronics you can't live without?
* handphone
* laptop
* jam tangan

4. Are you amazing?
*ye kot.

5. What is the brand of the phone you are using?
* nokia

6. What color is your phone?
* red

7. Have you slept in school before?
* bile ngantuk tido,sbb duk kat blkg ditambah dgn kuasa sbg pengawas.takde yg kaco.hehehe

8. How long are you online in a day?
* depends..

9. How would you describe yourself?
* aku seorang yang hebat......=)

10. What's your favourite topic to talk about?
*depend pada siapa yg kita sembangkan....favourite topic,topic merapu

11. Which teacher do you like?
* cekgu cekgi

12. Who do you think is the most handsomest in your class?
* aku akui member aku sume handsome.handsome pada ciri masing2

13. Who are you currently aiming on?
* ade ar,maneleh bgtau

14. Do you know a lot of your sibling's secret?
* of coz....

15. How do you rate your sibling?
* best of the best

16. Is your sibling gorgeous?
* yeah

17. Do you judge people?
* a`ah..judge pada perkara yg sepatutnye

18. Do you run?
*run?..yup..

19. Are you lazy to tag people?
* mungkin

20. Who was the last person you spoke on the phone?
* bapak sy

21. What is 2 + 2?
* jap nak amik kalkulator

22. Who is your idol?
* our beloved prophet, Nabi Muhammad s.a.w n my lovely parents...

23. Are you a monster?
*apekah soalan ini???tak patut ditanye..hehehe

24. Do you play with Barbie dolls?
* kalo aku jawab yer,agak2 ade yg percaya tak..hahaha

25. What was the last movie you watched?
* tak igt...senario kot..

26. What do you think of your English?
* atas pagar...berterabur gak la

27. What do you think about your Bahasa Malaysia?
* ok jer..

28. Who do you hate?
* tettt! taknak jawab

29. Do you love yourself?
* of course i do!!!

30. Blurt out 5 random words.
* aku,kereta,kewangan,kehidupan jua kesihatan

Friday, November 7, 2008

cuti oh cuti

alkisahnya cuti semester yang singkat

sejurus selesainya final exam,terus pulang kerumah kerana nak beraya bersama family.almaklumlah beraya dengan notes agak kurang best.
so,antara aktiviti semasa cuti.

event satu

kawan2 datang beraya rumah saya.

diorang tgh tengok citer "jgn pandang belakang"
hehe smp gigit jaket sendiri tu.punye la seram.dikala ini
jam menunjukkan pukul 11 lebih(PM)

antara mereka yang berada diruang tamu.
yang lain dikerah membasuh pinggan.hehehe


terima kasih kawan2 kerna sudi berkunjung kat rumah saye yg tak seberapa.tak sangka 20++ yang dtg.terima kasih byk2.next time dtg lagi..pesanan kpd jejaka baju kuning tu,kuih semprit akan ditambah bekalan pada raya akan datang.hehehe

event dua

kejohanan hoki "dewan" di UPSI 2008

bergambar jap sementara menunggu turn

sapekah beliau?bace paper hiburan?ish3 teruknye.
dikala on the way to mmu

setelah pulang~

keseluruhannye,sy rase pihak penganjur perlu memperbaiki pengurusan pertandingan jika tidak mahu dikritik..teruji mental dan fizikal sbb lama menunggu..cerita selanjutnye di blog member ini

event tiga
family day TM ibu pejabat

family day kali ni dibuat di bukit jalil berlainan dengan tahun sebelumnya di desa waterpark.
rasenye kali ni punye family day kureng.maybe sebab tak dpt main air kot.hehehe.

sekitar family day

pentas perasmian.tak ramai lagi time ni sbbnye
sy dan family dtg awal.hehe



belon panas +cuaca yang panas

abg magic dgn skillnye.brader ni femes kat channel astro prima
rancangan pasal magic,tak igt tajuknye.


gerai2 jualan

orang ramai


ini je la beberapa event yang aku buat dikala cuti.taktau nak taip ape dah.hehehe...

p/s:lebih utamakan event sukan dikala ini...

Tuesday, October 14, 2008

Tag sempena raye....

erm,..ni kali keberapa tah sy kene tag.tapi sebelum ni tak tergerak hati nak buat.sbb taktau plak dlm dunia blog ni ade event meng'tag' org.
olehsebab tergerak hati nak mengreply tag....inilah yg sy jawab..hihihi.tengkiu kpd kak ayu....


1. Berapa pasang baju raya anda taun ni dan kaler apekah?
Thn ni takde baju raya baru.ade 3 pasang baju (biru,PINK,merah) lama.so,pakai yg lama.sbb mase beli tu mmg saje pilih yg bersaiz besar supaya bole pakai untuk tahun seterus dan seterusnye.badan lmbt mengembang.=P

2. Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
lemang yg sempurna dimasak...bukan lemang yg terlebih masak.lemang terlebih masak sgt keras

3. Apakah biskut raya kegemaran anda?
biskut meri..ahakkssss...tiada yg spesifik....makan jer..hehehe

4. Bape banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?
jumlah duit raye =.......tak sampai 100...ahakss...mane taknye,pegi jer raye tuan umah tanye "ni tingkatan berapa"..hehee

5. Apakah aktiviti malam raya korang?
aktiviti malam raye??melihat tv,makan lemang dan semestinye bukak NOTES....huhuhhu exam membunuh rayaku..

so nak pass around kat sape?

1.incik asrool (yg baru ilang henpon beliau...tu ar sepah2 lagi)
2.amira@adik mutant
3.miss pooh (mbb beliau baru kene kiss ngan waja..hehe cari driver baru k)
4.awe donde ( sapekah beliau??hehe)
5.miss izzah
6.ain (hehe...tak pakse buat tag ni...hehe sbb tak buat tag beliau tempoh hari)


tiada paksaan untuk buat....selamat berexam kpd yg berexam...hehehe

Tuesday, October 7, 2008

pabila buah hati merajuk..=P

tiada apa yg nak diceritakan,sekadar nak story(ahakss same je maksudnye)

"tanggal (suatu tarikh dan suatu masa).kemuncak merajuknya kekasih hati.saat dimana dikau sangat diperlukan,disaat itu jualah dikau membuat onar.ku cuba memujukmu dan cuba menenangkanmu.tp akhirnya aku jua yg mengalah.aku pulang bersama yg sudi menerima.namun ku pasti suatu hari nanti....."

agak best jugak ayat ni.hehehe..rase2 sape la ek kekasih hati tu.semestinya yg disayangi.erm..????
sebelum pelbagai sangkaan dilempar,baik aku citer terus..hehehe.kekasih hati tu hanyalah metafora kpd kete aku.cume nak citer pasal kete aku rosak.tu je..hehehe.macamla org lain tak penah rase.entah ape2 laa aku nih..tp ini kisah aku.baco jo lah kalo nak baco.

kejadiannya berlaku pada 5 oktober jam 10.30mlm.ketika dlm perjalanan nak balik mmu.laluan asal ikut mrr2(middle road ring 2)...mcm lord of the ring plak..tp keadaan sgt sesak.maklum la penduduk kl balik dari perantauan..dan mendapat idea mahu menggunakan highway KLP(kl-putrajaya).walaupun tol nye agak mahal,tak kesahlaa asalkan sampai.sesampainye di jalan ampang hilir..dgn tetibe kete mati enjin.sempat la park kete tepi jalan..check beteri,ok.check meter minyak,ade lg separuh.minyak hitam,byk lg.air,ade jugak.taktau la ape yg rosaknye.usik tu usik ni,takmo gak idup enjin kete.dah la enjin mati kat tempat yg agak best.tmpt tu nak kate sunyi bole juge la.sbbnye byk kediaman embassy luar negara.tau2 je la rumah embassy camner,tembok punye la tggi.mcm la ade istana dlm tu dan juge ade rumah usang.gelap dan.......

Dlm dok try idupkan enjin kete,dtg sorang brader ni offer diri nak tolong tgkkan.dlm hati bole percaye ke ni?silap2 aku dirompaknye.tp alhamdulillah takde pape.dlm keadaan yg hampir putus asa,decide perlu alihkan kete ketempat yg selamat.sbb menganggu lalu lintas.so,tolak laa ape lagi..haih~

gamba rumah usang tu tak disnap.
kang tersangkut lak gamba lain.

rumah sunyi tu?seram?..tak jugak..cume menyeramkan bile kelibat org mabuk keluar dari restoran berdekatan.kang kalo kene kaco,bersilat camner pun rase cam takle lepas.time tu pun aku tgk cam ade pergaduhan dikalangan org2 mabuk tu.siap bawak kerusi lg.bahaye2.nape la diorang teguk air setan tu..ish3..so bile nampak makhluk yg mabuk2 itu,aku dok diam2 dlm kete..

so,mintak tolong kat ayah sendiri.ayah aku pun smp.dekat 1 jam tggu.then ayah aku pun takle nak idupkan kete tu.tepon la AAM..bile tgh kol,time tu la kalut nak lekat sticker AAM kat kete.nasib baik ade sticker,kalo tak.kene kuarkan duit..dh tepon AAM,kene plak tggu lg.memandangkan aku ade exam,on je la laptop,bace notes sementara tggu wakil AAM smp.hampir 2 jam tggu baru la dtg wakil AAM tu.brader AAM tu pun belek2.same cam aku buat.check bateri dan sebagainya.tp brader AAM tu mmg terrer.dpt detect ape rosaknye.rupenye car distributor rosak..patut la enjin cam semput jer.

car distributor yg sambung dgn wayar merah tu
(bukan gamba enjin kete aku)

brader AAM tu pun try baiki.tp mmg dh out dh distributor tu.so,...kene la tunda.tp trak tunda takde time mlm tu.pagi esoknye la baru dpt tunda.terpaksa la tinggalkan kete kat situ..last2 aku balik umah semula dgn ayah aku jam 2 pagi..lama btul sangkut kat situ...hasrat balik mmu ditangguh.tinggal la kekasih hati dijalanan..hahaha.alhamdulillah sumenye dh ok skang..end

p/s:sayangilah sesuatu itu sebaiknye.kalo tak,mungkin akan menyusahkan kita.

Monday, October 6, 2008

siapa??

SIAPAKAH ORANG....... .

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya?

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya! dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia didalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapa kah orang-orang yang mundur hidupnya?

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. Kenalilah Diri kamu Rata2 Nescaya Engkau Akan Mengenali Tuhan Yang Amat Nyata .

p/s:malu dgn diri sendiri..huhu.byknye kekurangan diri.

Wednesday, September 10, 2008

Puasa oh Puasa!!...

Puasa oh puasa .
ape makne puasa ek?sape leh bgtau aku?
puasa ialah menahan diri dari lapar dan dahaga dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari .ni maksud yg kita belajar mase skolah dulu kan..tapi makna puasa sebenarnya lebih dari tahan lapar dan dahaga.tahan ape ek?

-tahan@kawal tahap kesabaran

bulan puasa ni,macam2 yang berlaku yg membuat aku kene byk bersabar.weii!! bulan puasa ni bulan org buat baik,buat amal ibadat.bukan mencuri..lagi skali,bukan bulan untuk mencuri.. aku tak paham la perangai jenis ape la yg ade kat dalam diri manusia ni.suka sgt amik harta orang lain.tak cukup ke ape yang ade??sampai perlu amik harta orang lain??nak pulak kejadian curi ni berlaku kat tempat yang aku rase tak logik bole jadi kecurian..handset,wallet,dsb hilang disurau ketika solat terawih.surau tu kan tempat orang beribadat.pelik tul la..aku igt tahun ni tak jadi dah.kot2 la org yg mencuri tu dah insaf.ini tak,jadi lagi.peristiwa thn sudah "zaini,nak mintak tolong ni"tanya seorang kawan dgn muka gelisah."haa nape ni?".."ni,hanset,wallet hilang".."laa camner leh ilang?sepah2 ke mase solat?".."tak,td letak dlm beg,lps solat je tgk2 dh takde"..blom sempat abes tanye,dtg 2 org lagi kawan.pun mengadu perkara yang sama.aku jadi tercengang.."letak sekali ke dlm beg yang same?".."a`ah"...adeh,mmg pakej la pencuri tu dapat.tapi tahun ni,pun same gak berlaku...tapi lain lak mangsanya.eee geramm!!!!


dalam kes yang lain,kes curi makanan(sejenis bahan yg bila ditelan,rase kenyang)..memang tak bole diterima akal bila dapat tau makanan member aku dicuri.dicuri kat library plak tu..kalo nak sgt pun,mintak la elok2.takpayah curi2..tak berkat makanan tu masuk dlm badan.yang membuat aku turut rase bengang walaupun tu bukan makanan aku ialah,makgad yang jage library tu dh tegor orang yang amik makanan tu.makgad tu ckp la tu bukan kamu punye.pencuri tu selamba jer kate ko sape nak amik tau..agak"indah" jugak bahasa dia.haih~ andai aku dijodohkan berjumpe ngan orang yg suke amik2 ni..nak jer aku debik skali.bukan ape,geram!!!!...


di lain kes,puasa di bulan ramadhan ini diwajibkan keatas org muslim.dan ade kelonggaran kepada kaum hawa contohnya ibu yang mengandung,keluarnya darah haid...tapi yang membuat aku rase tak senang bile tgk member.cukup sifat lelakinye,tak puasa....alasannya tak sahur.weeiii tak mati la kalo tak sahur..tolongla,pikir la banyak2 kali mane yang wajib mane yang sunat.dah masuk Universiti pun....yang ni pun rase nak debik gak..hehehe

-tahan kewangan@berjimat

bulan puasa ni nak ajar kita supaya berjimat.rase macam mane orang kat negara susah tu puasa..bukannya membazir..aku pelik dgn perangai segelintir masyarakat di sini.dah tu sembang nak hebat.ckp bulan puase ni menduga btul la...dah tau menduga,nape rajin sgt pegi bazar ramadhan.kalo sekali sekala takpe la.ini tak,hampir tiap2 hari pegi..pastu sahur nak pegi tmpt yang best..ape citer???.kan elok simpan duit tu.kot2 la ade emergency.kete rosak ke,pc tak lari@running ke,hp masuk dlm lubang jamban ke.kan bole gune duit tu..ye la,mmg bukan duit aku,duit korang.tp sbg kawan,sekadar nak tgk kawan2 senang.tak rase payah bulan puasa ni.datang je surau kat mmu ni.ade disediakan juadah buka puasa.tapi bile dh buka puasa kat surau,takyah la komen tu tak sedap,air suam ni tak manis...terima jer ape yang diberi..jadilah orang yang tau erti bersyukur....yang ni aku taknak debik.aku nak senyum jer.

(bukan dlm bhgn tahan kewangan)

bulan ramadhan ni,ade solat sunat yang takde dibulan lain.iaitu solat sunat terawih.mmg la itu perkara sunat(mean tak buat tak berdosa),tp solat sunat terawih ni sunat muakkad,iaitu perkara sunat yang dituntut..so tunaikanlah.lagi baik kalo solat disurau berjemaah..tak salah solat kat bilik,cume lagi molek,lagi cantik,lagi masyuk solat disurau.click here. aku just share ape yang patut.bkn ape,aku tercari2 gak member yang begitu semangat sebelum puasa.katanya mesti ade kat saf(barisan) hadapan time solat terawih..tp takpela,maybe beliau sibuk.tiada masalah disitu.


p/s:aku taip sume ni ape yang aku rase...aku hanya seseorang yang biasa.tak lari dari buat silap gak.kemaafan dipohon jika terasa hati.


Wednesday, September 3, 2008

hari ini..


hari ini..erm..seperti hari-hari biasa..
cuma hari ni aku berpeluang bersemuka dengan pelakon veteran yang aku minat.iaitu Datuk Aziz Satar.[link]
kebetulan bertemu kat bilik wuduk surau mmu ketika aku nak solat zohor..
pada mulanya aku tegur,aku panggil abg aziz.hehe(macam la umur aku ni dekat2 ngan umur datuk aziz nih..haih)..tp lepas solat aku panggil la dgn gelaran yg dia dpt.Iaitu Datuk Aziz Satar sebagai tanda hormat.
Sempat la jugak aku berborak dgn beliau.katanya dia mai sini ada tugas,shooting sempena merdeka.taktau utk ape shooting tu.tp paham la tugas beliau sebagai artis.sebelum datuk beredar,sempat lagi datuk buat gaya trademark beliau smp aku pun leh tergelak(gaya2 lembut gitu.hehe...alahai datuk)

ok tu je nak bercerita.masa utk menjalankan tugas.menyusun atur juadah berbuka:)



p/s:harini juge tak berpeluang nak jumpe kumpulan nasyid rabbani kat hotel sheraton.tp tak kesahla..Tuhan Maha Merancang :)

^^^^^^



Doa Seorang Kekasih
Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala



p/s:lagu ni best :)[permintaan hatiku]

Tuesday, August 26, 2008

Collection of 8's

ape nak taip nih...
sebenarnye saje nak kongsi ape yg aku rase@dapat.
semalam selepas latihan hoki..barang yg aku tunggu2 akhirnye dapat.
bile dh dpt,cukup koleksi aku
dizaman sekolah

juge dizaman sekolah
dizaman ini..hehe

sememangnye aku minat no 8 ni,sbb bagi aku no 8 ni ade maksudnye tersendiri..
cube anda amik pen,lukiskan no 8 nih..ape yg anda nampak pabila pen tu patah balik kat titik asal..bg saye,jauh mane kite pegi,kite tetap balik kat tempat asal..ape tempat asal?bak kate nabil "lu pikirla sendiri"

lepas ni ape plak aku nak join...ragbi?haha,agak tak sesuai utk aku join..

Monday, August 25, 2008

dotdotdotdotdot

All or nothing--O-town

I know when he's been on your mind
That distant look is in your eye
I thought with time you'd realize
It's over over
It's not the way I choose to live
And something somewhere's got to give
As sharing this relationship gets older older
You know I'd fight for you
But how I can fight someone who isn't even there
I've had the rest of you now I want the best of you
I dont care if that's not fair

Chorus:
Cause I want it all
Or nothing at all
There's no where left to fall
When you reach the bottom it's now or never
Is it all
Or are we just friends
Is this how it ends
With a simple telephone call
You leave me here with nothing at all

There are times it seems to me
I'm sharing you with memories
I feel it in my heart
But I dont show it show it
And then there's times you look at me
As though I'm all that you can see
Those times I don't believe it's right
I know know it

Don't me make me promises
Baby you never did know how to keep them well
I've had the rest of you
Now I want the best of you
It's time for show and tell

Chorus

Cause you and I

Could lose it all if you've got no more room
No room inside for me in your life
Cause I want it all
Or nothing at all
There's no where left to fall
It's now or never

Chorus x2

p/s:meminati lagu lama..:P