Friday, April 25, 2008

Anda belum matang sekiranya.....

sekadar ingin berkongsi....

Anda belum dikira matang sekiranya...

1)Menghabiskan nilai kad telefon pra-bayar untuk berbual dengan "kekasih" sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa.

2)Rela menunggu berjam-jam,dalam hujan pula untuk melihat gadis yang kononnya anda "cintai"
melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspres(tak sampai 2 minit untuk 4 rakaat).atau mungkin tidak solat LANGSUNG!!

3)Memarahi bahkan sanggup menampar adik beradik yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki hamun atau dihina oleh wanita yang diminati.

4)Sanggup membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari,tetapi baca Al-Quran satu muka surat pon mungkin ambil masa setahun.

5)Asyik terkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang pun wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak ditemui.

6)Susah hati jika tidak menerima surat,SMS,email daripada orang yang anda cintai sebaliknya anda tahu bahawa anda telah lama tidak berkirim surat kepada ayah yang tinggal dikampung.

7)Memakai pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai singlet,baju pagoda atau tak berbaju ketika bersolat.

8)Lebih banyak mengucapkan kalimah I love U berbanding kalimah zikir seperti subhanallah,alhamdulillah,Allah hu akbar..

p/s:matangnya seseorang itu bukan kepada hebat cara beliau bercakap,tetapi aspek2 diatas ini yang perlu jadi nilaian.Alhamdulillah,kiniku telah sedar.syukur.....amiinn

4 comments:

buzzy said...

ya ALLAh ,kau ampunkan lah kehidupan mohd ruzaini akmal.redhailah kehidupan keluarganya.rahmatilah keluarga dia,berkatilah keluarga dia..ya ALLAH,kuatkan lah hatinya kembali dan telah luluh ini.Kuatkan lah hatinya seperti para pejuang.hanaya padaMU jua tempat aku bergantung.rahmati juga kawan-kawanku..amiinn

Hazwan said...

abg.... seriouslah kadang2 kita x terlintas pasal benda nih

buzzy said...

manusia sering lupa dan leka....

WaNaHakALuGi..~ said...

amiinn!! :D