Wednesday, April 30, 2008

Berlari ke shah alam

disitu adanya forum...forum ape?

Forum Perdana Ehwal Islam
tempat:Stadium Melawati,Shah Alam
tarikh:27.4.2008
tajuk:Menjana Islam Syumul di Kalangan Ummah
panel:- Dato Dr Harun Din
- Dato Dr Ismail Kamus
- Ustaz Roslan Mohamad
Moderator: Dato Dr Hasan Ali

perjalananku.
-bertolak dari bumi MMU yang gersang ini pada jam 6.45ptg ++.
-dugaan pertama,kereta tak bole start plak.tp mmg dh biase,kereta aku memang manje.nak kene belai dgn lemah lembut baru nak stat..
-perjalanan ikut highway kat blkg ni(blkg mmu).taktau highway ape.ELITE kot..sebab cepat sampai.
-sesampai di shah alam,solat maghrib di petronas.time ni baru je lepas tol.Harge tol Rm 3.90[info kepada sesape yg nak gi shah alam =)]
-sampai di stadium dalam jam 8.10mlm.lps park kete,tak masuk stadium terus.hehe..kite ke pasar sebentar..=)
-suasana pasar memang lain.hijauuuuuuuu..[kalo paham].makanan pon sedap2.tp tak mkn lg time ni
-masuk stadium dlm 8.20mlm++.tunggu masuk isyak..dlm 9.16mlm solat isyak berjamaah.suasana yang tenang walaupun orang ramai,stadium penuh.alhamdulillah.


sebelum solat isyak~ni pun dh ramai

selesai solat isyak,majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Firdaus Subhi..[tibe2 member sebelah aku ni rase bangge..hehehe]
dan disambung dgn ucapan oleh Pengarah JAIS(tak igt namenye)..



ni laa member yg tetibe perasan tuh..hehehe(kat blkg tu dh penuh)

Majlis forum dimulakan oleh moderator Dato Dr Hasan Ali.
Dato Dr Hasan Ali femes gak orgnye..bkn ape,sebelum aku pegi stadium ni.aku sempat bersembang dengan Ustaz Fauzi(ahli dewan ulama Pas Kedah).dia pun kenal Dato Dr Hasan Ali ni..respek beb..

antara intipati forum.(ade 3 round=9 soalan ,9 hujah)
soalan pertama..dan seterusnya.
1)definisi Islam syumul-Dato Dr Harun Din

syumul= menyeluruh,mencakupi segala aspek sama ada dunia mahupun akhirat.menjadi wadah kepada setiap agenda
Islam=agama suci,menjadi pegangan aqidah yang mutlak.tiada lainnya.

antara contoh kisah As Syahid Imam Hassan Al Banna(refer sendiri yer...aku tak sempat salin)..

2)3 bahagian kesyumulan islam.aqidah,syariah,akhlak..

aqidah-ustaz roslan.

aqidah=keterikatan dengan Allah,perjanjian dan hubungan dengan ALLAH.
syumul dari segi aqidah=merasa diri bertuhan----->rasa diawasi,diperhati setiap masa.
"tiada aqidah tanpa taqwa"

3)syumul dari segi syariah-Dato Dr Ismail Kamus.

setiap perkara,perbuatan,aktiviti ada undang-undangnya.dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara merangkumi hal dunia dan akhirat..contoh yg diberi,nak buang air kecil pun ade undang2.(korang tau la kan step2 nak buang air kecil,...takyah la aku citerkan yer..hehe)

setiap perkara adalah ibadah.
contoh menarik.kata ustaz"dulu mase pegi mekah,bukan main dia jage sume.siap berpurdah lagi.tutup muka tapi bile balik sini,londeh sane londeh sini.nampak pusat.kite sume nak elak,tapi dlm mase yg same membazir kalo tak tgk..hehe.tu tak ikut syariat la tu"..satu stadium ketawa(bagi yg paham) termasuk la aku..hehe.


khusyuk~~~~~~

2nd round

1)syumul dari segi akhlak.

Islam memperbaiki akhlak manusia yang disampaikan oleh Rasulullah

beriman kpd Allah-akhlak tertinggi manusia
beriman kpd dirisendiri-jujur dengan agama
beriman kpd ibubapa-buat baik terhadapnya
beriman kpd kawan2-ajar@ajak mereka berakhlak mulia
beriman kpd masyarakat-pamerkan(memberitahu)yang kita berakhlak dgn akhlak islam
beriman kpd negara-jangan ambil kesempatan terhadap rakyat.

2)menjalankan kesyumulan islam dlm konteks multiracial

Islam merupakan amanah Allah kepada semua.tidak terbatas kepada sesuatu kaum atau bangsa.
zaman Rasulullah juga multiracial.pelbagai kaum di tanah arab pada masa itu.
masalah orang bukan islam tak tertarik ikut islam sebab perwatakan orang islam tak mencerminkan islam.ada yg pakai baju tapi tak macam pakai baju.ade yang tutup aurat,tapi macam berbogel..

perwatakan,keimanan,akhlak---->kekuatan islam.

3)Kekeliruan yang dibuat oleh pemfitnah Islam.

contoh yang diberi islam hadhari.

Agama yang diiktiraf Allah ialah agama Islam.tiada agama yang diiktiraf selain agama islam.

Ustaz juga menyatakan golongan manusia didunia ini.(4 golongan)
-golongan yg tiada lisan tiada nurani
-golongan yg ada lisan tiada nurani
-golongan yg tiada lisan ada nurani
-golongan yg ada lisan ada nurani-------->perlu ikut

maksud lisan dan nurani yg ustaz ni ckp lebih kurang mcm ni laa...ni ayat aku,yg aku paham.maafla bahasa ustaz ni tinggi. lisan bermaksud kata2.kata2 yang penuh nasihat dan mengajak kearah kebaikan.ada lisan bermaksud bukan kata2 kosong.

maksud nurani,lebih kepada perbuatan.ada nurani bermaksud tahu apa yg dilakukan ialah perkara yang betul.so ada lisan ada nurani bermaksud,membuat sesuatu perkara berdasarkan apa yang dikatakan...paham tak???kalo tak paham,bg komen yer nnt...(sy serba lemah)

kata ustaz lagi.Agama tertegak kerana 4 perkara jika
-orang kaya tidak kedekut
-Ulama mengamalkan apa yg dia tahu.
-Orang jahil tak sombong dengan apa yang kita tak tahu.
-orang miskin tak terjual dirinya dengan dunia yang sedikit.

komen ustaz lagi"manusia sekarang suka pada yang baru tanpa usul periksa,tgk yg ni macam ok,join."
keyakinan jangan didatangkan dengan keraguan.Biar keraguan datang dahulu kemudian keyakinan.


lautan manusia dlm majlis ilmu

3rd round

1)harapan ingin melihat penghayatan islam dimerata tempat.

contoh masalah diutarakan,masalah sosial berulang,bagai tiada henti.

jawapan ustaz,
ilmu perlu ada kerana ilmu adalah teras kepada segala yang berlaku.orang yg beraqidah mesti ada ilmu.tiada ilmu,tiada guna hidup.

realiti penghayatan islam kini -tidak sepenuhnya dalam amalan
-tidak menepati ajaran islam

dan akhirnya Islam hanya pada nama sahaja.

2)menjadikan masjid sebagai tempat transformasi umat.

sirah islam telah menyatakan peranan masjid yg meliputi segala aspek dimana masjid menjadi tapak permulaan segala perkara,menjadi pengkalan mendidik manusia.

peranan nazir masjid,hendaklah kuat dari segi ilmu,kepimpinan dan berwibawa.
kata ustaz"tidak berlaku kiamat jika orang yang memimpin orang lain ialah orang bukan munafik"(jgn konfius ayat ni)

3)kesimpulan penghayatan Islam syumul

-ikhlas dalam amalan.bukan menunjuk2.
-pemimpin,walaupun hebat dimata manusia,belum tentu bg Allah dan juga sebaliknya.
-hati perlu putih bersih walaupun wajah tak putih (hehe tetibe aku tersentap..den golap)
-Redha ALLAH yang kita cari,bukan redha manusia.Allah Maha Kuasa diatas segalanya.

Tiada agama yang diakui Allah selain agama Islam

ni je la yang sempat aku sampaikan@ceritakan.perkara baik,dikongsi2 kan...lps tu ape kitorang buat??hehehe..lapar.=)..then sampai MMU dlm jam 12.30+++++++pagi..

sekian wassalam.....

4 comments:

aNfaLafNa said...

owh.pakcik gi eyh aritue?
thanx 4 sharing da info.

hafiz said...

salam..woit,tue bkn umah aku r..ko baca btol2..huhuhu!!nway tq jugak sharing info forum perdana tue..umah aku dkat jer dgn stadium tue..tp tak pg..hahaha!!

~mIsS_p00h~ said...

syukran jazilan 4 sharing d inf0~

keep on writing! ;)

buzzy said...

to cik kupu2:yep,pakcik pegi aritu,(melekat plak name pakcik kat situ..hehehe)..ni jela termampu nak tulis@taip...

to en maunx:bukan umah ko ke..tp umah ko memang lawa kan,walopun aku tak penah gi...tau pon dekat,lenkali turun ar..hehehe..

to miss pooh:..same2...jom berlari lagi..hahahah