Thursday, May 8, 2008

kawan atau...

Choose your friends by their character
and your socks by their color
Choosing your socks by their character makes no sense
and choosing your friends by their color is unthinkable


Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, Kecuali diri
sendiri? Tetapi, dalam kita bersendirian, kita
beruntung kerana apa? Mempunyai seorang sahabat yang
memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan
dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan
keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup
kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana
kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri
beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu
itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia
juga tahu rasa kecewa? Tetapi kita sering terlupa.


The language of friendship is not words but meanings

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa
memahami. Yang selalu berada disisi pada waktu kita
memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan
kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan
impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai
laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu
asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada
cerita yg ingin dikongsi bersama kita. Pernah kah kita
memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita
gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya
sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa
kecewa dan menyerah kalah?Dapatkah kita yakinkan dia
yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat
untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar
harapan? Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg
hanya bercerita? Ambillah masa untuk memahami hati dan
perasaan sahabat? Kerana dia juga seorang manusia. Dia
juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan
kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang
sahabat?

Sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu? Kita
selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yg kita sangkakan. Di sebalik
senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin
diluahkan... Di sebalik kesenangannya mungkin
tersimpan seribu kekalutan?
Kita tidak tahu? Tetapi? jika kita cuba jadi sahabat
sepertinya, mungkin kita akan tahu...

RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA
TERSIMPUL SEGALA-GALANYA...

1 comment:

buzzy said...

syukur ade kawan yang best..sampai dpt name baru..suke2..=D