Tuesday, May 13, 2008

Ketika itu...

ketika itu,waktu hujan.Man rase sangat beruntung dpt tgk air hujan yang menitik dihadapan bilik nya.biliknya ada "tingkap".
setitik demi setitik air hujan membasahi luar "tingkap" biliknye..kemudian..
Man jadi senyap,fikirannya melayang entah kemana.tapi dia masih lagi melihat air hujan yang turun di luar "tingkap"nya.mungkin Man tak mahu diganggu.atau dia ada masalah.
dia masih diam.kaku tidak bergerak.

Mal yang melihat pun jadi tak senang duduk.ingin ditegur,takut mengamuk pula.ingin bertanya,takut tidak berjawapan.ingin memanggil namanya,takut bercakap dgn dinding pula.
tidak mengapalah,biarkan ia seketika.lama-lama ok la tu.fikir Mal sendirian..Sepanjang perkenalan dengan Man,Man seorang yang periang.Man selalu melayan Mal jika dia bergurau.Bole dikatakan Man seorang yang bole masuk dengan sape2 saje.Man seorang yang baik hati,tidak berkira dalam apa keadaan.Rajin kesurau.Mal sering bergurau,"kau ni alim la,hari-hari pegi surau".Man menjawab"weh,jgn ko ulang lagi ayat tuh.ko ulang lagi aku tak kenal ko dah.aku orang biasa,paham?!"..Mal pun terus senyap seribu bahasa..Dari situ lah persahabatan mereka jadi akrab.Segala aktiviti dilakukan bersama.jika tidak bersama pun,saling menceritakan apa yang dilakukan..Pernah satu peristiwa,ketika sedang berjoging.tiba-tiba Mal terjatuh.tangan tergesel dijalan.calar memenuhi tangan Mal..tapi Mal tak menjerit kesakitan.dia tahan supaya kawannya Man tak begitu risau.malah Mal boleh tersenyum gembira lagi.tapi sebagai sahabat karib,Man tetap risau.kerana luka calar mudah dijangkiti kuman kalau tak dirawat dengan cepat.sedang mencari2 sesuatu untuk membalut tangan Mal,akhirnya Man terus mengoyakkan bahagian lengan baju yang dipakainya untuk dibalut pada tangan Mal.kebetulan Man memakai baju lengan panjang pada masa itu.dengan pantas Man terus membalut tangan Mal,dan memapah Mal pulang kerumah sewanya..dirumah,Mal terasa sangat bersalah,kerana dia,koyak baju Man.tapi Man memberitahu,"aku berkawan dengan kau bukan sebab baju tu.Aku berkawan dengan ikhlas".Terharu hati Mal mendengar kata-kata Man.
Teringat
kata IMAM AL-GHAZALI
manusia yg paling lemah ialah orang yang tidak mampu mencari teman,dan yang paling lemah daripada itu ialah orang yg mensia-siakan teman yang diperolehinya.

Man masih lagi disitu.Lama Mal memerhati Man.Air mata Man mula mengalir.mengalir tanpa henti,laju seperti air hujan yang turun di luar "tingkap" nya.Disini Mal hanya membiarkan sahaja Man melayan perasaannya.Dia tahu dikala ini,tiada siapa yang dapat menolongnya walaupun kita sahabat karibnya.Didalam hati Man,macam-macam yang dirasa.Pelbagai masalah yang dirasa...Dia bersyukur kerana ada orang yang masih memandangnya walaupun ramai yang meninggalkannya.Man adalah anak yatim piatu.Man hanya mampu menempel kasih kepada orang yang sudi.Dan
Man masih disitu,air matanya terus mengalir....

No comments: