Monday, June 30, 2008

wahai seorang aku..

Wahai seorang aku,
perjalanan ini seumpama di lebuh raya kehidupan.
kamu menuju ke satu tempat penghabisan,
memandu laju kamu memotong tatkala berpeluang,
dan kamu dipotong dalam kesempatan.
kalau memotong jangan megah,
atau menunjuk-nunjuk gagah,
kalau di potong jangan goyah,
kamu bukan lemah,
tetapi kamu dalam keimanan kepada Allah swt.

Pastikan kamu di lorong yang betul,
hendaklah selalu memandang hadapan,
di samping memandang cermin kiri kanan dan belakang.
perjalanannya adalah tersurat sudah,

ada yang cepat dan jua lambatnya.
kadangkala perjalanan jua ada masalah.
jika kehabisan minyak perlu ditambah,
adakalanya jua tayar pecah.
adakala hujan singgah...kabus menutup pandangan mata.

Teruskanlah perjalanan walau sebagaimanapun keadaan,
kelukaan, kedaifan, kelemasan, kebingungan. ..
jangan kau undur ke belakang berputus asa dengan kehidupan.
teruskan.... teruskan ,cukuplah Allah yang mengawasi dan melindungimu,
semoga berbahagia di mana saja persinggahannya. ..

Kemudian jangan lupa kau perlu teruskan perjalanan semula,
di situ bukanlah pengakhirnya,dan perjalananmu masih lagi panjang....
ia di dalam pengetahuan Allah yang maha penyayang,
berbahagialah dengan perjalanan masing-masing.

P/s:anda bole kata apa saja kerana saya seseorang yg biasa.tak terlepas dari kesilapan.andai ada silap,harap dimaafkan.tidak mampu menutup mulut orang lain.terima kasih atas teguran kerana teguran menyedarkan kita apa yg kita tak sedar.sy seseorang yg biasa

No comments: