Wednesday, April 30, 2008

Berlari ke shah alam

disitu adanya forum...forum ape?

Forum Perdana Ehwal Islam
tempat:Stadium Melawati,Shah Alam
tarikh:27.4.2008
tajuk:Menjana Islam Syumul di Kalangan Ummah
panel:- Dato Dr Harun Din
- Dato Dr Ismail Kamus
- Ustaz Roslan Mohamad
Moderator: Dato Dr Hasan Ali

perjalananku.
-bertolak dari bumi MMU yang gersang ini pada jam 6.45ptg ++.
-dugaan pertama,kereta tak bole start plak.tp mmg dh biase,kereta aku memang manje.nak kene belai dgn lemah lembut baru nak stat..
-perjalanan ikut highway kat blkg ni(blkg mmu).taktau highway ape.ELITE kot..sebab cepat sampai.
-sesampai di shah alam,solat maghrib di petronas.time ni baru je lepas tol.Harge tol Rm 3.90[info kepada sesape yg nak gi shah alam =)]
-sampai di stadium dalam jam 8.10mlm.lps park kete,tak masuk stadium terus.hehe..kite ke pasar sebentar..=)
-suasana pasar memang lain.hijauuuuuuuu..[kalo paham].makanan pon sedap2.tp tak mkn lg time ni
-masuk stadium dlm 8.20mlm++.tunggu masuk isyak..dlm 9.16mlm solat isyak berjamaah.suasana yang tenang walaupun orang ramai,stadium penuh.alhamdulillah.


sebelum solat isyak~ni pun dh ramai

selesai solat isyak,majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Firdaus Subhi..[tibe2 member sebelah aku ni rase bangge..hehehe]
dan disambung dgn ucapan oleh Pengarah JAIS(tak igt namenye)..



ni laa member yg tetibe perasan tuh..hehehe(kat blkg tu dh penuh)

Majlis forum dimulakan oleh moderator Dato Dr Hasan Ali.
Dato Dr Hasan Ali femes gak orgnye..bkn ape,sebelum aku pegi stadium ni.aku sempat bersembang dengan Ustaz Fauzi(ahli dewan ulama Pas Kedah).dia pun kenal Dato Dr Hasan Ali ni..respek beb..

antara intipati forum.(ade 3 round=9 soalan ,9 hujah)
soalan pertama..dan seterusnya.
1)definisi Islam syumul-Dato Dr Harun Din

syumul= menyeluruh,mencakupi segala aspek sama ada dunia mahupun akhirat.menjadi wadah kepada setiap agenda
Islam=agama suci,menjadi pegangan aqidah yang mutlak.tiada lainnya.

antara contoh kisah As Syahid Imam Hassan Al Banna(refer sendiri yer...aku tak sempat salin)..

2)3 bahagian kesyumulan islam.aqidah,syariah,akhlak..

aqidah-ustaz roslan.

aqidah=keterikatan dengan Allah,perjanjian dan hubungan dengan ALLAH.
syumul dari segi aqidah=merasa diri bertuhan----->rasa diawasi,diperhati setiap masa.
"tiada aqidah tanpa taqwa"

3)syumul dari segi syariah-Dato Dr Ismail Kamus.

setiap perkara,perbuatan,aktiviti ada undang-undangnya.dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara merangkumi hal dunia dan akhirat..contoh yg diberi,nak buang air kecil pun ade undang2.(korang tau la kan step2 nak buang air kecil,...takyah la aku citerkan yer..hehe)

setiap perkara adalah ibadah.
contoh menarik.kata ustaz"dulu mase pegi mekah,bukan main dia jage sume.siap berpurdah lagi.tutup muka tapi bile balik sini,londeh sane londeh sini.nampak pusat.kite sume nak elak,tapi dlm mase yg same membazir kalo tak tgk..hehe.tu tak ikut syariat la tu"..satu stadium ketawa(bagi yg paham) termasuk la aku..hehe.


khusyuk~~~~~~

2nd round

1)syumul dari segi akhlak.

Islam memperbaiki akhlak manusia yang disampaikan oleh Rasulullah

beriman kpd Allah-akhlak tertinggi manusia
beriman kpd dirisendiri-jujur dengan agama
beriman kpd ibubapa-buat baik terhadapnya
beriman kpd kawan2-ajar@ajak mereka berakhlak mulia
beriman kpd masyarakat-pamerkan(memberitahu)yang kita berakhlak dgn akhlak islam
beriman kpd negara-jangan ambil kesempatan terhadap rakyat.

2)menjalankan kesyumulan islam dlm konteks multiracial

Islam merupakan amanah Allah kepada semua.tidak terbatas kepada sesuatu kaum atau bangsa.
zaman Rasulullah juga multiracial.pelbagai kaum di tanah arab pada masa itu.
masalah orang bukan islam tak tertarik ikut islam sebab perwatakan orang islam tak mencerminkan islam.ada yg pakai baju tapi tak macam pakai baju.ade yang tutup aurat,tapi macam berbogel..

perwatakan,keimanan,akhlak---->kekuatan islam.

3)Kekeliruan yang dibuat oleh pemfitnah Islam.

contoh yang diberi islam hadhari.

Agama yang diiktiraf Allah ialah agama Islam.tiada agama yang diiktiraf selain agama islam.

Ustaz juga menyatakan golongan manusia didunia ini.(4 golongan)
-golongan yg tiada lisan tiada nurani
-golongan yg ada lisan tiada nurani
-golongan yg tiada lisan ada nurani
-golongan yg ada lisan ada nurani-------->perlu ikut

maksud lisan dan nurani yg ustaz ni ckp lebih kurang mcm ni laa...ni ayat aku,yg aku paham.maafla bahasa ustaz ni tinggi. lisan bermaksud kata2.kata2 yang penuh nasihat dan mengajak kearah kebaikan.ada lisan bermaksud bukan kata2 kosong.

maksud nurani,lebih kepada perbuatan.ada nurani bermaksud tahu apa yg dilakukan ialah perkara yang betul.so ada lisan ada nurani bermaksud,membuat sesuatu perkara berdasarkan apa yang dikatakan...paham tak???kalo tak paham,bg komen yer nnt...(sy serba lemah)

kata ustaz lagi.Agama tertegak kerana 4 perkara jika
-orang kaya tidak kedekut
-Ulama mengamalkan apa yg dia tahu.
-Orang jahil tak sombong dengan apa yang kita tak tahu.
-orang miskin tak terjual dirinya dengan dunia yang sedikit.

komen ustaz lagi"manusia sekarang suka pada yang baru tanpa usul periksa,tgk yg ni macam ok,join."
keyakinan jangan didatangkan dengan keraguan.Biar keraguan datang dahulu kemudian keyakinan.


lautan manusia dlm majlis ilmu

3rd round

1)harapan ingin melihat penghayatan islam dimerata tempat.

contoh masalah diutarakan,masalah sosial berulang,bagai tiada henti.

jawapan ustaz,
ilmu perlu ada kerana ilmu adalah teras kepada segala yang berlaku.orang yg beraqidah mesti ada ilmu.tiada ilmu,tiada guna hidup.

realiti penghayatan islam kini -tidak sepenuhnya dalam amalan
-tidak menepati ajaran islam

dan akhirnya Islam hanya pada nama sahaja.

2)menjadikan masjid sebagai tempat transformasi umat.

sirah islam telah menyatakan peranan masjid yg meliputi segala aspek dimana masjid menjadi tapak permulaan segala perkara,menjadi pengkalan mendidik manusia.

peranan nazir masjid,hendaklah kuat dari segi ilmu,kepimpinan dan berwibawa.
kata ustaz"tidak berlaku kiamat jika orang yang memimpin orang lain ialah orang bukan munafik"(jgn konfius ayat ni)

3)kesimpulan penghayatan Islam syumul

-ikhlas dalam amalan.bukan menunjuk2.
-pemimpin,walaupun hebat dimata manusia,belum tentu bg Allah dan juga sebaliknya.
-hati perlu putih bersih walaupun wajah tak putih (hehe tetibe aku tersentap..den golap)
-Redha ALLAH yang kita cari,bukan redha manusia.Allah Maha Kuasa diatas segalanya.

Tiada agama yang diakui Allah selain agama Islam

ni je la yang sempat aku sampaikan@ceritakan.perkara baik,dikongsi2 kan...lps tu ape kitorang buat??hehehe..lapar.=)..then sampai MMU dlm jam 12.30+++++++pagi..

sekian wassalam.....

Tell me why.......

In my dreams, Children sing
A song of love for every boy and girl
The sky is blue, the fields are green
And laughter is the language of the world
Then I wake and all I see is a world full of people in need

Tell me why,(why) does it have to be like this
Tell me why, (why) is there something I have missed
Tell me why, (why) cause I don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why

Every day, I ask myself
what will I have to do to be a man
Do I have, to stand and fight
To prove to everybody who I am
Is that what my life is for?
To waste in a world full of war

Tell me why, (why) does it have to be like this
Tell me why, (why) is there something I have missed
Tell me why,(why) cause I don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why (Tell me why)
Tell me why (Tell me why)
Tell me why (Tell me why)
Just tell me why (why, why, why)

Tell me why, (why) does it have to be like this
Tell me why, (why) is there something I have missed
Tell me why, (why) cause I don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why (Why why, does the tigers run?)
Tell me why (Why why, do we shoot the gun?)
Tell me why (Why why, do we never learn?)
Can someone tell us why we let the forests burn

(why why do we say we can?) tell me why
(why why is it still the same?) tell me why
(why why do we talk and run?) tell me why
can someone tell us why we let the ocean die

(why why do we always say?) tell me why
(why why do we pass the blame?) tell me why
(why why does it never rain?)
can someone tell us why we cannot just be friends

why why?

10 kunci persahabatan......

1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

8) Belajar daripada satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali. "

Suamiku lelaki soleh??......


"Apakah doa kamu?"

"Semoga dikurnia suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat"

Jawapan begini biasa diberikan oleh kebanyakan wanita. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita? Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa si gadis untuk mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah dimakbulkan Allah. Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan suami yang soleh.
Sedang si isteri sedap tidur diwaktu malam, si suami kejutkan suruh solat tahajud. " Apalah suamiku ini?" rungut si isteri. Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat tahajud, dia marah-marah pula.

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang solah akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulka anda bantah pula cakapnya!

Suami yang soleh tidak akan duduk dirumah sahaja-'berada dibawah ketiak isteri sepanjang hari'. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki halal, sehingga kadang-kadang balik lewat malam. Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu anda dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara hidupnya pulak yang tak anda sukai.

Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid sebagai 'rumah keduanya'. Ini pon ada wanita tak suka, asyik-asyik ke masjid aje, kata mereka.

Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua ibubapanya. Malah baktinya kepada ibubapanye melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan sesetengah isteri amat cemburu. Dulu anda mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada ibunya), bila dah dapat, anda marah pula! Macamana doa anda dulu??

Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan segala macam duit haram. Jadi dia tak dpatlah beri barang-barang mewah seperti rumah besar, kereta besar dan rantai berjela jela kepada isteri dan keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang tak gemar. Jika dulu doa mahukan suami soleh, tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya.

Lelaki yang soleh mahu menjauhkan diri daripada maksiat. Dia buat yang halal sahaja. Salah satu perkara yang halal ialah kahwin empat. Ini memang mana-mana perempuan pantang malah membenci suaminya kahwin lagi. Bukankah dulu anda mahukan lelaki yang soleh?

Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai oleh isteri walaupun doanya dulu mahu mendapat suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang dibincangkan diatas, jelaslah suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana doa untuk mendapatkan suami yang soleh, mungkin telah dimakbulkan Allah. Ingatlah, isteri-isteri Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditawarkan pilihan dunia (kesenangan) atau akhirat, akhirnya mereka memilih akhirat.

Tuesday, April 29, 2008

Aku Malu Untuk Menegur Perkara Mungkar??..


Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi 'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur.Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.

Persepsi Diri Yang Salah
Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti'. Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum seperti nabi Muhammad s.a.w. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.

Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu
Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran. Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia mengawal manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi, politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja.

Allah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya.
(Surah Ali Imran : 104)

Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad-Dakwah; adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya. Menasihati bukan satu cara sahaja. Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad's(orang yang ditegur/didakwah) pun tidak tercapai akalnya hendak menerima kerana mereka sendiri jahil mengenainya.

Seorang muslim yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan atau lukisan. Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan. Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong dan tidak celupar ketika menutur kata.
Allah melihat usaha kita
Pastinya, Allah tidak melihat kepada natijah kepada usaha kita. Maka, marilah nasihat-menasihati sesama kita kerana tiada kerugian dalam melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar.

p/s:bukan karangan aku,sekadar mahu berkongsi.....mungkin ada diantara kita merasa,"alaa kang kalo aku tegur,aku kene balik".persepsi ni mmg byk telah tertanam didalam minda kita.biarlah kene balik,asalkan berani.ramai sekarang yang bertubuh sihat tapi tak berani..aku pun ade lemahnya juga.teringat kata-kata seorang kawan,"tiada guna bergelar mahasiswa/mahasiswi kalau tak pandai bercakap pasal islam"...so,kepada mereka yang bertitle islam,you should know who you are...biarlah sedikit,asalkan ikhlas..pandangan Tuhan matlamat kita...wassalam

Friday, April 25, 2008

Anda belum matang sekiranya.....

sekadar ingin berkongsi....

Anda belum dikira matang sekiranya...

1)Menghabiskan nilai kad telefon pra-bayar untuk berbual dengan "kekasih" sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa.

2)Rela menunggu berjam-jam,dalam hujan pula untuk melihat gadis yang kononnya anda "cintai"
melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspres(tak sampai 2 minit untuk 4 rakaat).atau mungkin tidak solat LANGSUNG!!

3)Memarahi bahkan sanggup menampar adik beradik yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki hamun atau dihina oleh wanita yang diminati.

4)Sanggup membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari,tetapi baca Al-Quran satu muka surat pon mungkin ambil masa setahun.

5)Asyik terkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang pun wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak ditemui.

6)Susah hati jika tidak menerima surat,SMS,email daripada orang yang anda cintai sebaliknya anda tahu bahawa anda telah lama tidak berkirim surat kepada ayah yang tinggal dikampung.

7)Memakai pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai singlet,baju pagoda atau tak berbaju ketika bersolat.

8)Lebih banyak mengucapkan kalimah I love U berbanding kalimah zikir seperti subhanallah,alhamdulillah,Allah hu akbar..

p/s:matangnya seseorang itu bukan kepada hebat cara beliau bercakap,tetapi aspek2 diatas ini yang perlu jadi nilaian.Alhamdulillah,kiniku telah sedar.syukur.....amiinn

Wednesday, April 23, 2008

sedikit ceritera....

salam,
lama juge tak mengupdate blog sendiri.hehehe..xpe2,disebabkn ramai yg suruh sy update,sy update laa juge.cewah.,..mcm blog ni femes jer..

sedikit cerita...
cerita ape?



apekah ini?(klik utk lebih jelas).saye pun taktau nak kate ape.cume tau,bende ni gune mase perasmian sekolah ni.hehehe...
sebenarnye,pada 18 hingga 20 april yang lepas,satu kem motivasi telah diadakan disekolah ini.Sekolah Menengah Sains Sultan Muhamad Jiwa.

Perjalanan dimulakan pada hari jumaat pada jam 10.30 mlm

sedang menge'check' bilangan manusia yang pergi.

alhamdulillah,bas yang di'book' bas baru.agak selesa juga =).
untuk kem motivasi ini,saye telah dilantik sebagai ketua fasilitator.agak penat juge jadi ketua fasi ni.macam-macam kene buat.tapi alhamdulillah kawan2 lain menolong.ponat laa den kalo buat sorang2.dah laa sekeping jer...
selepas aktiviti menge'check' selesai.14 orang lelaki dan 13 orang perempuan sudah ade didalam bas dan perjalanan dimulakan dgn bacaan doa(ini perlu)..bacaan doa ini perlu kerana kami mengharapkan perjalanan yang selamat,tiada masalah."manusia merancang,Allah menentukan".ditambah pula waktu bertolak pada lewat malam.
sepanjang perjalanan,dua pit stop telah dikunjung.stesen minyak NKVE(aku baru tau tmpt tu name nkve,sblm ni dgr kat radio jer..huhhu) dan di R&R Tapah...
semasa di pit stop,tiada aktiviti menarik,makan2,segar2 kn diri dan tido semule lps tu.



asrama putera(hehe kaler pink..mcm skola aku jer)

alhamdulillah,kami sampai di sekolah ni pada jam 5 pagi sabtu.kami disambut oleh seorang guru yang memang ditugaskn menyambut kedatangan kami.
1st impression,aku rase seronok bile dh sampai skola tu(Tuhan je yang tahu).walaupun aku tau hari tu mmg aku akan kepenatan sehabisnya.
selepas selesai menguruskan accomodation.kami pergila ke tempat masing2.yang lelaki ditempatkan di bilik rawatan,perempuan pun same.tapi lain bangunan.kami di asrama putera,perempuan di asrama puteri.
dapat tido pun sekejap shj,sbb pukul 7.30 sarapan dan around jam 8 dh mule program.

permulaan program,seperti biase.introduction,taaruf,perkenalan.

berlegar2 menghilangkn nervous dan memikirkan ayat utk dikata.

pressure?
haaa biase laa tu kalo buat event.kalo ade problem,ketua fasi kene solve kan.
seawal program tu dh ade pressure.pressurenye,projector yang sepatutnya pihak skola sediakan,tiada..kalo projector tu takde pakai sgt,taklaa dinamakan pressure kalo takde pon.pagi tu sepatutnya dimulakan dgn ceramah motivasi.tetapi,projector dh takde,altenatif kene pikir.
adeh..pagi2 dh kene perah otak pikir alternatif.penat pon tak ilang lagi..tp alhamdulillah,setelah diadakan short miting dgn kawan2 lain.kami gantikan dengan forum.Forum ni sepatutnya aktiviti hari ahad,tp keadaan tak mengizinkn,just tukar ngan ceramah motivasi.


menjadi moderator.(soalan pun tak proper ready lagi time ni).

ni laa time forum tu.segala point difikirkan beberapa minit sebelum start.bole dikatakan sume yang berlaku mase program ni,sumenye on the spot.
walaupun on the spot dan nampak mcm tak well organize,forum ni dpt perhatian student.sume salin ape point2 yang dikatakan.(dalam hati,ape laa yang panel2 ni ngarutkan,smp sume student salin ape yg dikatakan..hehehe).sekadar gurauan...tp sememangnya ade point yang penting dan ade logika nya..thanks to panels.sbb korang pon bole execute dgn perkara yang "tekejut" ni..thanks,kalo korang tak execute,taktau laa ape aku nak membebel kat atas pentas tu...
antara topik forum.
-akademik=panelnye en faruq..tak sangka,mcm ustaz pon ade gaye bercakap.3 point(rohani,jasmani dan.....tak igt lak) yang dikatakan mmg ade kebenarannya..thanks bro..
-ko-kurikulum=panelnye en naz.yg ni memperkatakan tentang kepentingan Koko(bkn coklat).
4 point yg dikatakan.R.E.A.L...relation,emotion,attitude,leadership..(bagi kawan2 mungkin dh biase dgr).
-pengalaman=panelnye cik dayah.part ni sbnrnye more kpd penceritaan.amik kisah tauladan dari pengalaman.

next.




aman~peace

huru-hara

same?..bagus2...

kat atas ni sbnrnye aktiviti mengagihkn student kedalam group yang ditetapkan.agak menarik juge kerana tiap kumpulan diberi nama dgn nama binatang.mereka tidak dibenarkan bercakap,hanya buat bunyi dan gaya shj utk mendapatkan kumpulan masing2..
nama2 binatang juge agak sukar.contoh,kure2..cane bunyi kure2..hahaha..itu sume idea ketua fasi.rasekan..hehehe.
alhamdulillah,walaupun agak susah..akhirnye ade gak group masing2...
setelah selesai membahagikan kumpulan,pelajar mendapat kakak n abang fasi masing.mule laa sesi taaruf dlm kumpulan kecil..
utk sesi ini,fasi berpeluang mengenali ahli kumpulan masing2.
time ni aku jd runner..keliling skola aku merantau..ponat den haa dok ngejar korang..haih..
tp takpe.no sacrifice no victory..haha ayat poyo.
aktiviti dlm kumpulan tak dpt sy cerita secara detail..sbb saye takde group..huhuhu.ketua kene pantau semua...

selain sy,ade lagi kawan2 yang menghandle program tersebut.mean bukan sy yg control the whole program..

fasi~laporpo
dijawab,pelajar perempuan~watakunzi
dijawab,pelajar lelaki~landing time.

then sume student senyap..ni la cara nak bg student2 senyap.payah tul nak bg mereka ni senyap.

selepas lunch.


announcement sblm next activity.

utk aktiviti ni,setiap kumpulan memerlukan sebiji baldi.
baldi mmg kami tak sediakan..sbb dah tau budak2 ni sure punye ade baldi..hehe
ape aktivitinye????....



ape yang perlu pelajar buat,memastikan belon yang dibekalkn tenggelam didalam air..
macam mane yer??..selama aku belajar sains,tak penah buat eksperimen ni..ada cara sebenarnye...
aktiviti sbnrnye simbolik kepada cara mengawal stress..
jika belon itu tak timbul,maknenye seseorang tu dh berjaya mengawal stress.
tapi andaikata tidak berjaya,stress akan menyerlah dan kredibiliti seseorang akan turun.

agak menarik juge aktiviti ni..ade yang ikat dgn batu..macam2 laa idea student nih.respek aku.mereka sume ni bijak2.

haaa smp part yg happening.riuh dewan skola tu.
aktiviti seterusnye,debat perdana.
pelajar diarah membahagikan diri mereka kepada empat kumpulan besar.include lelaki dan perempuan sama banyak..
agak kelam-kabut sbb fasi tak tolong time ni.tp seperti yg aku katakan,diorang ni bijak2.sekejap je dh ade group.sonang keje den..hehe



tugasan mereka...

"pada suatu hari,zaini(bukan nama sebenar) telah ditangkap di pusat hiburan semasa sesi persekolahan dijalankan.pihak berkuasa telah memberitahu kpd pihak sekolah dan pihak sekolah telah memberitahu kepada ibubapa pelajar tersebut".
pelajar,ibubapa,pihak sekolah,pengusaha pusat hiburan tidak mengaku bersalah.

disini,setiap kumpulan memegang salah satu watak diatas iaitu pelajar,ibubapa,pihak sekolah,pengusaha pusat hiburan.setiap kumpulan perlu menyediakan hujah yg menyatakan mereka tidak bersalah..
bermulalah perang...hahahaha


ini pihak pelajar


ini pihak pengusaha pusat hiburan(pakai songkok tu..hehehe)..nak buat camne,kene watak ni..

pihak ibubapa yang tak puas hati dgn pengusaha pusat hiburan


ini pula pihak sekolah.(yg berckp merangkap guru besar..hehe)

bersorak pabila ahli kumpulan membentangkan hujah..woooooo

pabila hujah yg diberi mencuit hati.....weeee

bg saye,overall debat ni successful.just ingin student bersikap kritis dan kreatif.jika diikutkan,semua watak itu bersalah.("hang pa suma sebenaqnya bersalah"..tetibe aku terloghat kedah.diorang pulak tak gelak,so mean betul laa ayat aku..hehehe)..mereka berjaya menjiwai watak yang diberi.
tak dinafikan ade yang tak puas hati.hampir2 berlaku rusuhan jer...tp dpt dikawal..
kalo tak kawal,abes laa aku...sebenarnya story line tu aku yang tukar,pada asalnya lain.aku saje cari idea yang bole buat gado2..fasi lain pon sokong..ape lagi...hehehe..
diakhir debat ni,sempat gak aku bg advise sbb diorang ni overwhelming.takdpt control.just relatekan balik dgn modul belon td.cara kawal stress...alhamdulillah diorang terima,..lega aku..

then aktiviti petang..riadah dan aktiviti bebas.sebenarnye aktiviti ni just join dgn student beriadah.ade yang main bola..tp aku dok kat katil,rehat2 sambil menunggu....


pada malamnya..


fokus,concentrate,tumpuan penuh.

kat atas ni,aktiviti muhasabah diri.part ni,aku tak handle.seperti yang aku bgtau tadi,aku tak control the whole program.mlm ni naz yang handle..jap gi aku tunjuk gambar.
satu kejutan sbnrnye mlm ni.sebelum pelajar dibenarkan masuk,mereka telah di"raging" oleh amar.hehe..ni bukan idea aku..walaupun aku sememangnye penuh dgn idea jahat,tp kali ni aku tak sebegitu..
para pelajar telah didenda sbb lambat.tak semua lmbt...
nak buat camner,sorang lambat,sume kene...kene push up smp si amar tu puas hati..biase laa senior denda junior..amar dulu skola kat sini gak..sbb tu dier selambe jer..hehe cayalah..
pada mlm tu pon,kami semua mmg sepakat,takde senyuman.semua serius..tu yg jadi smp kene denda tuh...
pada mlm tu juge,kepada yang biase pegi kem motivasi mase mude2 dulu.part2 nanges sure ade kan??..macam biase,sentuh part tanggungjawab anak,pengorbanan ibu ayah,tanggungjawab kat kawan2...memang tangkap leleh punye laa.yang best bagi aku,non muslim student pon nanges gak.sbb kitorang pada malam tu ade alunkan selawat..live.gabungan suara fasi lelaki.
cuma bgtau non muslim student,mlm tu mmg ade sentuh part agama sket,tapi diorang nak join gak.so let it be..sampai gak dakwah kat diorang..aminn..
jujur ku katakan,aku pon hampir menanges..tp bile dh cerah dewan tade laa..hahaha


naz handle sesi mlm..bersalaman sesama student sambil nyanyi lagu Teman Sejati-Brothers

selepas sesi ni,ade tayangan sket.pasal mmu,pasal persatuan yg aku join skang..UPG.
ni cume nak ilangkan rase sedih pelajar2..ye laa dh laa kene raging,pastu nanges2 lak.ade yg tersedu2..sungguh menghayati.so bg tgk video sket,hepi laa sket mereka..takut lak nnt nanges2 smp kat dorm..susah nnt.:)

ahad pagi.....

seperti yang aku katakan awal2 tadi.ceramah motivasi telah dishiftkan ke hari ahad.time ni alhamdulillah,projector mmg dh ade...pada sesi mlm pon dh ade dah..so,bole laa proceed dgn ceramah motivasi..

tekun....ye ke??hehehe

untuk ceramah motivasi,disampaikan oleh praktikal kaunselor...time aku type citer nih,dier dh kuar mmu dh.praktikal dh abes dah...;(
alhamdulillah,ceramah motivasi berjalan dgn lancar...ngam2 abes dgn time pelajar berehat.

next

selepas berehat...on time tu diorang nih..baguss...

untuk sesi ni,ade satu lg LDK...last ldk..ape diorang kene buat?
kali ni kite nak uji kepandaian mereka didapur.tapi sebelum kedapur untuk memasak,resepi perlu ade...disini mereka perlu create their own resepi.mereka kene buat Kek 10A..bahan2 nye ialah...
-usaha
-doa
-berkat
-tawakal

tgh buat kek....sambil berposing..=)

macam2 laa resipi ade..adeyg act mcm tgh handle program masak2.memang best.selepas ldk ni fasi terus sambung dgn sharing session(lidah aku xle sebut laju2)...=)
time ni aku jadi penjaga mase..sbb bas akan bertolak dlm tgh hari+++
kalo tade org jage mase,sure xbalik punye nnt...ehhehe
after that,sesi penutup..

sebelum tu,amar yang handle sesi penutup,sbb dier nak bercakap byk..
amar mewakili kami semua laa..minta maaf kat student selama berprogram..hehe sbnrnye amar je kot yg terasa,sbb dier raging pelajar2 tu..hehehe....tp takpelaa...same2 minta maaf.


amar bayar balik push up yg dier suruh pelajar buat pada mlm sebelumnye.


nyanyian lagu MMU ngan teman sejati...


pelajar plak nyanyi utk kami...terharu...(pitching lari...hehe)

after that,sesi fotografi........






























slps tu,selesai laa tugasan kami...packing dan trus pulang,tapi tak terus balik mmu....
makan tu penting..hehehe...
kite pit stop kat rumah kawan...


ni laa pit stop kami....mahal tu umah ni=)

then,ape lagi...makan laaa....



driver pon nak makan gak..layan....

selepas selesai makan,then baru laa kami bertolak pulang...dalam jam 4 bertolak,
alhamdulillah sampai mmu jam 10 mlm...
sekian...penat dah ni....=)

dalam kenangan.~~~~~~~~=(

p/s:sepanjang perjalanan pulang aku takle tido....huhuhuhu.(some people knows why)