Wednesday, May 28, 2008

cuti oh cuti...

hari ahad lepas,aku baru balik umah.exam abes lama dah...tapi aku saje balik lambat.hangout dgn housemate,jalan2 kat dunia nih....ntah laa..tade rase mcm nak balik.taktau nape...hish,teruknye aku nih...kemas bilik punye laa lama.macam duduk kat ostel jer..aku balik hari tu pun sbb kene pakse oleh parent aku..hahaha..anak apakah ini?.hehehe..
so kelam kabut laa aku bersiap...mane tak nye..dpt kol jam 6 ptg.time tu aku kat puchong,tolong kawan hantarkan barang2 nye.maklumlaa ostel kene kosongkan..dari puchong tu,terus memecut balik cyber dulu.amik barang2 dgn antar member aku nih..time ni bilik bersepah lagiiii.....jadi serabut kepala aku...huahuahua...selalu orang kata,kalau dlm keadaan terdesak apa jenis keje yang tertangguh pun bole siap..betul ke??....boleh gak laa nak kata betul.15 menet pastu,siap dh berkemas.siap bole sapu habuk2 lagi.selalunye keje menyapu nih aku buat last2...kemas ke??hehehe...orang bujang mesti tau..=)..then lps setel sapu2,lipat2 laptop,kemas2 baju kotor...time lipat2,terjumpe lak gambar kenangan..feeling jap.pastu baru laa gerak pulang around 7.15ptg..beberapa menet sebelum maghrib...parent suruh ade kat umah sblm kul lapan...nak taknak kene gak gerak...ikut KLP gak laa jawabnye...amin 30 minit smp umah,tahap kelajuan dirahsiakan..hehehe..kalo ikut highway biase,45 minit atas highway,mau dkat sejam baru smp umah..

mcm2 yang aku plan nak buat time cuti ni.tapi macam tak jadi jer.perkara lain plak yang jadi.accident laa,yang tu rosak laa.macam2...erm,accident lagi?yeah,kita hanya merancang.tuhan yang menentukan.....cuti pon seminggu jer...pastu mai MMU semula....insyaallah akan membimbing adik2 yang baru masuk nanti...


mengharap agar seperti dahulu.never lose hope

Friday, May 23, 2008

~~~~~

Lafaz Yang Tersimpan
Album : Tika Itu
UNIC
http://liriknasyid.com


Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


p/s:even lagu ni sesuai utk ibu bapa kita,tapi aku anggap lagu ni utk orang2 yang aku ""sayang""

Sunday, May 18, 2008

tergelincir?..

How old are you? aku jawab "21"
as long as you live until you reach at age 21,what you have done?
aku jadi senyap.aku tahu soalan tu mendalam maksudnya.aku terpaksa kiv jap soalan tu.

aku mula berfikir,sambil duduk dikerusi ini,sambil termenung diluar.aku cuba ingat balik apa yang aku dah buat.sambil mendengar lagu i`tiraf by raihan ditambah pula dengan lagu selamat tinggal ibuku by saujana.semestinya hatiku jadi hiba.ditambah pula dengan keadaanku yang tak menentu,penuh dengan lagha.super duper hiba jadinya.

dugaan datang tanpa diduga.cuma kita sedar atau tidak,itu terpulang pada diri masing2.
aku sebagai insan yg kurang serba serbi,sgt lemah bila didatangi ujian.ujian ni tak kira dlm ape bentuk sekalipun."bile kita gelak,tu ujian gak.bila kita gembira,tu ujian gak.bile kita senyum lebor,tu ujian gak".ye aku sokong dgn ayat ini.

bila dtg ujian,aku jadi sedih,aku jadi tak menentu.pernah aku terfikir,kenapa aku tak hepi bile datangnya ujian,"yeay aku dpt dugaan"sambil terkinja2..susah kan nak dpt feeling yang mcm ni..
mungkin tidak bagi sesetengahnya.sering aku rasa keseorangan bila datangnya ujian sebab aku ni jenis yang suka berahsia.tapi sebenarnya tidak keseorangan..pernah dahulu:-

peristiwa 1
cerita ni mase aku sekolah rendah.
ketika menunggu bas,aku tinggal kat kawasan rumah teres.so drebar bas tu dh bgtau suruh tunggu kat port mane2 yg dia senang nak amik.bas tak amik dari rumah ke rumah.
kisah nye,semasa tgh tunggu bas.tp bas lmbt sampai.nak kata lambat tak jugak,tp aku yang siap awal.biasalah kanak2 ketika itu.on time..hehe..aku main laa kejar2 dgn kawan.penat main kejar2,main polis sentri.tgh syok2 main,macam mana ntah bole terjatuh.kepala dan badan jatuh serentak.bole bayangkan?jgn bayangkan yer.aku nangis?takdelah,cume kuar airmata jer.yang bestnye aku dpt saguhati.kepala aku BENJOL kat dahi.besor plak tuh,mcm aku ni ade tiga mata jadinya.sakit tu toksah citer laa.member2 plak gatai dok usik benjol aku tuh.pastu kawan2 plak dok gelak2.ceh..smp kat sekolah,surela aku jd bahan para pemerhati.dalam klas plak,cikgu tanye tp ditambah dgn perlian sikit.biaselah tu."lainkali jgn main lari2"..."baik cikgu".tp naluri kanak2,berlari2 tu perkara biase.betul tak?..disitu aku dpt tau cikgu sayang kat aku.sebab hari tu,aku sorang je yang ade benjol kat sekolah.hehehe.

peristiwa 2
"ibu,abg nak gi tuisyen dah."."ok,jalan baik2"...aku pun jalan la kaki gi tuisyen.dekat je tmpt tuisyen aku tu.area kedai 7-11.kalo tau laa umah aku kat ner.=)
time tu plak member setuisyen aku dtg naik motor,umah dia tak laa jauh mane pon.takpela,ade motor,pakai jer.aku ni plak time tu tak reti tunggang motor,rase ingin mencuba tu sememangnye ade.aku pun ckp kat member aku tuh "khai,ajar aku bawak motor"."bole jer,bile".."jap gi lps tuisyen".."ok set"..haha,pengalaman baru akan kutempa.dlm hati,tuhan saja yang tahu..
sememangnye itu pengalaman baru aku.sebab aku accident utk first time bawak motor..lagi sekali aku dpt saguhati.lutut aku luka.tak berdarah,tp nampak lapisan kaler putih bawah kulit.lapisan tisu kot,tisu muka pon kaler putih gak.tak kesahla,yg penting aku luka+sakit.nasib baikla motor member tak teruk mane..balik je rumah,semestinya dpt syarahan dulu.mukaddimah sebelum disapu ubat..syarahan disampaikan oleh Prof Dato Dr IBUKU..ngeh3.disitu aku tahu,ibuku sememangnya sayang kat aku..syukran.sejak dari tu,aku tak dibenarkan amik lesen motor.pakai je la kereta.

peristiwa 3
hidup sebagai mat kereta,hidupku byk bersama kereta.kereta dijaga rapi.tp tak la aku join budak2 kete yg melepak tu..keje sbg mat kete ialah,jadi drebar kepada familyku.sejak dpt lesen,aku laa yg selalu kene drive,tp takpela.berkhidmat utk family..
suatu ketika."abah,abg accident"."teruk ke,kete ape jadi?teruktak?bole gerak lagi tak?"."abah ni,apsal tanye pasal kete plak,tak tanye pasal anak sendiri"."tu bole bercakap lagi,kira ok la tu"."haa betul2,abg xde pape"..hehehe."kete kemek sket,ade calar2.bole gerak lagi"."pakai la dulu kete kalo bole gerak.ada masa gi kedai ketuk"."ok,thanks abah,abah tak marah?"."dh nak jadi,ape bole buat.hati2 next time.dh ade lesen pon accident"."hehe.okey"..kutahu ayahku sayangkan ku walaupun jarang diexposekn rasa sayang nya.syukran.



kisah diatas semuanya pasal accident.tetapi accident yang penah aku lalui dulu,yang amat2 aku rase aku tak dpt lupa ialah accident hati.kakakku(kakak angkat)penah bgtau,"accident hati ni bukan accident yang kita tak jangka.ni accident yang memang kita cari nahas.kita tahu akibatnya,tapi kita sendiri yang nak.skang dh jadi,terima la.jangan katakan kenapa jadi kat kita,sebab tuhan dah aturkan segalanya..terima dgn tabah,redha segalanya.tuhan MAHA MENGETAHUI apa yang baik dan buruk bagi kita.usahakan untuk merubah diri supaya menjadi yang terbaik.nak buat baik,jgn tunjuk kat orang.biar tuhan je yang tahu.".agak mendalam juga nasihatnya.aku hanya angguk tanda setuju.dunia ni ibarat teh.lagi banyak kita letak gula,lagi besar kemungkinan kita akan dapat penyakit..so,jangan amik terlalu banyak gula.
teringat kata hikmah ni "kalau kita kejar dunia,dunia akan lari dari kita.tapi kalau kita kejar akhirat,dunia yang akan datang kat kita"..sesungguhnya aku berani katakan,kemalangan hati laa accident yang paling susah nak baik.perwatakannya mungkin nampak ceria,tapi didalamnya,dia je yang rase..so diharap jangan la terlibat dengan permainan hati because "this games can bring death"..bila hati mati,kita umpama mayat hidup yang melata kat dunia ni..
kemalangan hati ni bukan bole diubat dgn sapu ubat dettol or whatever.ubat yang paling mujarab,semestinya tuhan kita yang MAHA KUASA.bila dh terlajak,kene la patah balik.kalo tak ,selamanya akan sesat jalan.Sesungguhnya tuhan MAHA MENDENGAR,MAHA MENGETAHUI.
~nur syahadah menyinar kalbu~


p/s:selamat hari ibu,hari bapa ,hari guru..dan juge hari kawan2.

Tuesday, May 13, 2008

Ketika itu...

ketika itu,waktu hujan.Man rase sangat beruntung dpt tgk air hujan yang menitik dihadapan bilik nya.biliknya ada "tingkap".
setitik demi setitik air hujan membasahi luar "tingkap" biliknye..kemudian..
Man jadi senyap,fikirannya melayang entah kemana.tapi dia masih lagi melihat air hujan yang turun di luar "tingkap"nya.mungkin Man tak mahu diganggu.atau dia ada masalah.
dia masih diam.kaku tidak bergerak.

Mal yang melihat pun jadi tak senang duduk.ingin ditegur,takut mengamuk pula.ingin bertanya,takut tidak berjawapan.ingin memanggil namanya,takut bercakap dgn dinding pula.
tidak mengapalah,biarkan ia seketika.lama-lama ok la tu.fikir Mal sendirian..Sepanjang perkenalan dengan Man,Man seorang yang periang.Man selalu melayan Mal jika dia bergurau.Bole dikatakan Man seorang yang bole masuk dengan sape2 saje.Man seorang yang baik hati,tidak berkira dalam apa keadaan.Rajin kesurau.Mal sering bergurau,"kau ni alim la,hari-hari pegi surau".Man menjawab"weh,jgn ko ulang lagi ayat tuh.ko ulang lagi aku tak kenal ko dah.aku orang biasa,paham?!"..Mal pun terus senyap seribu bahasa..Dari situ lah persahabatan mereka jadi akrab.Segala aktiviti dilakukan bersama.jika tidak bersama pun,saling menceritakan apa yang dilakukan..Pernah satu peristiwa,ketika sedang berjoging.tiba-tiba Mal terjatuh.tangan tergesel dijalan.calar memenuhi tangan Mal..tapi Mal tak menjerit kesakitan.dia tahan supaya kawannya Man tak begitu risau.malah Mal boleh tersenyum gembira lagi.tapi sebagai sahabat karib,Man tetap risau.kerana luka calar mudah dijangkiti kuman kalau tak dirawat dengan cepat.sedang mencari2 sesuatu untuk membalut tangan Mal,akhirnya Man terus mengoyakkan bahagian lengan baju yang dipakainya untuk dibalut pada tangan Mal.kebetulan Man memakai baju lengan panjang pada masa itu.dengan pantas Man terus membalut tangan Mal,dan memapah Mal pulang kerumah sewanya..dirumah,Mal terasa sangat bersalah,kerana dia,koyak baju Man.tapi Man memberitahu,"aku berkawan dengan kau bukan sebab baju tu.Aku berkawan dengan ikhlas".Terharu hati Mal mendengar kata-kata Man.
Teringat
kata IMAM AL-GHAZALI
manusia yg paling lemah ialah orang yang tidak mampu mencari teman,dan yang paling lemah daripada itu ialah orang yg mensia-siakan teman yang diperolehinya.

Man masih lagi disitu.Lama Mal memerhati Man.Air mata Man mula mengalir.mengalir tanpa henti,laju seperti air hujan yang turun di luar "tingkap" nya.Disini Mal hanya membiarkan sahaja Man melayan perasaannya.Dia tahu dikala ini,tiada siapa yang dapat menolongnya walaupun kita sahabat karibnya.Didalam hati Man,macam-macam yang dirasa.Pelbagai masalah yang dirasa...Dia bersyukur kerana ada orang yang masih memandangnya walaupun ramai yang meninggalkannya.Man adalah anak yatim piatu.Man hanya mampu menempel kasih kepada orang yang sudi.Dan
Man masih disitu,air matanya terus mengalir....

Monday, May 12, 2008

Surat Cinta Buat Seorang Hawa...

Cemburu kulihat Sang Pungguk memadu rindu dengan Sang Bulan.
Cemburu kulihat Sang Helang terbang berdua-duaan.
Cemburu jua aku pada Si Belangkas yang hidup berkasih-sayang.Tapi aku,terus kepiluan.Hawa yang diciptakan untuk kaumku bukan lagi Hawa yang dulu.

Kuterbang bebas dalam duniaku.Ibarat Sang Helang yang gagah melebar sayap di ufuk timur,berani....Kuibaratkan kau Hawa umpama sayap kiriku ini.Lantaran tinggi nilaimu di hati lelaki.Kuterbang setinggi-tingginya meredah awan tanpa ada tembok yang membataskan,tanpa ada dinding yang menghalang.Tatkala sesekali,bayu kencang menerjah,kuterbang rendah.

Hawa...
Bukan kutewas dengan bayu nan kencang.Biarpun aku umpama helang yang gagah perkasa dan raja udara yang unggul di awanan.Namun andainya sebelah sayapku kuat tapi sebelah lagi tergeliat..kutidak mampu menongkah ribut yang menggila mengikut haluanku...Berat untukku menghadapinya dengan sayap kanan cuma.Kau tahu Hawa,aku jadi derita.

Hawa...
Kuteruskan jua perjalanan dengan ketabahan.Ku bawamu bersama dalam kepayahan.Kau memarahiku kerana egoku.Kau leteri semahumu.Tanpa kau dengari kalamku.Andainya hilang ego lelaki,maka musnahlah dunia tanpa kepimpinan,kerana ego mencipta karisma dan kepimpinan.

Namun tatkala egoku menjadi egoisme,maka di situ aku perlukan teguran.Terbang di langit tanpa batasan ,sering kuterbabas,hilang arah dan panduan.Kuharapkan kritikan serta pesanan berpanjangan,agar kutetap terbang diawanan,menjadi jaguh helang terbilang.Tapi tafakurku sejenak di pepohonan...

Hawa...
Kau diciptakan indah,bukan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja,bukan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya,tapi daripada rusukku,dekat dengan dadaku untuk dilindungi,dekat pula dengan hati untuk disayangi dan dicintai.

Hawa...
Dulu,kuperlukan mu sebagai teman berbudi.Menemani tugas beratku sebagai khalifah dibumi.Kaulah cerminku yang sentiasa memuhasabahkan diri.Tapi kini,keindahanmu yang sering kupuja,kau salah erti...Kau tampil menghiburkan dunia dengan susuk tubuh yang menggiurkan.

Kaumku kekaburan.Matanya bertelanjang.Hatinya lemas ditelan keasyikan.Ah!!..memang kaumku suka mengambil kesempatan!!..Tapi,kenapa kau jual dirimu bak barang pameran??Dimana hilang malumu yang menjadi hias pakaianmu??Dimana!!!???

Tidakkah kau tahu,tubuh montokmu jadi hidangan enak buat mata,tetapi racun pada jiwa.Aku bisa terhumban keneraka kerananya.Kau gunakan keistimewaanmu untuk menggoda.Air matamu untuk menipu daya dan panahan matamu untuk melemahkan iman.

Oh Hawa...
Aku rindukan Hawa yang dulu..
Malu,terjaga,terpelihara..

Hawa...
Kutahu kau ibarat rusuk nan rapuh dan bengkok,perlu hati-hati untukku luruskan.Lantaran itu,kudatang bukan untuk menunjuk cengkaman kuku tajam di kaki..bukan juga mengugut dengan paruh berbisa...Tapi supaya direnung bersama.Bahawa antara kita perlu sentiasa perbaiki diri.

Dengarlah bisikan kasihku,sesungguhnya aku rindukan Hawa yang dulu-sesuci Maryam,seteguh Asiah,setulus Khadijah,setabah Fatimah...

Hawa...
Namamu indah,biarpun di mana,di segenap jiwa
Kaulah ibu,terukir kasih dipaparan dada.
Kaulah kekasih,dirindui saban ketika
Kaulah puteri,pengubat duka,penyejuk mata
Kaulah adik,pemberi semangat paling berguna
Kaulah mukminah,terukir indah di setiap dada.

Ketahuilah Hawa,
Kau kupuja..
Kerana dari rahimmu melahirkan kaumku yang berhati waja
Kerana ayunan lembut tanganmu membesarkanku dengan terjaga
Kerana kewanitaanmu teman hidup tempat cintaku berbicara.
Kerana kaulah ladang tanaman,taman nafsuku yang bergelora
Kerana kau adalah hiasan,paling indah dari dunia seisinya

Maka,kudatang padamu Hawa...
Membawa ubat dengan penuh cinta
Ubatilah dirimu..
Agar kudapat terbang menguasai angkasa dan alam
Dengan kedua-dua sayapku yang kuat dan mantap.
Agar bukan sahaja aku dapat menongkah angin nan kencang
Bahkan sayapku kibar penuh bangga mencipta angin

p/s:dipetik dari buku ------(tajuk dirahsiakan)----- terbitan Telaga Biru...=) tak pakse utk bace

Sunday, May 11, 2008

Tolong sampaikan pada si dia

Tolong sampaikan pada si dia

Tolong sampaikan pada si dia...
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia,
jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia,
jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia,
dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia,
dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia.
Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia.
Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia,
bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia,
bila dia tenggelam dalam angan-angannya. .
Tolong tegur si dia,
andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia.
Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia.
Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia,
tanggungjawabnya besar kepada keluarganya. .

Tolong sabarkan si dia,
usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia,
andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia,
bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya.
Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya.
Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya. .
Tolong pesan padanya
aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia.
Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia.
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya. .
Tolong khabarkan pada si dia,
jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia.
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,
cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia,
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia
kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya
walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

Cintailah Illahi
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Rasa cinta
Adalah satu anugerah tuhan pada hambaNya
Dan kerananya manusia sanggup apa saja
Asalkan dia memiliki apa yang dicita

Kerna cinta
Sanggup berkorban apa saja, harta dan nyawa
Setiap detik hanya memikirkan tentang si dia yang tercinta
Ingin bersama sepanjang masa

Tetapi pastikah cintamu dihargai
Mungkinkah si dia kan tetap setia
Setelah kau serah jiwa dan ragamu
Mungkinkah kau pastikan tidak kan dihancurkan

Jika kau mencintai bunga
Sedarlah engkau bunga itu akan layu
Jika kau cintakan manusia
Sedarlah suatu hari dia akan pergi

Jika kau mencintai harta
Harta itu nanti kau akan tinggalkan
Jika kau mencintai Ilahi
Hanya Dia yang akan kekal abadi

Cintailah Ilahi

p/s:dari insan kepada insan...thank kpd kawan yg sharekan artikel ini=)

Thursday, May 8, 2008

kawan atau...

Choose your friends by their character
and your socks by their color
Choosing your socks by their character makes no sense
and choosing your friends by their color is unthinkable


Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, Kecuali diri
sendiri? Tetapi, dalam kita bersendirian, kita
beruntung kerana apa? Mempunyai seorang sahabat yang
memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan
dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan
keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup
kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana
kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri
beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu
itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia
juga tahu rasa kecewa? Tetapi kita sering terlupa.


The language of friendship is not words but meanings

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa
memahami. Yang selalu berada disisi pada waktu kita
memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan
kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan
impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai
laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu
asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada
cerita yg ingin dikongsi bersama kita. Pernah kah kita
memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita
gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya
sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa
kecewa dan menyerah kalah?Dapatkah kita yakinkan dia
yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat
untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar
harapan? Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg
hanya bercerita? Ambillah masa untuk memahami hati dan
perasaan sahabat? Kerana dia juga seorang manusia. Dia
juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan
kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang
sahabat?

Sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu? Kita
selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yg kita sangkakan. Di sebalik
senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin
diluahkan... Di sebalik kesenangannya mungkin
tersimpan seribu kekalutan?
Kita tidak tahu? Tetapi? jika kita cuba jadi sahabat
sepertinya, mungkin kita akan tahu...

RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA
TERSIMPUL SEGALA-GALANYA...

Wednesday, May 7, 2008

Rama-rama dan....


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan. Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenangkan kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada taraf A1, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.

Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita anggun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

p/s:manusia sering berubah.sama ada kearah kebaikan atau sebaliknya.jika berubah kepada kebaikan,jangan di kutuk usahanya......

Thursday, May 1, 2008

Pupus...

Pupus
Album : Dunia Yang Lebih Indah
Munsyid : Firdaus
http://liriknasyid.com
(featuring Faizal Tahir)

pertemuan yang ku idam
masih belum bersua
perpisahan yang ku takutkan
hadir sudah tiada ku pinta
harapan pudar mati tuk mencari lagi
bagai lilin yang menerangi
lalu padam jua

apalah yang mampu ku beri
agar rasa ingin berkasih hadir dalam diri
tak mampu ku mendusta hati ini lagi

cinta yang tersulam tulus
ku rasakan pupus
hingga ada terluka
pada setiap bicara ku
kasih yang mengukir mesra
hilang dalam tawa
namun ingin ku semula
merasai nikmatnya

mampukah rayuanku ini
membuatkan ia kembali
setiap kemanisan cinta yang tulus dan suci
hadirkanlah sekali lagi cuma
agar bernyawa cinta semula
maafkan aku andai keterlaluan pintaku ini

p/s:lagu ni dh lama dh bermain di kotak player kete aku,ntah nape tetibe aku rase macam best plak lagu ni...semuanya dh terungkap dalam lirik kat atas ni...my feelings,my personal things...april meninggalkan kisah best