Tuesday, February 24, 2009

Pantun teguran

ikan kembung ikan keli
ikan dibeli dipasar pagi
andai mukanya tidak berseri-seri
janganlah mudah "assume" diri

emas diperoleh dari lombong
digayakan bersama baju kurung
jangan mudah mengata orang lain sombong
andai hidup umpama bawah tempurung

indah nisan kerana ukirannya
lagi indah jika menghayati binaannya
hidup ini bukanlah selamanya
diakhirat jua dikumpul semua

mencari mentari di awal pagi
tapi kita terjaga di tengah hari
jangan terlalu membina mimpi
andai tiada usaha mendahului

menjamu selera dengan sireh
ditambah pula dengan ikan bilis
jangan dipamerkan rasa sedih
kelak luka lama pasti terhiris

buah ciku buah longan
dibeli oleh makcik siti
tiada guna wajah seindah pandangan
andai hati sebusuk t**i

bangun pagi pergi menjala
menjala pula di sungai Tekala
gelaran "senior" usah dibangga
andai solat belum terjaga


p/s:penat

10 comments:

norain said...

pantun...

ha ha sape leh jawab, sila jawab! :p

@ina AzRin said...

waa..dah berpantun...huuhhu...ade meaning setiap pantun tu cume xpasti same ade tepat atau tak ngan pemahaman sendiri...

btw..best2...seronk bile bace

buzzy said...

to no rain.:D.
sape2 pon bole jawab.teringin gak nak dikomen oleh presiden kelab itu(more to bahasa)..

to aina:seperti yg di bgtau sblm bertolak kekuantan...inilah hasil.mmg ade maksud tiap rangkap.

izzahmeor said...

hebat zaini berpantun...
izzah xleh jawab laa..
bukan jiwa raga...:D

buzzy said...

ogtkan izzah bg pantun 3 baris..elok tersusun..hehe

kurniaan tuhan jugak berpantun ni.
xhebat mana pun..

teringin gak nak orang lain jawab,bole tambah pengetahuan. :D

ainies said...

dia da stat da...
da stat da...
pantun da stat da..

>>kire pantun ke tu?

buzzy said...

ceh..asal tgk tersusun camtu je dah kire pantun..mane bole..:P

pantun direka berirama,
irama dicipta berdasar suasana,
jikalau hendak tahu bagaimana cara,
tanyalah pada guru yang mengajar tuan hamba.

amel said...

hallamak~ cayalah! buzzy berpantun

guru hang jauh di cyber,
moto, kreta takdak cane nak gi?
pikiaq sat..xleh jadi ni member,
hantam sajalah! pantun pun jadi...

huahuahua!!

buzzy said...

hehe..
naik bas bole..
:D

btw.thanks...

Anonymous said...

Ting Tong,

Ikan keli mudah dicari dipasar pagi,
apatah lagi ikan kembung dan ikan pari,
mmg byk org begini,
begitu mudah "assume" diri


Baju kurung indah digaya,
Mmg cantik andai kena pada orangnya,
Aduhai org yg yg pandai mengata,
Kuarlah engkau barulah berkata2x..

Pagi2 dengar bunyi meoowww disini,
Itulah bunyi kucing Abg Zaki,
Jika masa mengizinkan lagi
Pasti kujawab pantunmu lagi.


~Mmmeeooowww~