Sunday, August 16, 2009

Berpisah jua..


Jauh disudut hati,rasa sedih dan rendah diri tatkala membaca berita pemergian vokalis kumpulan Rabbani(Ustaz Asri).Rasa rendah diri kerana membaca kisah disaat-saat akhir beliau bersama keluarga dan juga setelah allahyarham dikafankan.wajah allahyarham dikhabarkan melirikkan senyuman.Bagi yang ada ilmu agama,pasti faham maksud senyuman itu.Semoga allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang diredhai dan dikasihi ALLAH.

Sama juga kisah artis nasyid (allahyarham Azhari@zairie,kumpulan Raihan).dikhabarkan disaat akhir allahyarham,satu lirikkan senyuman dilemparkan.saya tidak pernah lupa kisah ini kerana wajah allahyarham mirip wajah ayah saya(dikala itu).Apabila berkumandangnya lagu Raihan di TV,pasti saya akan berkata pada ibu "ibu,lagu abah kat TV" dan sama-sama ikut menyanyikan lagu.dikala itu umur baru 9tahun@darjah 3.

Disini dapat diambil teladan dan iktibar bahawa mati itu pasti.cuma masanya tidak diketahui.dan juga disini dapat diambil pengajaran bahawa,barang siapa yang menolong agama ALLAH,ALLAH pasti akan menolongnya.Cuma kita kadang-kala kita tak nampak pertolongan ALLAH,dan menuduh ALLAH tidak adil padahal kita yang rabun,atau mungkin buta.
Mungkin ada yang mengeluh kerana susah+payah nak buat kerja baik@dakwah.saya juga mengakui,cuma kita buat apa yang termampu.Secara logiknya,tak mungkin satu perkara pun tidak dapat kita lakukan.Gunakan kudrat yang ada untuk kebaikan.Perlu diingat juga bekalan yang hendak dibawa pulang.

p/s:
*penggunaan perkataan "kita" merangkumi diri penulis juga
*teringat bacaan surah ad-zariyat,ayat 56 oleh adik affan
*menangis bukan tanda kelemahan.life must go on

3 comments:

naskin said...

salam..

huh?? affan da pandai mengaji ke? :D sedap x??? :P

buzzy said...

well..tgk la sape yg ajar.hehe
bacaannye jelas walopun gigi rongak.hihihi

naskin said...

oooo patut la die tanye; mana abg yg ajar bahasa arab tuh?

:p sy yg blur. haha suppose adik affan kene tanye; mana abg yg ajar mengaji tuh?

p/s:tp kalau kak ain yg mengajar, konfem lg sedap. [riak riak..haih..] haha

ps/s: gigi rongak tp hensem tau! haha