Monday, August 17, 2009

Rilek la bro..


brader pam minyak:"enjin lapan belas ke?"(maksudnya 1.8)
(dalam keadaan dengar tak dengar lalu menjawab)
brader kurang hensem:"takla,17 je" (padahal ni saiz rim tayar,jauh bezanya)
brader pam minyak:"bukan.ni enjin.18 ke.kalo nak masuk 18 ade tempatnye"
brader kurang hensem:"ooo..1.6 je.xpela.ni pun dah cukup"
brader pam minyak:"minat jugak kete macam ni,ni yang keje malam ni"
brader kurang hensem:"insyaallah bole dapat punye.alaa ni pun kete second je"
brader pam minyak:"bukan ape bang,keje pomen,tapi takde kete.awek pun tade lg ni"
brader kurang hensem:"ok ar tu.jimat duit.alaa pasal awek nanti2 la pikir"
brader pam minyak:"kalo bawak kete ni,muke pecah gigi rongak macam mane pun,sure awek lekat"
brader kurang hensem:"takde ar tipu je tu"
(brader pam minyak tu pun tersengih)
.
.
.
(terus bersembang)
.
(pasal downpayment)
.
(bulan2 bayar)
.
(ditanya keje ape)
.
(pasal karburetor)
.
(dan terus bersembang)
(dihujung perbualan)
brader kurang hensem:"bro,aku cadang kalo ko nak cari kete mcm ni,jgn cari yg dah convert(ubahsuai).nanti menangis tak sudah.biar standard,pastu kalo ko nak convert ikut suke la.same gak nak cari awek.ko pahamkan maksud aku"
brader pam minyak:(tersengih)

memberi salam dan beredar~


cuma nak kongsikan senario masyarakat bujang yang mana bekerja keras untuk mendapat apa yang diinginkan.kekurangannya apabila perkara yang dikejar hanya indah didepan mata.mungkin telah terbiasa dengan "suasana" sebegitu.almaklum la hidup dibandar.boleh dikatakan semua yang dilihat indah belaka.hidup perlu enjoy tapi jangan terlalu enjoy.rosak binasa nanti

p/s:konvo UKM meriah.

No comments: