Monday, September 7, 2009

Pantun puasa :)

salam diberi pembuka bicara,
bicara dibuka berkongsi cerita,

hamba yang lemah ini tiadalah apa,

berpesan pada diri jua pada semua.


bulan ramadhan telah kembali

membawa rahmat bagi yang mencari

dari terbit fajar hingga terbenam matahari

selama sebulan jangka waktu mesti dituruti

buah kismis buah kurma

jadi santapan sahur dan berbuka

ramadhan datang mengajar kita

jangan membazir,jimat berbelanja


bulan ramadhan bulan berpuasa

bulan tarbiyah nama sampingannya

membuat amal,tapi mengumpat jalan juga

mungkin puasanya menahan lapar saja


mencari juadah dibeli sudah

pelbagai jenis pelbagai warna

perkara sahur jangan diambil mudah

kerana sahur membezakan puasa

pandu kereta tiada perlahan

gagal dikawal pasti kemalangan

maaf dipinta tanda kelemahan

semoga bertemu "next" ramadhan

pic taken from http://komik.dakwah.info/
*senyum saja :)

2 comments:

an.nabihan said...

buah cengkudu dibuat cuka
selamat berpuasa.

ngeee~

buzzy said...

buah cengkudu bole buat cuka ek..bru tau ni..

puasa jgn tak puasa