Sunday, September 27, 2009

Raya 2009


Syawal 1430H.Kemeriahan beraya di utara @Pulau Pinang->Kepala Batas->Permatang Bogak tanpa tok dan tokwan memang terasa lain.Tokwan telah lama tiada,sejak saya kanak2 riang lagi.manakala tok hampir 2 setahun pergi menghadap Pencipta.Tapi tak mengapa kerana diri ini mengerti yang hidup pasti pergi,cuma masa tidak diketahui.Namun begitu,syawal tetap disambut seperti biasa.1 syawal dimulakan dengan menunaikan solat sunat aidilfitri.Ada jemaah masjid yang bertanyakan anak siapa saya ni.jika saya menjawab nama ibu saya(sebab kampung mak) mereka kurang kenal.Tapi bila saya sebut nama arwah tokwan,mereka memberi reaksi tanda kenal.Logik juga jika mereka kurang kenal ibu saya kerana yang bertanya soalan adalah pakcik-pakcik.Seperti kebiasaannya selesai solat sunat aidilfitri,saya sekeluarga akan kekubur tok dan tokwan(pusara mereka bersebelahan).

Tokwan;Haji Ahmad B Haji Ishak

Tok;Hajah Hilaliyah Bt Haji Abdul Rahman

Pada syawal tahun ini juga saya diberi peluang mengenali siapa sebenarnya moyang saya iaitu Haji Abdul Rahman.Jika ditanya kepada penduduk veteran di seluruh Kedah,majoriti pasti kenal siapa moyang saya."Kenapa saya sebagai cicitnya tidak kenal moyangnya,mungkin jarak masa yang terlalu jauh".getus hati kecil saya.Kini kisahnya telah dibukukan dan saya ada menyimpan satu salinan.Terima kasih kepada pihak yang membukukannya walaupun ada kesalahan kecil.Kini saya dah faham susurgalur keluarga mak hingga kepada moyang.Haji Abdul Rahman Merbok nama gelarannya.

Pada malamnya,aktiviti membakar satay bersama 4 family.yang lain tidak hadir :D
mungkin serupa jika gaya rambutnya sama



Pada hari raya kedua,bertolak pulang dan sambung raya di selatan, Johor->Batu Pahat->Bukit Pasir->Kg Linau Besar(kampung ayah).
Aktiviti raya diteruskan di Johor.menziarah saudara-mara,sepupu,dan seangkatan dengannya.Sama seperti di Penang,saya cuba mengenali&memahami susurgalur keluarga ayah saya dan keatas.dikhabarkan ada sebuah buku mengenai susurgalur keluarga dan sedang di'soft copy' kan.diharap dapat disebarkan kepada saudara-mara yang berkaitan.
Seperti menjadi kemestian jika balik ke Johor,akan singgah ke Parit Salam.Semuanya gara-gara nak makan asam pedas.Tempat lain yang menjadi target asam pedas kami sekeluarga,di Muar(itu pun satu kedai je menjadi tumpuan,kalau tanya orang Johor pasti diorang akan recommend kedai yang sama)

Parit Salam;'port' asam pedas yang sedap&murah

Lepas makan asam pedas dan perut pun dah kenyang,takkan nak terus balik.Sesi lepak di tepian pantai berlangsung.Nama jer Parit Salam,tapi dekat dengan laut(takde kawasan pasir pantai sebab hutan bakau banyak).Antara pemandangannya:

Sedikit cerita mengenai pulau ni.Nama sialu adalah singkatan kepada sial selalu.kenapa pulau ni nama sial selalu?menurut ayah saya nama tersebut terjadi kerana dahulu kala pulau ini penuh dengan lanun.andai kapal lalu berdekatan pulau ni,pasti sial sebab kena rompak.semestinya kapal akan lalu sebab pulau ni ada rumah api yang menjadi panduan anak kapal.Akhirnya, sial selalu = sialu.jadilah Pulau Sialu.

Setakat itulah cerita raya saya untuk tahun ini.antara aktiviti yang dilakukan.walaupun seronok bercuti raya,saya tetap tak lupa pada kawan-kawan yang menghadapi exam dikala raya.doa saya bersama kalian.Insyaallah berjaya
Bye~

8 comments:

Mohd Asrool Hasbullah B Shuib a.k.a Leo said...

hohoho orang Johor juga..ahaks

PeJun said...

g BP x singgah umah aku..
tul2 tepi jalan kat semerah

btw..umah atok aku kat simpang 5 gak..
dpn parit salam...

buzzy said...

laa ye ke.aku taktau.sori2.kejap je pun kat johor.insyaallah next raye aku dtg.

orang2 kat situ je tau situ ade 5 simpang..org luar sure tak perasan simpang kelima tu.:D

an.nabihan said...

nak satay!! selamat hari raya ruz!! alfatihah buat insan yang sudah kembali ke ramahtullah.

an.nabihan said...

nak satay!! selamat hari raya ruz!! alfatihah buat insan yang sudah kembali ke ramahtullah.

aMeL said...

Alamak... sape mamat speky dalam gambar tu? sesungguhnye hensem! cam nak amik jer atograp die... :D

ninim said...

salam..hahaha...family sblah mak orang Lahar Minyak...ngeh2..salam ziarah

buzzy said...

an : nak satay? jom..hehe

amel: puji diri sendiri ke tu?hehehe

ninim :oo lahar minyak..tak jauh la dari permatang sintok(if naik kete la) hehe..thank for visiting :)