Wednesday, November 25, 2009

Dikala ini


salam sejahtera salam ceria
salam diberi dijawab mesti
permulaan ini tak sehebat mana
hanya menitip yang tersirat dihati

dikala ini,tangan ni terasa gatal2 nak menaip,tapi taktau apa yang nak ditaip.hanya terus menaip. serta menanti idea yang terlintas lalu diterjemahkan dalam karya yang kurang menarik ini.pernah juga berangan2 nak update seperti rakan2 yang hebat berkarya.menegur secara lantang dilaman blog masing2,memberi nasihat yang bermetafora malah tidak kurang juga mengekspresikan perasaan peribadi.itu hak masing2.



cegah

dikala ini,aktiviti harian,mingguan tak sama seperti dulu.walaupun ada masa rehat,hati tetap tak tenang.tugasan menanti berderet untuk diselesaikan.ada yang berkata "itu semua dunia jer"..ada pula berkata "plan your work properly".terima kasih atas kata2 semangat itu.

dikala ini,aku gembira melihat rakan2ku dgn kebahagiaan masing2.sangat romantik kata yang dilafazkan mereka.bole la aku pinjam untuk masa depan.hehe..ade jugak yang sempat bertanya.erm..mungkin aku bole ungkapkan dalam bentuk pantun.
[ni je kebolehan aku] :)

gadis melayu gadis idaman
gadis berakhlak menjadi pilihan
seringkali ditanya beberapa soalan
kenapa sendirian tiada berteman?

(aku respon)
buah pala buah peria
buah tembikai sedap dimakan
bukanlah diri tidak bercitarasa
cuma memikirkan masa hadapan

"hanya memerhati dari jauh"

dikala ini,aku rasa kadang2 tertekan.entah dari mana datang rasa tertekan pun aku taktau.mungkin dari perubahan itu.atau mungkin juga dari deretan kerja.atau disebabkan dari keadaan diri yang agak serabut akhir2 ni.atau juga keadaan cuaca yang sejuk nyaman.argh alasan saje semuanya..

hanya kepadaNya tempat berserah

bunga kembang cantik berseri
lagi berseri jika dijaga rapi
dugaan datang silih berganti
jangan mengeluh tabahkan hati

dikala ini,aku rasa sgt down. :(


p/s:sy jahat



1 comment:

aNfaLafNa said...

chaiy0k2!
j0m cube try tuk hadapi hari2 akan dtg ngan senyuman :)

p/s: jgn layan sgt kesedihan tue taw!