Tuesday, February 24, 2009

Pantun teguran

ikan kembung ikan keli
ikan dibeli dipasar pagi
andai mukanya tidak berseri-seri
janganlah mudah "assume" diri

emas diperoleh dari lombong
digayakan bersama baju kurung
jangan mudah mengata orang lain sombong
andai hidup umpama bawah tempurung

indah nisan kerana ukirannya
lagi indah jika menghayati binaannya
hidup ini bukanlah selamanya
diakhirat jua dikumpul semua

mencari mentari di awal pagi
tapi kita terjaga di tengah hari
jangan terlalu membina mimpi
andai tiada usaha mendahului

menjamu selera dengan sireh
ditambah pula dengan ikan bilis
jangan dipamerkan rasa sedih
kelak luka lama pasti terhiris

buah ciku buah longan
dibeli oleh makcik siti
tiada guna wajah seindah pandangan
andai hati sebusuk t**i

bangun pagi pergi menjala
menjala pula di sungai Tekala
gelaran "senior" usah dibangga
andai solat belum terjaga


p/s:penat

Thursday, February 12, 2009

Intai-intai..

setelah 3 tahun mengintai2 (thn masihi dah lepas,thn hijrah dah lepas,thn baru cina dh lepas)...hehe:) akhirnya dapat juga mempeluhkan diri belajar teknik2 yang sepatutnya untuk bermain tenis.terima kasih kepada yang sudi mengajar.

umpama baru masuk tadika tenis,so perlakuan semasa belajar hampir ketadikaan juga la.rasa segan+malu terpaksa tolak tepi tatkala melihat pemain2 yang hebat berlatih.takpelah,untuk permulaan.lama-lama ok la kot.insyaallah.
sebenarnya dah lama teringin nak main tenis(3 tahun kot!),cuma tak berpeluang+takde raket.bila dah ada peluang,just grab it je la.ditambah pula,bila bersukan dapat menghilangkan rasa yang tak patut dirasa.personal problem pon bole setel..
walaupun baru berjinak2 dlm tenis,hoki tetap menjadi tumpuan.

p/s:bole plak termimpi lawan tenis dgn watak jahat dlm filem Prince of Tennis..hampeh tul

Wednesday, February 11, 2009

4 golongan lelaki