Thursday, April 2, 2009

april

harini tarikh 2 april.pagi tadi baru saja lepas menjawab midterm exam subjek software engineering.mengharapkan yang terbaik.
hurm,...april datang lagi.takde ape yang special pun bulan april,melainkan banyak exam dicampur dengan assignment yang bertimbun-timbun.ooppss,ingatan itu datang bertandang....takpe,abaikan seketika.

selalunya bila masuk je bulan april,pasti kita terdengar ayat "april fool". ape bende april fool tu?sejenis makanan ke?atau sebuah mesin pengisar tebu?.kenapa kalau kawan2 kita buat joke yang tahapnya boleh mendatangkan bahaya kepada kita,then kita seakan nak marah jer.tapi kawan kita tu buat 'dont know' je sambil kata "april fool".adekah april fool tu sebagai lesen untuk kita mengenakan kawan2 atau sape2 saje.kalau nak kenakan kawan2 pun,tak bole ke bulan lain?(spt dilakukan oleh mak sy sendiri).nape la bulan april juga.kalau begitu,malangnya mereka yang lahir pada bulan april (terasa).bagi aku,mereka yang menyambut 'event' ni,mereka belum matang dalam pemikiran,meskipun rupa mereka kelihatan matang.

air dicincang takkan putus.mungkin pepatah ini boleh mengungkap ape yang berlaku pada bulan april ni.kini aku sudah sebumbung dengan rakan2 serumah sewaktu aku di EP semasa first year alpha di melaka.nak kata reunion pun bole jugak la.semestinya aku gembira,kerana dari tak kenal sesiapa semasa alpha (kecuali classmate mase sekolah),tinggal di EP (EP oh EP..malasnye nak sebut perkataan ni..hanya difahami oleh rakan2 yg seangkatan) dengan tak kenal sape jiran bilik sebelah,persahabatan dicetuskan.takkan nak buat hal sendiri2 je kalo dah duduk serumah.dipermulaan yang agak segan2 nak tegur sesama housemate,kini dah boleh gurau perli2.aku pun tak terlepas memerli dan diperli dan tiada memendam rasa pabila diperli...hehehe.baru happening.walaupun tidaklah sebaik kawan2 "disana",tp aku suka.berkawan jangan terlalu memilih.melainkan perihal berkasih :D ,saya mesti pilih(gaya iklan bank rakyat).

april oh april,banyak pulak kisah silam datang menyinggah.takpe,simpan je buat koleksi.


p/s:bourgenvilla....jom kita ke ____ :D