Saturday, June 27, 2009

Kepada pengguna bermotor

Bermula 1 September nanti, klasifikasi penjualan minyak petrol negara ini akan diselaraskan dengan dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON 95 dab RON 97. Sebagai pengetahuan, kedua-dua jenis bahanapi ini ialah dari sumber yang sama, Cuma melalui proses berbeza yang mana kedua-duanya tetap kekal sebagai petrol tanpa plumbum. Jadi. dua, bulan lagi, RON95 akan menggantikan RON92, harganya ialah RM1.75 manakala RON97 menjadi petrol premium pada harga RM2.00.
Apakah kesannya pada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu anda ketahui tentang asas RON itu sendiri. Di seluruh dunia, pencemaran bahanapi fosil telah meningkatkan kesedaran banyak pihak, justeru kualiti bahanbakar ditingkatkan, dan jurutera pula bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin pembakaran moden yang mampu beroperasi dengan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga perlu sangat minimum.
Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut?. Langkah paling mudah ialah melihat pada penutup petrol. Dan jika ia tiada disitu, boleh rujuk di buku panduan kenderaan. Pun begitu, tidak semua kereta ditulis dalam bentuk angka, sesetengahnya ditulis dengan istilah ‘leaded’ dan ‘unleaded’. Jangan khuatir, majoriti etrol yang dijual di malaysia (termasuk RON92) merupakan petrol jenis tanpa plumbum (unleaded)
Adakah RON97 lebih baik dari RON95?. Secara teorinya, benar, namun secara paraktiknya tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON 97 di stesen B. Perlu diingatkan, setiap petrol di yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat ini mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing. Adakah petrol RON95 berkualiti rendah?
RON adalah berkaitan campuran dua asas campuran Oktana dan Pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahanbakar petrol. RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah Oktana dan selebihnya Pentana. Begitu juga dengan RON97, 3 peratus Pentana dan selebihnya Oktana. Gandingan ini pula memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Namun sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai dengan menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking) atau juga disebut pinging.
Enjin selinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar dengan sejumlah 95 peratus Oktana. Ingat. Sifat Oktana ialah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai untuk menggunakan petrol RON95. Sebaliknya, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus Oktana, maka penggunaan RON95 adalah tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan sifat mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi tidak pada pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan disinilah masalah ketukan (knocking) berlaku. Petrol yang baik adalah bergantung pada jenis pengeluar petrol itu sendiri.
Seperti yang diterangkan diawal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama. Ia direka dengan kejuruteraan tinggi untuk menjadikan setiap klasifikasi bahanbakar tersebut adalah yang terbaik. RON pula adalah klasifikasi piawai yang wajib mereka selaraskan. Sama seperti penetapan kelikatan yang ditetapkan dalam industri minyak pelincir. Dakyah yang mengatakan lebih tinggi RON adalah lebih baik merupakan pendapat yang tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan enjin.
Setiap pengeluar mempunyai resepinya yang tersendiri untuk menjadikan petrol mereka membakar dan membersih dengan efisyen. Setiap pengeluar memiliki pusat penyelidikan untuk membuat rumusan petrol dengan jisim seperti bersifat ‘mencuci’, mengekalkan tahap pembakaran, ketahanan dengan suhu dan pelbagai aspek untuk memastikan petrol mereka konsisten mengikut spesifikasi enjin yang direka untuknya.
Ada pengeluar yang benar-benar serius dengan mengekalkan tahap sulfur (jenis pencemaran ni) jauh lebih rendah daripada yang disarankan, malah ada sesetengah pengeluar petrol juga menghasilkan peratusan RON lebih tinggi dari RON97 tetapi masih diklasifikasi sebagai RON97. Ada juga pengeluar yang menjual RON97 dengan kandungan Pentana lebih 5 peratus.
Kesimpulannya, RON adalah berdasarkan kesesuaian enjin, bukan kualiti semata-mata. Tidak guna membandingkan RON100 Jepun atau RON98 di Britain. Mereka mempunyai enjin yang dicipta untuk kaedah pembakaran begitu. Kenapa perlu telan 2 bijik panadol kalau sebiji dah mencukupi untuk menyembuhkan demam panas? Kenapa perlu berbelanja lebih? sedekah kat anak yatim pun dapat pahala.

Friday, June 26, 2009

kali ini

dikala ini telah beberapa minggu menjalani sesi praktikal.ditempatkan di Keramat,aku amat bersyukur.Sebabnya,dekat dengan rumah.dalam 10++minit dah sampai.so aku takde la nak rushing sangat.tapi kadang-kala rushing juga.bermula 8.30 pagi setiap hari berakhir 5.30 ptg kecuali hari jumaat,5 ptg.sejak praktikal ni,macam2 aku rasa kelainan.malam2 saya tak seperti dulu.kalau takde niat nak online,lepas isyak masuk tidur.kalau lambat tidur,merasalah kepenatan esoknya.seperti yang dikata lepas,tak byk duduk kat ofis.walaupun tak terlibat sgt dalam kerja2 luar,tapi dpt merasa jugak serba sedikit kerja2 yang dilakukan.kalau takut kotor,memang tak belajar apa2 la.penat tu,semestinya.baru tahu betapa payah+penat nya ibu bapa aku bekerja.byk jugak la observe perkara baru.merasa apa itu "jammed" pabila pulang dari kerja.mcm tak logik dari keramat ke wangsa melawati amik masa dlm 40 minit.padahal dekat je.itu sume pengalaman.
xde idea plak nak taip panjang2.tolong sambungkan bole?

p/s:
-kemaskini logbook..pastu bg bos cop+sign
-terimakasih atas cerita2 yg "enak" itu

Friday, June 5, 2009

Cutiku

Cuti trimester or cuti penghabisan?

perasaan bercampur tolak bahagi.Cuti trimester kali amatlah singkat.cuma 2 minggu saja.tapi lagi singkat bagi yang akan berpraktikal semester depan.ada yang mula praktikal 1 jun,ada yg 8 jun,ada yg 15 jun.tak kesah la bila mula praktikal.didoakan semoga kengkawan selamat berpraktikal.almaklum la ada yang kene pegi site,panjat tiang telefon or just duduk kat ofis jer.semoga berbahagia dengan sesi praktikal ni..

Cuti kali ni,tak banyak aktiviti dilakukan..(ye la tu).banyak dihabiskan dirumah saje.nak buat macam mane,diri ini memang suke dok kat rumah sambil mengasah "parenting skill" hehehe.
insyaallah parent akan balik dari tanah suci 6 jun ni.hampir 2 minggu parent di tanah suci.sesungguhnya saya kagum dengan pengurusan THT(Tabung Haji Travel).terasa nak ikut je mula2.tp ada tugas menanti.Bak kata parent,senang pergi dgn THT,tak rasa duit keluar(hakikatnya memang keluar).just tolak dari akaun tabung haji je.ade logiknya,maklum la kalau duit depan mata,takut lari niat asal.
dan selama 2 minggu tu la menjadi "bapa tunggal",bak kata kawan2.hehe.tak kesah la apa pun gelaran asalkan tak membawa makna buruk..hish korang ni,takde nama lain ke nak bagi.:P
setakat memasak,membasuh,mengemas perkara biase.cewah..so,cuti semester dihabiskan dirumah.nak keluar jauh2 pun,kena fikir 4,5 kali.last2 dok rumah jugak.penat jer fikir.

8jun ni dah mula praktikal.saya ditempatkan di bahagian network operation."hint" yang diberi,maybe tak duduk diofis sangat.,pergi kat hub2 telefon.dan maybe panjat tiang telefon.(yg last tu rekaan sendiri).apa2 pun mengharapkan selamat semasa sesi praktikal.

*malasnya nak potong rambut
*perfect,cantik,kuat beragama,lemah lembut. heeee:D