Monday, July 20, 2009

Cemburu?? takla,..jealous je.



terlihat video ni semasa tengah berehat diofis dikala tiada doket=report order.asalnya sedang dengar lagu kat youtube ni,tapi ditukar channel video kepada yang ini oleh seorang staff.so,layan je.tergelak juga dibuatnya..sekadar berkongsi
~cemburu jika ditafsirkan tanpa nilaian agama,semua orang boleh kata.~

Sunday, July 19, 2009

Office 2010 :The Movie




hurm....:)
*ade org main tembak2

Saturday, July 18, 2009

Cawan atau air...

SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.


Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: "Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! “Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!”

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain.. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.



*tiada sebab untuk cemburu,itu rezekinya.yang penting usaha

Tuesday, July 14, 2009

de`words


A words that can describe many stories






*sy segan nk dtg,bukan taknak support
*mencari kekuatan dalam kelemahan

Saturday, July 11, 2009

RC


RC plane.
tibe2 terminat secara tidak langsung dalam arena rc(remote control) ni.ini kerana brader2 kat tmpt praktikal tgh mendesign model jet lebih kurang mcm dlm gambar ni.so,aku sbg budak praktikal yg taktau ape2 try la tanye2 pasal rc ni.susah jugak nak reka satu model.reka+terbang.duit kene ada la nak reka model jet ni.nak kene beli motor or kipas,bateri,4 channel,6 channel dan sebagainya.blur jugak mula2.ape tu gyro(first time dgr aku igt GIRO yg bank negara tu :P).tapi brader tu sarankan sebelum minat lebih2 kat model,main simulation dulu.tgk orang lain main senang je terbang.tp bile main kat simulation,susah jugak.nak2 pulak RC helicopter.susah btul aku nak kasi heli tu duduk diam.so,aku lebih interest kat kapal terbang.steady je terbang..cewah.tp satu problem pulak,dah pandai terbang+acrobatic style aku tak reti nak turunkan flight tu.adei,ni kalau guna model kapalterbang yg betul alamatnye aku bawak balik remote control je la.hehehe
brader2 lain yg sama ofis mula2 kagum gak sbb aku bole kawal flight tu.tp bile aku ckp tak reti nak turunkan,kene gelak dgn diorang :D.biasa la,newbieeeee dlm RC ni.
masih dlm proses.tp dah lepas "crushless test" :P

walaupun baru minat kat RC plane ni,minat terhadap rc car lebih mendalam.sbb tak lawan gravity+ bole main depan rumah.
entah bila nak ada sebijik.haih..

*main simulation dlm ofis dikala bos takde..ssyyhh
*try tgk ni