Thursday, February 18, 2010

PAKAR

Nama saya Mohd Ruzaini Akmal b Mohd Raif b Sarjuni b A.Rashid.maknanya A.Rashid adalah moyang saya.so,im qualified to attend that ceremony.Majlis apakah yang dimaksudkan.beginilah pertanyaan diawal pemberitahuan oleh ayah saya.
Pakatan?

Majlis ni berlangsung pada sabtu lepas 13/2/10 di Johor,Batu Pahat.secara amnya perjumpaan ni bukan perjumpaan untuk mewujudkan pakatan baru.cuma nama sahaja yang agak menarik.Tujuan asal majlis ni adalah untuk mengadakan solat sunat hajat, memohon pada Allah bagi menyembuhkan penyakit yang dihadapi oleh saudara mara juga memohon hajat bagi diri sendiri.seperti yang kita faham,solat sunat hajat ni bukan perkara wajib untuk dilakukan secara berjemaah.

Pada perjumpaan kali ni,barulah saya dapat kenal saudara mara saya.punyalah ramai.semestinya saya hanya diam sendirian(semasa majlis,tidak masa makan) dalam majlis selain bersembang dengan adik2 sendiri.Pakcik-pakcik yang ada pun saya taktau nama.cuma kenal muka.tapi kenalah mesra serta hormat mereka.

Majlis dimulakan dengan sesi menunggu saudara mara (maknanye belum mula majlis lagi la tu).Setelah ahli majlis sudah tiba,sedikit mukaddimah sebelum majlis solat sunat hajat bermula.Let the veteran talk.The younger just listen.Selesai solat sunat hajat,bacaan yassin beramai-ramai bermula dan seterusnya bacaan doa sebagai penutup.

Secara peribadi,signifikasinya majlis ni,hubungan silaturrahim antara saudara mara terjalin.dan juga signifikasinya,adik beradik atuk saya kebanyakannya tinggal dalam kampung yang sama.maka mudahlah untuk berkumpul walaupun sebenarnya agak susah kerana masing2 ada komitmen tersendiri.Semoga ada lagi perjumpaan sebegini lagi(maka terkial2 la saya cuba ingat nama2 mereka) :D
PAKAR =Pakatan Ahli Keluarga A.Rashid

No comments: