Tuesday, February 16, 2010

Pantun lagi..

salam sejahtera sebuah tajuk lagu
lagu didendang dikala sepi
waktu sebegini waktu kegemaranku
kerana idea tiba2 menjengah diri.

hari ini hari yang cerah
cerahnya diharap berpanjangan
kehidupan tidak selalunya indah
derita bukan menjadi peneman.

gali tanah membentuk lubang
lubang digali rupanya sebuah liang
banyakkah amal usah dibilang
bersungguh-sungguh sebelum nyawa hilang.

bertempik sorak menggema alam
tanda kegembiraan sang manusia
fitnah datang siang dan malam
hati-hati ketika bertutur kata.

carik-carik bulu ayam
lama-lama bercantum jua
senyum diukir pengganti salam
bolehkah kita berkawan semula.

gendang gendut tali kecapi
kenyang perut sendawa sendiri
tiada apa untuk mengakhiri
sekadar nasihat kepada diri sendiri.

No comments: