Friday, March 26, 2010

Coretan

Ceriakan hidup anda dengan Call Me Tone
atau tip transformasi diri
daripada Datuk Fadzilah Kamsah.
Untuk langganan sila dail *168#

Kocekku bergegar pada skala rendah lagi pada pagi ini.Gegaran diterima tatkala aku berada didalam kelas dan akan membuat presentasi tugasan.Selalunya aku akan "delete" pada kadar waktu yang pantas tanpa membaca dengan lebih lanjut.Mungkin hari ini lain dari hari jumaat yang lepas.Entah mengapa aku membaca mesej seperti ini berulang kali.Jika dilihat pada sms ini,tiada signifikannya.Hanyalah promosi dari syarikat telekomunikasi yang aku guna perkhidmatannya.

Aku suka menafsirkan ayat dengan maksud yang lebih tersirat atau dengan kata lain,fikir luar kotak.Tapi bila tidak dapat berfikir,acapkali mencari "lubang" di kotak itu agar dapat keluar dari suasana.Suasana yang bagaimana, diri sendiri yang mengetahui.

Sebelum presentasi tugasan pada hari ini,separuh masa pertama diambil oleh pensyarah untuk meneruskan sesi pengajaran seperti biasa.Topik yang menarik [Marriage system in Islam].Tapi aku tidak rasa menarik pada pagi ini.Mungkin suasana dewan kuliah yang agak malap.Namun tidak pula aku menunjukkan reaksi bosan.Belajar mengenai agama yang dianuti.Mana mungkin boleh bosan dan tidak sepatutnya merasa sebegitu.Dalam sesi pembelajaran itu,sempat pensyarah berpesan sambil melihat padaku "be a
good person to get a better partner".Apakah motif pensyarah melihat kearah aku.Mungkin aku antara pelajar tahun "akhir" yang hadir ke kelas pada pagi ini.Hanyalah andaian sendiri.How to be good-good-good?ask yourself.

Separuh masa kedua tiba.Menjadi kumpulan kedua membuat presentasi.Tidak menyangka pembentangan kumpulan saya memakan masa yang agak lama.Hinggakan rakan sekelas mengeluh "lamanya,kitorang nak present jugak"."Slideshow" sebanyak 9 sahaja.Jauh beza 2 kali ganda dengan kumpulan pertama.Mungkin topik "Hijab" agak menarik perhatian pensyarah dan pelajar,mungkin.Andaian sendiri lagi sekali.Selesai pembentangan,lega rasanya.Bukan apa,aku bukan jenis yang petah untuk membuat pembentangan.Pabila ayat yang hendak disebut tiada tersimpan dalam memori,terus aku tukar kepada bahasa ibunda yang aku kagumi.Itulah cara aku.Mencuba atasi kekurangan diri.Im not Mr English.

Akhir kata,"belajar rajin-rajin". ho yeah!

p/s:tidak menepati syaratnya,bukan gagal.

5 comments:

ninim said...

~ jangan sebut lagi mengenai kegagalan itu~

kerana yang akan timbul hanya kekesalan


dan kekesalan itu bisa membunuh semangat dan jiwa

~manusia sentiasa belajar ~

Belajar rajin2

buzzy said...

jujurnya,itu telah timbul dan itu telah terbunuh seketika~

ZaCKuaL said...

hehehe..mcm kenal ja ayat kat p/s tu ye..ngeh2x...

jom abg zai..kita belajar rajin2...ngee~

Anonymous said...

Salam

Salah satu sebab masih terasa menyesal selepas melakukan kesilapan atau kegagalan, kerana meninggalkan istikharah~

*Sekadar perkongsian, baru tahu juga. Selamat beramal. >.<

-kawan

buzzy said...

zack: mmg la.ayat ko.buat2 mcm kenal lak.hehe jom study kat masjid.jikalau 4 tahun lepas bole,takkan tahun ni takbole. :D

kawan : terima kasih.walupun tak bernama.mungkin sy tau sape gerangan anda.mmg benar kata anda.tp selalunya masyarakat menganggap istikharah hanya pada soal jodoh..