Tuesday, March 16, 2010

Hidup ini..


Bila berbicara mengenai hidup

Kadang kala terfikir
seolah2 mahu berlari
dan berhenti dari mengikut
langkah dan gerak kehidupan

Mungkin kerana rasa penat
dan letih yang selalu
menyelebungi jiwa
bila ingin berbuat begitu
maka fikiran melayang jauh
memikirkan sesuatu hakikat

Hidup ini tiada apa yang tidak membosankan
tiada apa yang tidak mengecewakan
bukan kerana inginkan kemewahan
cukuplah sekadar ukiran kegembiraan

Hidup ini pastinya memerlukan pengorbanan
perjuangan yang tidak pasti di mana noktahnya
Diteruskan dengan perit dan jerih
dan semangat yang hadir daripada
seorang yang bernama sahabat



p/s:terima kasih kepada yang berkongsi kata-kata indah diatas

2 comments:

ninim said...

Semoga ukhuwah yang terbina utuh di atas jalannya ini terus disirami redha dan juga keberkatan ALLAH

izzahmeor said...

Hidup ini pastinya memerlukan pengorbanan...
perjuangan yang tidak pasti di mana noktahnya...
Diteruskan dengan perit dan jerih
dan semangat yang hadir daripada
seorang yang bernama sahabat...


:)