Wednesday, June 30, 2010

Kembali ke kelas

Assalamualaikum
dikala ini,rakan2 se"batch" saya kebanyakannya sedang menunggu panggilan dari syarikat yang membiaya yuran pendidikan mereka.bagi yang se"kapal" dengan saya,merasakan agak 50-50 untuk dipanggil ke syarikat yang sama.Disebabkan itu,saya telah mengambil keputusan untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang lebih berfaedah daripada menunggu dan duduk dirumah tidak membuat apa.pada mulanya tak amik kesah,tapi setelah difikirkan semula banyak kebaikan yang mungkin diperolehi.fikir punya fikir maka "join" juga kursus ICT dibawah Industrial Skill Enhancement Programme(INSEP) atau dalam bahasa Program Peningkatan Kemahiran Industri.Kursus ni sepenuhnya ditaja oleh kerajaan.bagi yang berminat silalah daftarkan diri disini.(intake terakhir bulan ogos)

Maka dengan ini kelas saya bermula minggu depan.kekurangan disini,saya lambat bekerja dan kebaikannya mungkin dapat menguatkan "resume" saya dengan sijil profesional yang diberikan didalam program ini.mohon kalian mendoakan saya dan rakan2 yang lain agar dimurahkan rezeki masing2.amin

Jadual kelas

p/s:rindu akan kelas...ye ke ni?.hehe

1 comment:

ninim said...

baguslah..daripada membuang masa~
lebih baik membuat perkara yang mendatangkan manfaat~