Monday, July 5, 2010

Hari pertama



Assalamualaikum dan salam sejahtera

setelah sekian lama bercuti,semangat untuk ke kelas semula tu agak menurun sedikit.hehe poyo je ayat.
hari ni hari pertama kelas.dari jam 9pagi smp 5 ptg.erm,penat..tapi..
bukan penat kerana kelas tapi penat berdiri dalam tren.jika diikutkan,stesen lrt putra yang terdekat dengan rumah adalah stesen wangsa maju,tapi naik kat terminal putra dengan harapan dapat la duduk.namun,berdiri jugak jawabnye selama 45 minit+-(19 stesen) dan juga berhimpitan.alahai kuala lumpur.
nape tak nak drive?.bukan taknak drive,tp memandangkan kawasan sekitar tempat belajar amat sesak,lebih baik guna pengangkutan awam.tak pasal2 je nanti ada corak yang menghiasi pintu kereta.huhu takmo.serik.
untuk hari pertama ni sekadar nak mengira masa perjalanan.esok dan akan datang(kalau parent tak cuti keje) akan tumpang parent sampai kerinchi.dari situ takla jauh sangat.cuma terlalu awal plak kene bertolak.as long as bole jimat tambang its ok.

kelas hari pertama,bole kukatakan takla terlalu best dan takla terlalu bosan.so average.instructor pun ok..bahan bacaan disediakan..hehe.agak terkejut mendapat buku untuk kelas pertama ni.tebalnya.lagi best,instructor kata akan habiskan dalam 4 hari.gulp..hari kelima akan masuk subjek lain.
nak taknak ikut sahaja.semangat membaca yer disitu~mampu?


kembali ke kelas~

scanner saya takde ink color.hehe

sekian

No comments: