Monday, August 30, 2010

Ujian itu biasa

"You're not qualified for this job"..meruntun sekejap jiwa kecil seorang lepasan ijazah ini tatkala terdengar ungkapan itu.terganggu sekejap fokusku terhadap persiapan exam CCNA.didalam kesedihan itu,terpalit jua sedikit rasa tidak puas hati.tapi bukanlah untuk meraih simpati.

sebelum itu,telah menerima sms yang menyatakan adakah saya akan terima tawaran kerja kerana memenuhi semua kriteria yang dinyatakan.ku lengahkan untuk menjawab sms itu agar dapat fikir semasaknya.perlu difikirkan mengenai keluargaku terutama adik bongsuku yang mungkin akan keseorangan dimalam hari jika aku terima tawaran ini.ibu bapaku akan ke Mekah untuk menunaikan Haji,insyaallah.Tawaran yang diberikan kerja syif.Setelah perbincangan serta sesi musyawarah dengan keluarga.ku yakin dengan keputusan yang dibuat.maka panggilan dibuat untuk bertanya lebih lanjut seterusnya memberi jawapan.Baru beberapa patah perkataan,6 perkataan seperti diatas terpacul dicorong telefon.pelik pun ada.tak mengapalah,mungkin bukan rezeki disitu.saje cuba-cuba sebelum exam CCNA.fokusku sekarang hanyalah pada exam tersebut.Insyaallah ku yakin rezeki tetap ada.sebab rezeki semuanya pemberianNya.hanya perlu usaha saja.


dalam keadaan yang masih terfikir peristiwa itu,cuba mencari sesuatu untuk mendamaikan jiwa yang lara..hehe..ku godek-godek siaran radio dalam kereta sewaktu menunggu adik bongsuku balik tuisyen.maka dengarlah aku akan lagu yang didendangkan buat kali pertamanya.waktu itu,ku bersama ibu tersayang menunggu adikku.lagu berdendang dan tiba-tiba ibu bersuara "itu bukan suara Allahyarham ust Asri?".seberapa pantas ku mengiyakan statement ibu dan menambah bahawa lagu yang sedang diputarkan merupakan lagu lama yang diberi nafas baru.seusai lagu tamat diputarkan,DJ bertugas membawa topik kemerdekaan.terasa seakan tertampar jiwa ini(konon2 mcm kene tampar pipi) akan kata-kata DJ bertugas.kita disini menyambut kemerdekaan dengan bunga api yang indah pada kaca mata kasar.namun saudara mara seislam disana?tak main la mercun atau bunga api.ini real punya.ku terfikir juga,bagaimana 1 syawal mereka nanti?mungkinkah seperti kita disini?.tak perlu dinyatakan kerana diri ini pasti,mereka yang berperasaan dapat mengagak akan jawapan pada persoalan diatas.secebis doa itu juga sumbangan bukan?.tanamkan kesyukuran dengan apa yang kita ada.sekian coretan yang tidak tinggi nilai bahasanya.


ini lagu yang didengar sewaktu menunggu.



La ilaha illallah
Muhammadur Rasulullah
Hidup mati kerana Allah
Berjuang fi sabilillah

Wahai para pejuang maralah kehadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau diancam senjata
Kerana Allah kita mara

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya

Hentikanlah penderitaan dan juga kezaliman
Kembalikanlah keamanan di bumi Anbiya'
Berdoa kepada Ilahi
Agar palestin akan merdeka
Kekal sentosa selamanya

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau diancam senjata
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara



p/s:kembali semangat untuk study.moga dimurahkan rezeki

4 comments:

aMeL said...

sabar..

nak kerja kat bahagian aku tak? tapi spesifik dia IT sebenarnya... kat tempat aku ramai orang lama nak kuar dah. Aku terkial-kial duk kena terima handover sume kerja nih.

HELP!

buzzy said...

ko keje mane??
ko kan scholar holder.tm panggil kan..

aMeL said...

keje tm la ni. kat Brickfield..
mai la..

buzzy said...

ceh.kat brickfield ke..bkn nak bgtau keje situ.

insyaallah ade rezeki aku join.
try cari yg lain dulu.nnt ko boring tgk muke aku je