Thursday, September 23, 2010

Edisi litar tersangkut 5

Assalamualaikum,salam sejahtera

haa sekian lama tidak menggerakkan jari untuk menaip diruang legar ini.sebelum ini,jari ini banyak digunakan untuk menaip email job application.entah berapa banyak sudah email dihantar.yang penting kita hantar.cuba selagi boleh.nasib baik gerai makcik jual nasi lemak tak buat iklan kerja kosong di alam maya.kalau tak,pastinya,konfem aku apply.

baru diri ini tahu sukarnya mencari kerja.maklumlah diri ini bukan pemegang mana-mana biasiswa.tidak terikat kepada perkhidmatan mana-mana syarikat.cuma terikat kepada tempoh bayaran balik pinjaman.secara peribadinya,pengalaman mencari kerja agak memberi impak dalam diri ini.kelemahan yang dikenalpasti dalam mencari kerja,cepat-cepat diatasi.bermula dari resume hinggalah kepada sesi temuramah.cara kita bercakap ketika ditemuramah amat memainkan peranan.silap perkataan,konfem tak dapat kerja.namun terdapat cara bagaimana untuk tackle soalan lazim penemuramah.tips saya,banyakkan bacaan.

buat masa ini,diri ini masih belum bekerja.cuma beberapa sesi temuramah telah disusun.mangharapkan yang terbaik buat diri dan secara langsungnya memberi khidmat kepada keluarga.sekadar disini mencoret cerita kosong.hehe.ok mau prepare untuk interview minggu depan.wassalam

2 comments:

MENJEJAK DEWASA~ said...

all d'bez my dear bro!!
moga dapat yg terbaik~

Rahayu Niza said...

zaini..try la tgk2 kat FB MMU Alumni Society. Ada byk gak posting kerja kosong utk ex-MMU. Sabar ya, insya Allah ada rezeki tu nanti..