Saturday, November 6, 2010

Duhai anak

Selamat hari sabtu

pastinya hari sabtu menjanjikan masa untuk berehat serta bermalasan dirumah.mungkin juga ada yang sibuk dengan jemputan kenduri sana-sini.namun apa jua aktivitinya,hari ini tetap hari sabtu.hehe(takde motif sebenarnya).

sekadar mahu berceloteh mengisi bilangan entry yang tak seberapa ini.semalam bersamaan hari jumaat maka berwajiblah bagi tiap2 orang LELAKI muslim mengerjakan solat jumaat.sebelum solat bermula,kebanyakan masjid akan mengadakan tazkirah jumaat.tidak terlepas juga di masjid As-Sobirin di AU5 Keramat.(kebiasaannya solat di masjid wangsa melawati).ketika sampai diperkarangan masjid,tazkirah sudah pun bermula.(adakah saya lewat untuk solat jumaat?)

sekadar ingin berkongsi apa yang berjaya ditangkap oleh memori yang tidak berkelajuan tinggi ini sewaktu tazkirah itu.ustaz membawakan topik mengenai ibu bapa dan anak2 walaupun majoriti hadirin adalah bapa2.pembawaan ustaz amat sempoi.beliau bertazkirah pun santai saja.
antara intipati yang dapat saya refresh(refresh rate 64kbps)

anak2 adalah fitnah(ujian)kepada ibubapa.dan ibubapa juga adalah ujian buat anak2.
sewaktu kecil,ibubapa membesarkan anak dengan sebaiknya.segala kehendak diberi agar anak itu membesar dengan sihat dan diharap menjadi insan berguna sekaligus bertaqwa berteraskan ilmu agama yang diterapkan.ujian tiba tatkala keperluan tidak mencukupi,dilanda wabak penyakit serta lain-lainnya.manakala ibubapa adalah ujian bagi anak2 pabila ibubapa itu mencapai umur lanjut dan perlu dan patut dijaga sepertimana ibubapa menjaga anak2nya.dikala anak2 sibuk dengan kerjaya,ibubapa yang sudah tua dibiar saja.

ustaz juga menegaskan,meskipun menyebut "ah" pun dikira anak derhaka apatah lagi yang panjang lebar gelaran yang kotor dilempar.tidak kiralah apa dialek pun.anda pasti tahu akibat derhaka kepada ibubapa.tidak perlu saya terangkan.tonton sajalah cerita si tanggang.(zaman itu tema batu agak famous mungkin).tapi disini saya syorkan anda singkap kembali kisah Al-Qamah.pasti anda semua tahu kan.seorang yang warak,alim,kuat beribadat sewaktu hidupnya namun apabila ajal bertemu,masalah timbul.untuk lebih faham jom tengok video pendek ini.





pengajaran:keutamaan terhadap ibu lebih tinggi daripada isteri.



p/s:ada atau tiada sama saja katanya.hurm..

2 comments:

~mIsS_p00h~ said...

Pengalaman diri sendiri, cuti deepavali menyaksikan ramai yang mengambil kesempatan untuk cuti solat Jumaat sekali dan terus memenuhi kompleks membeli-belah~

Walaupun sudah memegang status ketua keluarga.. :|

buzzy said...

betul itu.byk kali terserempak dengan tak sengaja akan golongan ini.menyorok didalam panggung wayang etc..

moga diri ini tidak seperti itu