Wednesday, November 17, 2010

Edisi litar tersangkut 7

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada warga muslim yang menyambutnya pada hari ini.
Harapnya kegembiraannya sama seperti Hari Raya Aidilfitri.tapi secara peribadinya saya sekadar menyambut ala kadar (mungkin lagi rendah dari ala kadar,sekadar).Memandangkan kedua ibubapa tiada pada hari raya kali ni.persiapan sememangnya tiada langsung.bersyukur kepada saudara mara yang datang memberi makanan.juga jiran2.nak harapkan aku?haha memang takde skill memasak.nak beli lemang?malas sangat.so,makan sajalah apa yang ada.

Buat masa ni,sistem badan aku agak terhuyung hayang sikit.baru saja mula keje.setelah agak lama tercari2.maka dapat juga.alhamdulillah.walaupun tidak se"level" dengan rakan seperjuangan yang lain.namun tak apalah.pelan2 cari pengalaman.pernah terdengar seorang brader cakap "ada orang bole dapat level yang tinggi,ada orang kene mula dari bawah.akhir nanti semua sama jugak".mungkin ada betulnya.yang penting fokus.moga aku dapat berbakti pada kedua ibubapa yang dah tak terhitung jasa mereka.

Moga mereka selamat menunaikan ibadah haji. ^-^

2 comments:

Anonymous said...

hebat blog ni!

banyak litar yg dah tersangkut, tapi masih selamat dari kebakaran..

:D

buzzy said...

terimakasih