Saturday, November 27, 2010

Hati-hati dijalan raya

Situasi

anda sedang memandu kereta sukan dengan tenangnya.anda menekan paddle minyak dengan mudahnya.anda memandu pada kelajuan minima bagi menepati undang-undang dijalan raya.dikala itu jalan agak sesak kerana waktu itu semua orang berpusu-pusu hendak pulang.anda yakin kereta anda tidak akan meragam sepanjang perjalanan.tiba-tiba anda nampak ada seorang mat motor melintasi kereta anda dan memberi isyarat kepada anda bahawa ada sesuatu pada bahagian kiri kereta.mat motor itu suruh anda ketepi.anda berhenti ditepi jalan dan dia pun berhenti.anda yang blur serta tertanya2 apa yang terjadi lalu keluar dari kereta....haaa bermulalah kebarangkalian anda untuk dirompak pada tahap 0.99999(kalau 1,konfem kene).

situasi diatas adalah andaian cerita daripada pemerhatian aku semalam semasa pulang dari kerja melalui MRR2.memang kebiasaannya MRR2 akan sesak pada waktu petang,tapi hanya pada tempat tertentu sahaja.ya aku bole spot kat mana selalu sesak.tapi jika kesesakan itu berlaku pada tempat yang jarang(maksudnya takda sebab untuk sesak) pasti ada sesuatu berlaku.kereta rosak,buat2 kereta rosak,tercium kereta depan dan sebagainya.namun apa yang aku lihat semalam,kelihatan sebuah kereta kancil dipandu oleh seorang wanita "berehat" di bahu jalan yang sesak.pada pemerhatian aku(mesti la nampak,pergerakan kereta aku amat slow sebab sesak),bateri kereta itu kuat lagi sebab lampu double signal masih terang berkelipan.keadaan fizikal kereta yang lain elok sahaja.aku perhatikan je kereta tu sambil perlahan2 bergerak mengharungi kesesakan.sebaik sahaja melintas kereta yang tengah berehat tu, kelihatan seorang lelaki sedang duduk ala ala penari makyong dihadapan kereta tu kononnya sedang membaiki sesuatu.mungkin wanita tersebut beranggapan lelaki tu tau pasal kereta..haha mane ada mekanik nak duduk ala ala penari makyong tepi jalan.aku tengok je lelaki tu,dia sengih umpama kerang busuk.sah dia bukan mekanik.getus dalam hati aku, dia nak merompak tapi dia guna cara yang sopan.ye la,dia suruh pemandu kereta tu berhenti dibahu jalan dan tiada tindakan kekerasan fizikal.sopan la tu kan..hehe padahal dialah punca kesesakan.namun saya adalah pemandu yang prihatin.saya hanya melihat saja dan berlalu pergi.kalau berhenti,akan menambahkan kesesakan.so tindakan aku ini dianggap betul la kan.hehe.

peringatan kepada saya juga.jikalau kereta tiba-tiba meragam,seharusnya jangan panik.cuba cari tempat untuk meletak kereta dengan segera(selagi kereta masih bergerak walaupun enjin mati).kemudian telefon orang yang anda rasa dapat membantu spt ahli keluarga,penyedia perkhidmatan kecemasan yang anda sertai(AAM,sahabat eon dan lain lain).selepas itu tunggu bantuan sampai.pastinya geng2 towing kereta dah ready kalau ada kereta rosak.lebih2 lagi kat MRR2 tu.anda mungkin hairan dari mana datangnya mereka ini dan macam mana mereka tahu kereta anda rosak disitu.mereka akan offer untuk towing kereta anda,tapi cajnya mungkin agak mahal.disini anda perlu menggunakan otak yang geliga anda itu.jika tempat rosaknya kereta anda itu agak jauh dari kawasan yang anda familiar.maka bolehla guna perkhidmatan mereka.perlu tawar-menawar dulu sebelum membenarkan kereta anda ditowing.jikalau jaraknya hanya 1km dari rumah anda,tak perlulah.tunggu saja bapa anda sampai.

akhir kata.hati-hati dijalan raya.bukan dari segi pemanduan,tapi jenayah di jalan raya.semoga selamat sampai kedestinasi.

2 comments:

NuSaNa NoSa 91 said...

fuhhh~ betol2.. kdg2 org yg dtg nk tlg tu, bukn baik sgt.. dia lg rosakkn kereta kita ada la.. pas2 beria-ia nk tarik kete kita gi bengkel dia.. pas2 mula la caj mhl nk mam.. huk3~ ni pnglmn kwn keen.. T___T

p/s: slmt berkenalan yep akmal~ ^_^

Yang biasa said...

tu la..mcm2 org skrng ni.takleh percaya sgt.just pastikan contact person kita ada simpan.mudah jika berlaku sesuatu.

:selamat kenal juga