Friday, December 10, 2010

Implikasi tinggal solat

Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu
Subuh Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.

ZuhurDosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.

AsarDosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.

MaghribDosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.

IsyakAllah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”


masih tak cukup?mari kita tambah lagi kenikmatan azab meninggalkan solat

Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:

Dunia

1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Sakaratul Maut

1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
3. (su’ul khatimah)
4. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Alam Barzakh

1. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
4. (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)

Hari Qiamat

1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat
2. Allah SWT tersangat murka kepadanya.
3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.


sebagai manusia yang mempunyai akal yang waras,pasti anda semua faham benar maksud yang disampaikan.tiada alasan yang patut diberikan dalam hal solat ini.lebih-lebih lagi jika anda seorang yang mempunyai daya ilmu yang sangat tinggi,perihal solat sepatutnya menjadi keutamaan."pergi kelas boleh,takkan subuh kantoi"..itu dulu.kini,"takkan tak sempat subuh.kalau ia pun kerja" (khas bagi mereka yang bekerja shift macam aku).anda patut malu dengan diri sendiri jika tak mampu melengkapkan diri dengan tuntutan 5 fardhu ini.tiada guna mulut berkata saya cuba untuk berubah,padahal satu inci perubahan pun terbergerak.takde guna menanam azam tiap kali tahun baru kalau perangai masih sama macam dahulu.dalam bahasa remaja "ko ni poyola"..yes,anda punyai otak,maka gunakanlah.Jom solat!



p/s:kecewa dgn budibahasanya

No comments: