Thursday, December 23, 2010

Ini cerita hari ini

Salam 14 negeri di Malaysia..hehe

Syukur alhamdulillah di panjatkan kehadrat Ilahi kerana hari ini segala urusan pekerjaan,urusan peribadi berjalan lancar.bermula dari jam 6 pagi tadi sampai la lepas isyak ni.oh ya 6 pagi tu aku masih bekerja.shift malam habis jam 8 pagi.kenapa kata 6 pagi.?..ahhaa 6 pagi tu sebenarnya waktu aku dengar radio yang selalu aku pasang dalam kete.radio mane lagi kalau bukan radio no 1 malaysia sekarang ini.Sinar FM la jawabnya,hehe.sememangnya stesen radio ini patut mendapat jolokan no 1 sebab secara peribadinya memang best.lain orang lain citarasanya,tiada bantahan disitu.nak dijadikan cerita,pasang radio kat ofis via internet.dengar sorang2 guna headphone je,so tak kacau orang lain.segmen pagi sememangnya best.tiga orang dj itu memang kombinasi yang terbaik.nak dijadikan cerita lagi,pagi tadi segmen paginya mengenai pertandingan membalas pantun.pendengar akan membuat panggilan dan jual pantun kepada 3 orang dj itu(SY,KE,Krill) dan mereka akan membeli pantunnya.selepas dibalas pantun itu,pendengar yang lain akan sms vote yang mana paling best pantunnya berserta komen.ada pantun nasihat,ada pantun mengada dan macam2 lagi la.memang meriahlah kata orang.aku seorang yang memang minat pantun dengar sampai habislah segmen pagi tu.(waktu iklan aku ubahla)..tergelak sorang2 kat ofis.tapi cover dan masih berkelakuan sopan.lepas keje,sambung dengar dalam kete.hilang mengantuk masa drive.tak stress memandu walaupun sangkut dalam jem.syukur selamat sampai.mungkin disini saya boleh syorkan jika anda murung dipagi hari,meh dengar sinar pagi.at least sengih sedikit pasti terukir.cewah,puji sinar fm nih..terima kasih sinar fm.ini cerita hari ini.


sesampai rumah,tak buang masa terus tidur dan bangun tengah hari.sopan ke?sopan kot,sebab balik pagi.hehe..selesai merehatkan diri,jam 3 petang ke service center HP di damansara untuk menghantar dan mengambil netbook(dapat free melalui pakej streamyx).netbook adik aku rosaknya kat display monitor dan telah dihantar service jumaat lepas,ambil hari ini dan berkadar langsung dengan netbook aku yang rosaknya pada keypad dan tadi baru hantar service.alang2 masih ada warranty,gunakanlah sebaiknya.disebabkan cuti,maka ada masa untuk urusan itu.disini mungkin aku bole memberi pujian lagi sekali buat HP khasnya service center kat damansara tu.proses cepat.mungkin aku punya complaint tak serius dan aku datang bukan peak hour so cepatla prosesnya.borang yang perlu diisi kelihatan besar saiz A4 tapi bahagian yang perlu ditulis sikit je.suasana dalam ofisnya pun tak serabut.kaunter urusan juga banyak.takperlu tunggu lama.kalau kerosakan teruk dan ade hal management ke macam isu warranty dan lain2,lama la kot...ribuan terima kasih kepada orang "customer service" kerana tidak menunjukkan memek muka yang menjengkelkan meskipun customer itu sangatlah noob dalam hal2 komputer(itu bukan aku ye).ini cerita hari ini.



walau ape pun yang berlaku hari ini,semuanya datang dari Tuhan.apa yang aku lalui semuanya going smooth.tiada tensi dikepala tiada senak didada,tiada duka dihati.cewah...segala kesusahan itu ujian dan kesenangan itu juga ujian.kesusahan itu menguji kesabaran dan kesenangan itu menguji sejauh mana kita akan terleka dengan nikmat senang itu..sejak kebelakangan ni aku asyik puji2 je.takpela,perkara yang patut diberi penghargaan mesti diberi.mungkin ada baiknya.meskipun orang atau organisasi yang aku puji takkan baca blog ini.ini cerita hari ini. sekian

5 comments:

cikpuanhady said...

waa...dah lama tak dgr sinar..

p/s : nak tny opinion mengenai advertlets, mangga & nuffnang..yg mana lagi okay..

p/ss : org kata mangga buat blog loading slow..

Jom skodeng :Antara Nuffnang, Mangga, Innity & Advertlets

buzzy said...

dengar la.bestt.hehe

p/s:kata ramai org nuff lagi ok.

nulhazwany abdul malik said...

buzzy leh geng ngan ayah wany. time pagi2 waktu nak hantar g skolah, asyik tergelak je dengar sinar.. ish2

syira aka sepatu hijau said...

salam


mmg syok layan time bosan :)

buzzy said...

sepatu hijau:kalo tak best,takkan dapat no 1 kan..hehehe