Sunday, December 19, 2010

Mata ini berkaca-kaca sebenarnya

Salam hari ahad

kembali lagi aku untuk mencoret apa yang dirasa.cuti 4 hari memang seronok.namun dalam seronok itu,tercalit juga kesayuan di hati.sekadar bercerita disini atau mungkin memberitahu mengenai apa yang dilalui sepanjang cuti ini.kisahnya bermula pada jumaat 17.12.2010.kami sekeluarga telah merancang untuk ke Seri Iskandar,Perak (landmark mudah,UTP)bagi menghadiri majlis perkahwinan sepupu(perempuan) saya yang berlangsung pada 18.12.2010..macam biasa la saudara-mara datang awal bagi menolong apa2 yang patut.maka kami sekeluarga pun memulakan perjalanan ke utara.sesampai diutara,macam biasalah.terus masuk kerumah pengantin,salam2 sedara mara,sembang2,tolong2 apa yang patut.buat pertama kalinya mencucuk bunga mangga.bole tahan juga hasil tangan aku.hehe..segalanya berjalan lancar.keceriaan tergambar pada wajah hadirin.pada malam itu akan diadakan majlis akad nikah.maka persiapan dilakukan pada petangnya.pada malamnya,berlangsunglah majlis akad nikah.syukur semua nya ok.maka dengan sah sepupu saya bergelar isteri pada suaminya.suasana semasa akad nikah pasti ramai yang tahu kan.saya yang melihatnya pun,fuh..neves pun ade.padahal tengok je..hehe.konon2 amik feel.
"makteh,tak gentar punya.konfem tak gagap"gurau aku kat makteh aku sebaik saja selesai majlis akad nikah.hehe.aku agak close dgn makteh aku.mungkin suke bergosip..haha.dalam dok bergosip,kadang2 aku pun kene jugak bahan.siap berempah lagi kene bahan.heee.layankan saje.baru meriah.kalau nak bergurau sikit pun tak bole.memang tak best la.selesai majlis tu.dah kemas2 ape yang patut.maka baliklah family2 sedara mara ke hotel.tak jauh dari rumah pengantin.


dan


dalam masa berehat dan tidur.kami mendapat panggilan dari johor pada pagi 18.12.2010.itupun setelah beberapa kali saudara mara di johor membuat panggilan.ini disebabkan hotel yang kami menginap,biliknya takde tingkap.maka line telefon sekadar satu bar saja.itu pun antara dapat tak dapat.ditakdirkan Tuhan.panggilan itu dapat menembusi telefon ayah saya.dengan tak semenanya,satu family terjaga.saya pun dapat mesej dari sepupu."nenek dah meninggal"..maka dengan pantas terus kami bersiap dengan kadar segera.saya orang last solat subuh.maka ekspress la jawabnya.mudah-mudahan diterima solat saya.rezeki Tuhan,kami dengan cepatnya telah bersiap untuk bergegas ke Batu Pahat.sempat juga bagitau sedara mara yang berhampiran dengan bilik hotel kami.tepat 6.40 bergeraklah honda stream itu dengan kadar kelajuan 100km/h di jalan kampung.dengan berbekalkan enjin v-tec berkapasiti 1.8..160 km/h adalah kelajuan statik di lebuhraya.dari tapah melintasi tanjung malim seterusnya rawang dan damansara.1 jam lebih masa diambil(termasuk berhenti di rnr).kelihatan papan tanda Cyberjaya,Putrajaya,KLIA dan Johor Bahru.maka simpang kekiri diambil melintasi stadium shah alam dan terus memecut dilebuhraya elite dan susur keluar di nilai.160km/h dikurangkan menjadi 120km/h tatkala terlihat kereta polis peronda(lancer) di tepi lebuhraya yang sedang bergerak perlahan mencari mangsa.pabila sudah hilang kelibat kereta itu.kelajuan kembali pada asal.bilangan high beam tak dapat dikira.

dalam jam 11 lebih kami tiba.terus ke kubur.jenazah nenek telah diuruskan dengan segera.tergambar wajah kecewa pada ayah saya kerana tak sempat melihat ibunya buat kali terakhir.tipulah jika saya tidak merasakannya juga.mata ini ditahan agar tak meleleh.bacaan yasin disedekahkan kepada arwah nenek.selesai dikubur,pulang ke kampung.bertemu sedara mara yang sampai awal.terus dicari atuk.taktahu apa yang dirasa atuk waktu itu.wajahnya tenang.selesai majlis tahlil arwah pada malamnya.sempat juga mendengar kisah disaat2 akhir hayat nenek oleh makcik sy yang merupakan adik kepada ayah saya.sayu mendengar kisahnya.tahan2 jgn meleleh.mata ini berkaca-kaca sebenarnya menahan kesedihan.sempat bersembang dengan atuk.disini dapat dilihat beza orang yang mempunyai agama dalam diri dengan mereka yang hanya ada agama pada nama.atuk merupakan bekas imam disurau berdekatan(sebelah rumah surau).atuk bagitau,kalau Tuhan nak ambil takkan terlewat sesaat pun.sayu lagi hati ini.diceritakan juga adik beradik nenek bermimpi orang ramai di rumah.ada yang mimpi sebulan awal,ada yang mimpi seminggu sebelum.tapi nenek mimpi sehari sebelum.terdetik dalam hati.mungkinkah diri ini mendapat petanda awal juga.amalanku baru sedikit.sayu lagi.

Namun,dalam kesayuan itu.aku tidak boleh lari dari menunaikan tanggungjawab.kerana ahad 19.12.2010 aku kerja.kerja shift,inilah realitinya.jam 9 suku malam bertolak aku seorang diri menumpang kereta sepupu ke KL.dan kini aku dah di KL ditemani kucing-kucing yang lena tidur disisi aku dan aku cuba untuk tidur.disebabkan masih gagal untuk melelapkan mata.maka tercoretlah entri ini.

Sesungguhnya dari Tuhan kita datang,kepadanya kita pulang.wassalam

23 comments:

fa-in said...

T___T

tabahlah hati,smoga roh nya ditempatkan d kalangan org beriman. aminn.

buzzy said...

insyaallah.moga2 sedemikian.
sy ok saje.life must go on.rite? :)

NuSaNa NoSa 91 said...

innalillah.. takziah ye.. semoga terus sabar.. T___T

June Md Fouzi said...

alfatihah ~

buzzy said...

keen:insyaallah..im ok :)

jun:thanks :)

aMeL said...

tenang bro...

didoakan untuk yg dah pergi.
fikirkan bila pulak masa kita..

buzzy said...

orait bro.dont worry.aku ok.
bile mau jmp

farah farhana said...

insyaALLAH semoga rohnya ditempatkan d tmpt org yg beriman. amin

buzzy said...

insyaallah..moga kita juga tergolong dalam golongan orang beriman kelak.

Mujahadah said...

Innalillah... setiap yang bernyawa pasti akan menempa kematian.. Takziah dari mJ sekeluarga. Tabahkan hati. Semoga ditempatkan bersama orang yang soleh dan memperoleh syafaat... InshaALLAH...

aMeL said...

jumpa?
jumaat malam?
sabtu nak balik melaka-johor dah..

absolutely emy said...

Takziah.. semoga mJ sekeluarga tabah menhadapi dugaan ini.. Semoga ditempatkan bersama orang2 yang soleh dan memperoleh syafaat.. :|

buzzy said...

mj:thanks

amel..insyaallah.tgk la camne.ape2 roger nnt

emy:hehe bukan family mJ..family sy

Amy Syaquena said...

As'salam...

takziah..tabahkan hati,semoga roh nya ditempatkan di kalangan org beriman. aminn. al fatihah

buzzy said...

insyaallah..moga begitulah harapnya.
thanks amy :)

Ainismaira said...

Al-fatihah untuk arwah nenek awak.. semoga rohnya dicucuri rahmat.. amin..

iBu...gUru said...

al fatihah utk nenek moga ditempatkan bersama org yg soleh.... hidup ini bukan abadi, tiada lah diantara kita yg tidak akan pergi.... takziah juga utk atuk

buzzy said...

ainismaira : terima kasih.doakan juga untuk umat islam seluruhnya juga

ibu guru: terima kasih cikgu..benar,tiada yang kekal melain pencipta kita.

eXteRLieDxTRaXEngeRZ said...

singgah semule..
takziah dari saye..semoge rohnya ditempat dlam kalangan org beriman..amin...

buzzy said...

eXteRLieDxTRaXEngeRZ : terima kasih..mudah2han begitulah..

Anonymous said...

~ tersentuh bace entri nie, al-fatihah tuk arwah nenek :) ~

Amy Syaquena said...

As'salam...

amy datang melawat tuan rumah , jangan bersedih lagi ye..

p/s: jom tinggalkan detail diri di sinar raudah...

buzzy said...

anonimes: terima kasih

amy.: sy dah ok. :D