Thursday, February 18, 2010

PAKAR

Nama saya Mohd Ruzaini Akmal b Mohd Raif b Sarjuni b A.Rashid.maknanya A.Rashid adalah moyang saya.so,im qualified to attend that ceremony.Majlis apakah yang dimaksudkan.beginilah pertanyaan diawal pemberitahuan oleh ayah saya.
Pakatan?

Majlis ni berlangsung pada sabtu lepas 13/2/10 di Johor,Batu Pahat.secara amnya perjumpaan ni bukan perjumpaan untuk mewujudkan pakatan baru.cuma nama sahaja yang agak menarik.Tujuan asal majlis ni adalah untuk mengadakan solat sunat hajat, memohon pada Allah bagi menyembuhkan penyakit yang dihadapi oleh saudara mara juga memohon hajat bagi diri sendiri.seperti yang kita faham,solat sunat hajat ni bukan perkara wajib untuk dilakukan secara berjemaah.

Pada perjumpaan kali ni,barulah saya dapat kenal saudara mara saya.punyalah ramai.semestinya saya hanya diam sendirian(semasa majlis,tidak masa makan) dalam majlis selain bersembang dengan adik2 sendiri.Pakcik-pakcik yang ada pun saya taktau nama.cuma kenal muka.tapi kenalah mesra serta hormat mereka.

Majlis dimulakan dengan sesi menunggu saudara mara (maknanye belum mula majlis lagi la tu).Setelah ahli majlis sudah tiba,sedikit mukaddimah sebelum majlis solat sunat hajat bermula.Let the veteran talk.The younger just listen.Selesai solat sunat hajat,bacaan yassin beramai-ramai bermula dan seterusnya bacaan doa sebagai penutup.

Secara peribadi,signifikasinya majlis ni,hubungan silaturrahim antara saudara mara terjalin.dan juga signifikasinya,adik beradik atuk saya kebanyakannya tinggal dalam kampung yang sama.maka mudahlah untuk berkumpul walaupun sebenarnya agak susah kerana masing2 ada komitmen tersendiri.Semoga ada lagi perjumpaan sebegini lagi(maka terkial2 la saya cuba ingat nama2 mereka) :D
PAKAR =Pakatan Ahli Keluarga A.Rashid

Tuesday, February 16, 2010

Pantun lagi..

salam sejahtera sebuah tajuk lagu
lagu didendang dikala sepi
waktu sebegini waktu kegemaranku
kerana idea tiba2 menjengah diri.

hari ini hari yang cerah
cerahnya diharap berpanjangan
kehidupan tidak selalunya indah
derita bukan menjadi peneman.

gali tanah membentuk lubang
lubang digali rupanya sebuah liang
banyakkah amal usah dibilang
bersungguh-sungguh sebelum nyawa hilang.

bertempik sorak menggema alam
tanda kegembiraan sang manusia
fitnah datang siang dan malam
hati-hati ketika bertutur kata.

carik-carik bulu ayam
lama-lama bercantum jua
senyum diukir pengganti salam
bolehkah kita berkawan semula.

gendang gendut tali kecapi
kenyang perut sendawa sendiri
tiada apa untuk mengakhiri
sekadar nasihat kepada diri sendiri.

Thursday, February 11, 2010

Alkisah

Hari bertarikh 9 feb 2010 berlangsungnya satu program yang dipanggil Usrah Umum yang bertopikkan The Arrival 2.program ini adalah lanjutan dari program sebelumnya.Penceramah juga orang yang sama.secara peribadinya aku tabik kat komiti2 yang berusaha menjayakan program tersebut.Pengisian yang diberi memang menarik,ditambah dengan "effect" video yang sememang tersedia.cuma bagi aku semasa Q&A, mungkin aku boleh simpulkan jawapan bagi semua soalan yang diajukan "semuanya berbalik kepada kesedaran sendiri".jawapan yang diberi agak sama dengan program yang sebelumnya.dalam hati pernah terdetik sekejap "baik takyah tanya soalan".bukan apa,aku cuma mengharapkan jawapan yang "outstanding" yang boleh membuat penanya soalan berpuas hati dengan jawapan yang diberi.tp overall ok la program tu..nice job guys!!

Dahulu semasa dalam pengajian asas,kalau pergi event macam tu pasti akan ditegur pedas dan "direct" oleh senior.time tu sure kepala tertunduk menerima segalanya.bagaikan ditembak tanpa memakai baju kalis peluru.memang benar kata2 senior,event yang seumpama disko walaupun diserikan dengan bacaan doa tak patut kita hadir.tiada kompromi.aku tercari2 jugak muka2 yang seangkatan,terjumpa la juga sorang dua.tapi majoriti aku tak jumpa.bagus la tak jumpa.aku je yang malu sendiri sebab pergi.nak buat macam mane,tugas menyambut vip memerlukan aku dan rakan2 hadir lebih awal (dan balik awal)..mungkin aku bole guna ayat ni "semuanya berbalik kepada kesedaran sendiri"..orait cak pong cak pong..adios.

next event?
adekah artis xpdc akan ada sekali?nak tau jom join..hehehehe