Saturday, April 17, 2010

conteng lagi

nin hao ma??

assalamualaikum...kini ku kembali lagi dengan coretan conteng.
pelbagai peristiwa yang terjadi kebelakangan ini.baik dari peristiwa gembira yang mencuit hati mahupun yang kurang gembira sehingga terjadinya pemergian insan yang disayangi.itulah lumrah kehidupan.

diulang,ini coretan conteng.(prohibited to read when u are busy)

Peristiwa yang aku rasa tak dapat lupa,bermula dengan assignment Digital Integrated Circuit(DIC).ape bestnye assignment ni.padahal byk lagi assignment yang mengganggu gugat kehidupan aku.assignment ini memerlukan aku dan groupmate untuk mengbooking pc di lab.maka untuk booking pc,kene la beratur.tak pernah dalam hidup aku tunggu depan lab seawal pagi bute!!.aduhai...tension dibuatnye.mana tidaknya,dikala roomate tgh syok tido,aku kene bgn pagi bute,siap2 mandi dan trus ke lab.hanya kerana untuk mendapatkan pc.lab pulak buka jam 8am.betapa terujinya saya dan groupmate..pesanan buat junior yang akan amik subjek ini.tanamkan kesabaran sebanyak mungkin.semoga berjaya..

Next,macam mane nak ckp.kengkawan semua sibuk dengan FYP masing2.tapi aku dan geng hoki sempat lagi ke melaka.MMU melaka yang lama tak dijejak kaki.hehe.takde ape yang berbeza pun kat sana.sama seperti dulu.sebelum itu,ingin ku ucap terima kasih kepada kamel and the housemate sebab bagi tumpang menginap di "hotel mewah lima bintang" mereka.tip top layanan mereka.susunan rumah amatlah "kemas".haha..kenapa nak mention name kamel?sebab dia "special".ape yang special tu?hanya tuan badan saje yang mengerti.lagipun ini telah disokong housematenya sendiri.haha sori bro,housemate ko tak sokong ko. :P..keseluruhannya aku amat hepi gi melaka.sebabnya...biarlah rahsia. :D

kini kembali kepada kesibukan belajar.banyak tugasan yang perlu dihantar.semoga dipermudahkan segala urusan.jangan stress wahai kawan2...selamat membuat presentation fyp dan good luck dalam exam..


p/s: sorry,im not locked :P

Saturday, April 3, 2010

Coretan Conteng


Assalamualaikum,ketika ini waktu sangat gelap kerana sudah malam.fikiran bercelaru kerana banyak perkara yang berlegar di kepala.Tugasan demi tugasan yang berderet menanti untuk disiapkan.Due date makin hampir.Kepala makin pusing dan pening.Tapi itu semua hanyalah sampingan kecil sahaja.Bukan perkara utama yang dapat mengganggu sesi kehidupanku.Badan tetap letih namun hati gembira.

Minggu depan,bakal berlangsungnya program "itu".Memang benar telah aku bayar yurannya.Tapi setelah memikirkan sedalamnya,maka aku telah meminta kepada tuan pengarah program untuk "beku"kan seketika penyertaanku.Antara sebab tertukarnya niat untuk join program tu,
(1) keberkesanannya "ilmu" yang diberi kepada diri ini,walaupun hanya gelak tawa yg akan memenuhi program itu.
(2)terfikir lebih baik pergi tika dan waktu yang benar2 pasti untuk berumah tangga.walaupun harga program diluar lebih mahal dari dalam kampus.
(3)ditarikh yg sama,ada program yang lebih menarik minat diri ini.
(4)FYP tercinta..muah muah muah..hahaha

Finally,dengan rasminya aku memilih untuk tidak ke program itu.kepada tuan pengarah,maafkan saya.bukan tidak menyokong event anda.kepada kengkawan,sori bro aku tak pegi.takyahla bahan aku lagi.hehe.

Harini dah masuk bulan april.budaya april fool masih kedengaran.secara peribadinya,saya tak nampak signifikasinya meng"april fool"kan orang.kalau setakat nak pekena kawan2,bulan lain pun bole.entahlah ape nak jadi.orang tua selalu berpesan,buatlah ape kamu nak buat.tapi jangan letak tepi atau dibuang agama Islam itu.Menyesal tak sudah nanti.erm..ramai ke yang sedar..wallahualam..maka dengan ini,tamatlah entri membuang masa ini