Friday, July 23, 2010

Bila tidak ada cita-cita Islam

Secara umum, bagi suami isteri yang tidak ada cita-cita Islam, di waktu ada masa terluang, mungkin menjelang tidur, waktu rehat-rehat, selepas balik daripada kerja atau di waktu-waktu cuti, perbualan mereka biasa berkisar sekitar:

* Makan minum, pakaian, keperluan rumah, melancong, duit,perabot, dan hal-hal mengenai dunia semata-mata.

* Menceritakan hal ehwal jiran-jiran, keluarga, masa depan, masa selepas pencen dan bila hendak naik pangkat.

* Cerita-cerita mengenai kerja di pejabat atau di sekolah terlalu banyak, tentang bos pejabat terlalu cerewet, guru besar suka menyinga, mengumpat dan mengata orang-orang tertentu yang mereka benci atau iri hati.

Di celah-celah itu mereka bertekak, kata-mengata, tuduh-menuduh, bertegang-tegang urat di antara suami isteri. Masalahnya ialah cemburu dengan suami, suami tidak beli itu, tidak mahu beli ini, tidak tunai janji, tidak mahu bagi duit atau kedekut sangat. Suami pula tidak senang kerana isteri suka berleter, lebih suka tunjuk kasih kepada ibu dan ayah daripada suami, berkasar dengan anak-anak, masak tidak sedap, di luar bersolek, di rumah tidak mahu bersolek.

Itulah di antara perbualan-perbualan , perbincangan- perbincangan yang biasa dilakukan oleh suami isteri yang tidak ada cita-cita Islam. Cerita iman, cerita Islam, cerita ibadah, cerita akhlak, cerita Akhirat, cerita Tuhan, cerita dosa pahala, cerita bertaubat, cerita sembahyang, cerita bagaimana hendak mendidik anak-anak secara Islam dan cerita susah tentang gejala masyarakat yang tidak sihat, tidak ada di dalam kamus hidup mereka. Mereka tidak minat hendak bercakap tentang ini semua.

Oleh itu manalah hendak timbul kasih sayang di antara suami isteri. Manalah hendak dapat ketenangan jiwa. Manalah anak-anak hendak taat dan hormat kepada ibu bapa. Manalah suami tidak jemu dan isteri tidak merajuk selalu. Tidak hairanlah mengapa anak-anak terlibat dengan gejala-gejala tidak sihat, perhubungan renggang dan lari dari rumah. Bagaimanalah hendak mendapat kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga.

Akhirnya berkahwin yang asalnya dengan tujuan hendak berhibur, tidak terhibur lagi. Hendak berseronok-seronok hanya waktu mula-mula berkahwin sahaja. Tidak sampai ke hujung. Akhirnya membawa kepada perceraian. Kalau pun tidak bercerai kerana takut berpisah dengan anak-anak, namun kehidupan suami isteri tidak ada apa-apa erti lagi. Kasih sayang sudah tiada, hormat-menghormati tidak wujud, bertolong bantu secara terpaksa, bermasam-masam muka selalu dan mudah sahaja bertengkar.

Anak-anak menjadi bingung, anak-anak benci duduk di rumah lalu mulalah liar. Tidak seronok di rumah. Suka keluar rumah untuk menenangkan fikiran. Akhirnya terlibat dengan dadah, rokok, bohsia, bohjan, budaya lepak, mungkin zina dan lain-lain perkara yang tidak sihat.

Jom sama-sama renungkan


*artikel ini di copy and paste.just sharing

Monday, July 19, 2010

Pecah tradisi



assalamualaikum
seusai exam untuk hari ini,terus saja mengonlinekan diri yang pada tujuan asalnya hanyalah untuk membuang masa.namun pergerakan jari kecil ini telah didorong sang Pencipta dan menemukan sesuatu.mungkin pada pandangan sesetengahnya dianggap biasa.tapi bagi diri seseorang yang biasa ini,boleh aku katakan tahniah.sedikit kebanggaan walaupun aku bukan orang yang terlibat secara langsung,sekadar penonton.tiada apa yang ingin dipanjanglebarkan.sekadar berharap rancangan seperti ini digiatkan.
nak taknak,si lelaki perlu jadi imam juga nanti.

p/s:pernah di"persuade" oleh maksu saya untuk join program ini akan datang.tapi diri sendiri yang kenal diri ini seakan layak jadi penonton sahaja

Edisi litar tersangkut 1

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Reff:
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Penyanyi:Wali Band
Tajuk:Baik Baik Sayang


entahla.xde keje kot pepagi ni posting pasal lagu.eh lupe plak ade exam,ok study dulu.
sometime people interested in describing what their feel through a song.so do i.

Tuesday, July 6, 2010

Edisi litar tersangkut

kenapa?
arghh..aku hepi
arghh..aku gembire, hoyeah
arghh..aku suke hahaha
arghh..

pernah banyak kali bertanya pada diri sendiri.blog ni nak buat gaya macam mana?terlalu ilmiah@skema ke..erm pastinya aku tidak mahir dalam karakter itu.atau tiru gaya blogger lain.update entri 2,3 perkataan..oh tidak,aku bukan seperti itu.biarlah,persoalan ini masih aku tak dapat jawab lagi.hahaha

tajuk pun edisi litar tersangkut,maka tersangkutlah disini.ngeh3




p/s:blog ini tak mampu menceriakan orang.hanya untuk diri sendiri

Monday, July 5, 2010

Hari pertama



Assalamualaikum dan salam sejahtera

setelah sekian lama bercuti,semangat untuk ke kelas semula tu agak menurun sedikit.hehe poyo je ayat.
hari ni hari pertama kelas.dari jam 9pagi smp 5 ptg.erm,penat..tapi..
bukan penat kerana kelas tapi penat berdiri dalam tren.jika diikutkan,stesen lrt putra yang terdekat dengan rumah adalah stesen wangsa maju,tapi naik kat terminal putra dengan harapan dapat la duduk.namun,berdiri jugak jawabnye selama 45 minit+-(19 stesen) dan juga berhimpitan.alahai kuala lumpur.
nape tak nak drive?.bukan taknak drive,tp memandangkan kawasan sekitar tempat belajar amat sesak,lebih baik guna pengangkutan awam.tak pasal2 je nanti ada corak yang menghiasi pintu kereta.huhu takmo.serik.
untuk hari pertama ni sekadar nak mengira masa perjalanan.esok dan akan datang(kalau parent tak cuti keje) akan tumpang parent sampai kerinchi.dari situ takla jauh sangat.cuma terlalu awal plak kene bertolak.as long as bole jimat tambang its ok.

kelas hari pertama,bole kukatakan takla terlalu best dan takla terlalu bosan.so average.instructor pun ok..bahan bacaan disediakan..hehe.agak terkejut mendapat buku untuk kelas pertama ni.tebalnya.lagi best,instructor kata akan habiskan dalam 4 hari.gulp..hari kelima akan masuk subjek lain.
nak taknak ikut sahaja.semangat membaca yer disitu~mampu?


kembali ke kelas~

scanner saya takde ink color.hehe

sekian