Monday, August 30, 2010

Ujian itu biasa

"You're not qualified for this job"..meruntun sekejap jiwa kecil seorang lepasan ijazah ini tatkala terdengar ungkapan itu.terganggu sekejap fokusku terhadap persiapan exam CCNA.didalam kesedihan itu,terpalit jua sedikit rasa tidak puas hati.tapi bukanlah untuk meraih simpati.

sebelum itu,telah menerima sms yang menyatakan adakah saya akan terima tawaran kerja kerana memenuhi semua kriteria yang dinyatakan.ku lengahkan untuk menjawab sms itu agar dapat fikir semasaknya.perlu difikirkan mengenai keluargaku terutama adik bongsuku yang mungkin akan keseorangan dimalam hari jika aku terima tawaran ini.ibu bapaku akan ke Mekah untuk menunaikan Haji,insyaallah.Tawaran yang diberikan kerja syif.Setelah perbincangan serta sesi musyawarah dengan keluarga.ku yakin dengan keputusan yang dibuat.maka panggilan dibuat untuk bertanya lebih lanjut seterusnya memberi jawapan.Baru beberapa patah perkataan,6 perkataan seperti diatas terpacul dicorong telefon.pelik pun ada.tak mengapalah,mungkin bukan rezeki disitu.saje cuba-cuba sebelum exam CCNA.fokusku sekarang hanyalah pada exam tersebut.Insyaallah ku yakin rezeki tetap ada.sebab rezeki semuanya pemberianNya.hanya perlu usaha saja.


dalam keadaan yang masih terfikir peristiwa itu,cuba mencari sesuatu untuk mendamaikan jiwa yang lara..hehe..ku godek-godek siaran radio dalam kereta sewaktu menunggu adik bongsuku balik tuisyen.maka dengarlah aku akan lagu yang didendangkan buat kali pertamanya.waktu itu,ku bersama ibu tersayang menunggu adikku.lagu berdendang dan tiba-tiba ibu bersuara "itu bukan suara Allahyarham ust Asri?".seberapa pantas ku mengiyakan statement ibu dan menambah bahawa lagu yang sedang diputarkan merupakan lagu lama yang diberi nafas baru.seusai lagu tamat diputarkan,DJ bertugas membawa topik kemerdekaan.terasa seakan tertampar jiwa ini(konon2 mcm kene tampar pipi) akan kata-kata DJ bertugas.kita disini menyambut kemerdekaan dengan bunga api yang indah pada kaca mata kasar.namun saudara mara seislam disana?tak main la mercun atau bunga api.ini real punya.ku terfikir juga,bagaimana 1 syawal mereka nanti?mungkinkah seperti kita disini?.tak perlu dinyatakan kerana diri ini pasti,mereka yang berperasaan dapat mengagak akan jawapan pada persoalan diatas.secebis doa itu juga sumbangan bukan?.tanamkan kesyukuran dengan apa yang kita ada.sekian coretan yang tidak tinggi nilai bahasanya.


ini lagu yang didengar sewaktu menunggu.



La ilaha illallah
Muhammadur Rasulullah
Hidup mati kerana Allah
Berjuang fi sabilillah

Wahai para pejuang maralah kehadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau diancam senjata
Kerana Allah kita mara

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya

Hentikanlah penderitaan dan juga kezaliman
Kembalikanlah keamanan di bumi Anbiya'
Berdoa kepada Ilahi
Agar palestin akan merdeka
Kekal sentosa selamanya

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau diancam senjata
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara



p/s:kembali semangat untuk study.moga dimurahkan rezeki

Kad kini

zaman kini budaya memberi kad raya tidak seperti dulu.

sekarang semuanya mudah

sekarang semuanya secara multimedia

flash,photoshop dan segala bagai jadi mainan

hanya untuk menghasilkan satu rekaan

cara paling mudah serta malas editing

ambil saja gambar sendiri

lepas tu taip saje font atas gambar

maka siaplah kad raya versi original anda

**
bagi peminat kad raya

menghias rumah dengan kad raya yang diterima

menjadi seakan perkara wajib

namun kini,bila ditanya

mana kad raya banyak2 macam dulu?

eh,ade(taknak kalah)..sume kat fesbuk

erk~




Saturday, August 28, 2010

Edisi litar tersangkut 4

Analogi:

Kelihatan seorang makcik dalam keadaan terpinga-pinga seakan kesesatan didalam pusat beli-belah.dia tercari-cari dimanakah tandas.penat berpusingan didalam pusat beli-belah,disapanya seorang pemuda yang sedang berjalan namun tak diendahkan.disapanya pemuda kedua,alhamdulillah pemuda itu berhenti memberi pertolongan."nak,toilet kat mana?" tanya makcik."oh toilet,ok makcik jalan terus pastu makcik belok kiri yer.kalau toilet tu tutup,makcik naik je tangga sebelah toilet tu.masuk toilet tingkat atas"respon pemuda itu."terima kasih nak".."sama2".maka berjalanlah makcik itu menuju ke toilet.rupanya,gelagat makcik itu diperhatikan pekerja di kaunter pertanyaan.sempat melirikkan senyuman kepada makcik itu lalu bertanya hendak kemana.ditunjukkan juga arah yang sama untuk ke toilet."makcik kalau ade ape2,tanye je kat sini.bgtau je ape masalah".."baik.terima kasih".~end


p/s:perjanjiannya tiada rahsia

Sunday, August 22, 2010

Muhasabah Ramadhan

Hari raya hari kemenangan
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mehnah
Ada maksud murni yang lebih hakiki

Pada nafsu yang dilentur lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat tarawih
Apakah semuanya telah dimiliki

Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyingkap hijab antara hamba dengan Illahi

Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puasa kita
Adakah masih di tahap lama

Lalu muhasabah di hujung Ramadhan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Oleh sembilu dosa duri angkara

Ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih
Terasakah kita hamba Illahi
Yang hanya mampu mengukir tadbir
Sedangkan padaNya segala takdir


Found at: - FilesTube



p/s:asyik lagu je.haih

Wednesday, August 18, 2010

Langkah Tercipta

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu

Langkah Tercipta~ UNIC



p/s:biarlah lagu bercerita

Monday, August 16, 2010

Bila kita ada ayah dan ibu







sayangilah ibubapa kita

Saturday, August 14, 2010

Fairlady


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

jikalau di lihat pada status fb tu..nampaknya aku tgh berangan.ye ke?haha.takdela..saja je berkecohan dimalam hari bagi merehatkan serta merilekkan kepala daripada software Packet tracer..Entahla,macam mana bole tertarik kat Fairlady pun aku taktau.jangan salah anggap yer bagi mereka yang tidak tahu.Fairlady ni sebuah objek yang mampu bergerak pada kelajuan yang akan menyebabkan anda kene saman,yang pegi bawak laju sape suruh.hehe.Failady ni kereta ye tuan2 dan puan2.bukan awek saya.haha.
sebenarnya agak kerap jugak la aku nampak kereta ni kat area PJ.mungkin dari situ kot mula tertarik.hehe dapat tengok je.kalau ade rezeki,aku tapau sebijik..ahakks..
gambar2 ni dari brand Nissan fairlady 370z..aku pun tak berapa arif pasal jenama nih.




ok dah,cukup berangan sampai di sini.sila sambung tugasan :D

p/s:tidaklah memuji akan kebendaan.sekadar berkeinginan manusia biasa.bersyukur dengan kemampuan yang ada

Friday, August 13, 2010

Good apology

There are three part of good apology


1)I'm sorry

2)It was my fault

3)How do i make it right




Adakalanya

Adakalanya
kita amat seronok pabila perkara
yang kita buat semuanya
smooth dan steady

Adakalanya
kita tak sedar apa yang kita ucapkan
mungkin mengguris sesuatu
mungkin niatnya baik
cuma tak kena cara

Adakalanya
kita rasa tak tenteram bila
ada berbuat kesilapan
dan
adakalanya
kita sudah meminta maaf
tapi seakan tiada kesan
dan
kita taktau nak buat macam mana

Adakalanya
kita jarang diberi peluang
untuk memperbetulkan
apa yang telah dilakukan

Adakalanya
kita terpaksa pretend
yang semuanya ok.

Adakalanya
kita hanya mampu berdoa
moga semuanya
kembali seperti sediakala

Thursday, August 12, 2010

bola-bola

Rahsia bola hitam & putih

Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu
selepas
Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan
tak
Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun
cuma
tinggal bersama pengasuh je.

Lepas Tadika, sementara member2 lain
dah ada basikal, dia masih berjalan
kaki.

Pengasuhnya mengadu kepada
bapanya. "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia
Tak ada basikal...apa tuan
tak segan?"

Lantas...... si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal
yang macam mana
dan si
anak cuma bagitau,

"Tak payah susah2 la
papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..."

Hek eleh takkan
macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?"


"Tak
perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan
itu
je."

Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima
je. maka
dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu,
yang
paling
canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.

Masa
berlalu

kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda.
Sekian lama
si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya
membelikan kasut
roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya
disimpan di dlm
stor..

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi
kepada si bapa.

Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu
tak nak dibelikan
kasut roda
macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat
Papa?. No problem setakat beli
kasut roda je...".

Si anak
menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya
dah
rosak..
Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut
roda.

Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan
papa?"

Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya
kasut
roda, ditambah bola hitam dan
bola putih.

Selang beberapa
tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang.

Sekarang kawan2nya
main permainan lain- main roller blade. musim
rollerblade melanda
kawasan tempat tinggal nya.
Trend baru....

Sementara tu, budak lelaki
tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas
bapanya
pulang dari luar
negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda,
si
bapa jadi malu
sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat
banyak,
keluar
negeri lagi tu......Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman.
Keesokkan
harinya, dalam bilik
anaknya sudah ada sepasang roller blade
baru bersama secebis nota: "Biar
kamu tak
malu".

Pada malamnya,
terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota
tersebut berbunyi:
"Papa, Kenapa tak belikan
bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan
nya."

"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu.
Apalah
istimewanya
bola itam dan bola putih!!?

Keesokkan hari dan
seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota
sebegitu...hingga
dia
tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola
putih
untuk
kesekian kalinya.

Benar, setelah mendapat bola hitam & bola
putih tu, si anak tidak lagi
mendesak bapanya.. Secebis nota juga
ditinggalkan di ruang kerja si bapa..
"trima kasih byk2 papa kerana belikan
saya bola hitam dan bola putih"

Masa berlalu....

Ketika di Sek
Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik
dengan bas,
member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah.
Suatu hari,
ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh
membernya dengan
motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi
sangat
malu.
Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak.

Itulah satu-satunya anaknya.
Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan
anaknya! Maka
ditawarkan
Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak
tawaran
ayahnya dengan alasan motor kurang
praktis, lagipun si anak cuma
inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si
bapa
tidak dapat menerima
penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh
berbincang.
Akhirnya
tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah
pula dgn
bola hitam dan
bola putih semestinya!! .

Tetapi si bapa masih kesal...
Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan
anak lelakinya bola hitam &
bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya
begitu memerlukan sebiji bola
hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula
tak pernah bagitahu kenapa
dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam &
bola putih..

Sehingga
tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti.
Kerana
gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak
dihadiahkan oleh
si bapa sebuah kereta
Ferrari keluaran terbaru.

Akan tetapi, sehingga
beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor
je.

Sehingga
aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik
motoooooor
jeeeee...
Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak
belikan
bola hitam bola putih. Tak
faham perasaan anak
sendiri!

Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn
bapanya. So,
selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk
bertanya
kpd si bapa, kenapa pak cik
tak belikan bola hitam bola
putih?

Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2
tu..huh..sampai
awek anak aku pun
tanya....bila si bapa menanyakan si awek
semula kenapa soalan tu yang di
tanya?. Si
awek pun bagitau, anak
lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh
Ferrarinya selagi tidak diberi
bola hitam & bola putih!!


Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya
sudah begitu banyak bola hitam &
bola putih.
Nak buat apa lagii...,
fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di
hadapan awek
anakmya itu,
maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.

Suatu
hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit
bukau
menaiki Ferrari untuk brsiar2. Yelah,
anak muda kan , ketika tenang memandu
si anak dicium aweknya dan dia jadi
gelabah
dan terus accident!!! Mereka
segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga
dimaklum
oleh pihak polis
tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana
mereka tidak memakai
seatbelt, si
awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak
tenat.

Si bapa tiba di Hospital.."macamman a doktor, anak
saya?"

Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami
telah
berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya... sebaiknya
Encik
manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."

Perlahan si
bapa masuk, mendekati anaknya.

"Papa, maafkan saya..tidak berhati hati
semasa memandu.." si anak juga
menangis
kerana aweknya tak dapat
diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan
dia...akrablah dua
manusia itu
beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat
pertemuan
terakhir antara dia dan anak lelakinya...
Dia teringat kembali persoalan yang
selama ini sering bermain di benaknya
dan keinginannya untuk mengetahui
tentang "mengapa anaknya selama ini
selalu minta bola hitam bola
putih"


"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk...
sehingga kamu
sering
kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan
untuk menjadi ayah yang
baik."

Anaknya menjawab dalam keadaan
lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma
saya kecewa disebabkan papa
ada
kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam
dan
bola putih je kan ?"

Si bapa rasa timing jawapan untuk
persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU
SELALU MINTA BOLA HITAM &
BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"




(anda semua pun ingin tahu kan ...?)



Si anak menjawab dengan nada terputus putus
kerana sudah tidak dapat
bertahan dan
masanya sudah hampir
tiba....



"sebabnya ....saya.. saya... saya...."



Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan
nafasnya hilang. Si anak
sudah meninggal sebelum
sempat memberitau bapanya
tentang bola hitam & bola putih.



Tengok, si bapa yang selalu hidup
bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku
yang cuma bercerita, lagi la tak
tau ape ape. MACAMMANA NI? Kecewa jugak
nih.
Isk!Isk! Isk!........ ..Rasa
nak tumbuk je perut orang yang mula-mula
forward kat
aku.

p/s:copy dan paste.sekadar menghiburkan hati

Sunday, August 8, 2010

Edisi litar tersangkut 3








pastinya ramai yang sudah tahu logo2 diatas bermaksud apa..
1)twitter
2)tumblr
3)facebook-dah letak fb widget kat blog ni.
4)Blog-blog ni la,mane lagi.hehe

buat masa ini,aplikasi internet inilah yang agak aktif layari.pastinya tiap satu mempunyai fungsi tersendiri.twitter untuk update ape saja tapi dgn kadar yang ringkas.tumblr pulak,mcm twitter tapi bole letak gambar,video,audio etc tapi tak seperti blog.facebook tu takyah cerita la.semua orang tahu.yang last tu.yang ni la..hehe.kalau sudi2 tu,folo la yer.tengkiu

Friday, August 6, 2010

Bercerita kosong

Assalamualaikum dan salam sejahtera

hari ini 6 ogos.hari jumaat.tiada yang "special" pun.sekadar nak update blog je.dikala ini aku masih menjalani kursus ICT di PJ.semalam dan sebelumnya ada kelas "effective presentation skill" di OUM(Open University Malaysia).bagi diri ini yang pertama kalinya sampai disitu agak mengagumi suasana disitu.Sesat itu biasa bagi tempat yang kita jarang datang.Kawasannya tidaklah sebesar UiTM atau UKM atau UM atau MMU atau UPSI atau..dan lain2.Walaupun tak besar mana,tapi dirasakan jauh sebab kawasan atas bukit.(kes malas jalan kaki..hehe).
Untuk hari pertama,instructor ingin melihat akan skill individu.Hari kedua skill berkumpulan.
Untuk hari kedua,entah macam mana topik "presentation" jadi camtu..tgk je la gambo.(yang lain2 ada dalam fb aku.sila2 tgk)


why condom??


advantage ye disitu..think positif.hehe

agak2 masuk debate bole menang?berangan je.

keseluruhannya,amat berpuas hati dengan kelas presentation ni.banyak juga kene tegur but it for my own benefit too..haa kan dah speaking..hehe
Harini,kelas CCNA dah mula.Kelas yang aku tunggu2.non-stop termasuk hari ahad juga.huhu..sekian.


p/s:ade junior bertanya,buku ape abg zaini bace ni?...well this not a novel eventhough the thickness merely the same.hihi.....oh ya,aku dah grad dari MMU

Tuesday, August 3, 2010

Edisi litar tersangkut 2






Ya Allah,jangan biarkan aku hilang nilai mahmudah hanya kerana kurangnya harta.