Thursday, September 30, 2010

Syawal 2010

Assalamualaikum

ahha tertaip juga sesuatu disini.Semalam telah berlakunya peristiwa dimana diri yang tak berapa besar ini menghabiskan puasa sunat syawal..bermula pada selasa minggu sebelumnya dan semalam baru tamat.agak lama juga kan.biasalah,sabtu dan ahad agak sukar untuk berpuasa.bukan apa,hanya memenuhi jemputan rumah terbuka serta kenduri kahwin.

Alhamdulillah,tahun sambutan syawal seperti biasa.pulang ke kampung.tahun ini giliran johor mendapat raya pertama.selepas itu baru ke penang pula.yeah aku suka balik kampung.tenang dari hiruk pikuk bandar.cewah ayat macam la hari-hari meredah hutan batu itu.padahal duduk dirumah klik sana klik sini dihadapan laptop kecil ini.

Berbalik pada cerita raya dikampung,selalunya didengari beraya dengan kereta baru,beraya dengan baju baru,rumah baru dan segalanya baru.tapi secara peribadinya,syawal saya diserikan dengan masjid/surau baru.ini bukan masjid@rumah tangga tu ye.

Kenapa taip masjid/surau?.sebabnya,secara fizikalnya kelihatan dari jauh seakan masjid.mungkin efek dari saiz kubahnya.tapi hakikatnya,bangunan yang dimaksudkan adalah sebuah surau.terletak sebelah je dengan rumah atuk,maka tak dapat bagi alasan untuk tidak solat di surau.surau dah dekat,kalau malas juga taktau la nak kata apa.



kedudukan surau lama,rumah atuk,surau baru

Seterusnya,sambutan syawal seperti biasa.kunjung-mengunjung rumah suadara mara.jikalau tak kemana,mulalah tart nenas,semprit,almond london,kekacang,maruku,lemang,ketupat,sambal goreng,lodeh,mee bandung,mee racun dan lain-lain lagi.telan selagi boleh.namun,tiada tumbesaran secara fizikalnya..hehe

Dikala ini,tangan ini rajin sangat membuka balang kuih.pelan-pelan telan kuih raya.tak boleh cepat,sebab stok tak banyak.tak pasal-pasal kena marah nanti.sementara masih cuti,berehat saja dirumah.bestnya cuti..ok sekian.nak gi telan kuih jap.

keluarga belah ayah.dua bayi kecil itu berpangkat cicit



p/s:ade orang komplen,asik tersangkut je sebelum ni

Thursday, September 23, 2010

Edisi litar tersangkut 5

Assalamualaikum,salam sejahtera

haa sekian lama tidak menggerakkan jari untuk menaip diruang legar ini.sebelum ini,jari ini banyak digunakan untuk menaip email job application.entah berapa banyak sudah email dihantar.yang penting kita hantar.cuba selagi boleh.nasib baik gerai makcik jual nasi lemak tak buat iklan kerja kosong di alam maya.kalau tak,pastinya,konfem aku apply.

baru diri ini tahu sukarnya mencari kerja.maklumlah diri ini bukan pemegang mana-mana biasiswa.tidak terikat kepada perkhidmatan mana-mana syarikat.cuma terikat kepada tempoh bayaran balik pinjaman.secara peribadinya,pengalaman mencari kerja agak memberi impak dalam diri ini.kelemahan yang dikenalpasti dalam mencari kerja,cepat-cepat diatasi.bermula dari resume hinggalah kepada sesi temuramah.cara kita bercakap ketika ditemuramah amat memainkan peranan.silap perkataan,konfem tak dapat kerja.namun terdapat cara bagaimana untuk tackle soalan lazim penemuramah.tips saya,banyakkan bacaan.

buat masa ini,diri ini masih belum bekerja.cuma beberapa sesi temuramah telah disusun.mangharapkan yang terbaik buat diri dan secara langsungnya memberi khidmat kepada keluarga.sekadar disini mencoret cerita kosong.hehe.ok mau prepare untuk interview minggu depan.wassalam