Tuesday, November 30, 2010

Proton campur Perodua


harini aku dengar berita katanya penggabungan Perodua dan Proton dah termeterai.(betulkan aku jika aku silap)
sebagai end user kenderaan keluaran syarikat ini,pasti kita tertanya-tanya macam mana produk yang akan datang.dari segi design,teknologi dan mungkin juga nama syarikat.andaikata namanya digabungkan.bagaimana agaknya..kita ambil sama rata.

seakan tiada beza kan.bunyinya seakan kembali kepada nama asal.perlu diingatkan ini sekadar andaian saya yang tak perlu diambil serius.saya berharap penggabungan ini lebih membawa manfaat kepada rakyat malaysia dan produk yang dikeluarkan ditambahbaik dari semasa ke semasa.




p.s:oh kereta sukan

Saturday, November 27, 2010

Hati-hati dijalan raya

Situasi

anda sedang memandu kereta sukan dengan tenangnya.anda menekan paddle minyak dengan mudahnya.anda memandu pada kelajuan minima bagi menepati undang-undang dijalan raya.dikala itu jalan agak sesak kerana waktu itu semua orang berpusu-pusu hendak pulang.anda yakin kereta anda tidak akan meragam sepanjang perjalanan.tiba-tiba anda nampak ada seorang mat motor melintasi kereta anda dan memberi isyarat kepada anda bahawa ada sesuatu pada bahagian kiri kereta.mat motor itu suruh anda ketepi.anda berhenti ditepi jalan dan dia pun berhenti.anda yang blur serta tertanya2 apa yang terjadi lalu keluar dari kereta....haaa bermulalah kebarangkalian anda untuk dirompak pada tahap 0.99999(kalau 1,konfem kene).

situasi diatas adalah andaian cerita daripada pemerhatian aku semalam semasa pulang dari kerja melalui MRR2.memang kebiasaannya MRR2 akan sesak pada waktu petang,tapi hanya pada tempat tertentu sahaja.ya aku bole spot kat mana selalu sesak.tapi jika kesesakan itu berlaku pada tempat yang jarang(maksudnya takda sebab untuk sesak) pasti ada sesuatu berlaku.kereta rosak,buat2 kereta rosak,tercium kereta depan dan sebagainya.namun apa yang aku lihat semalam,kelihatan sebuah kereta kancil dipandu oleh seorang wanita "berehat" di bahu jalan yang sesak.pada pemerhatian aku(mesti la nampak,pergerakan kereta aku amat slow sebab sesak),bateri kereta itu kuat lagi sebab lampu double signal masih terang berkelipan.keadaan fizikal kereta yang lain elok sahaja.aku perhatikan je kereta tu sambil perlahan2 bergerak mengharungi kesesakan.sebaik sahaja melintas kereta yang tengah berehat tu, kelihatan seorang lelaki sedang duduk ala ala penari makyong dihadapan kereta tu kononnya sedang membaiki sesuatu.mungkin wanita tersebut beranggapan lelaki tu tau pasal kereta..haha mane ada mekanik nak duduk ala ala penari makyong tepi jalan.aku tengok je lelaki tu,dia sengih umpama kerang busuk.sah dia bukan mekanik.getus dalam hati aku, dia nak merompak tapi dia guna cara yang sopan.ye la,dia suruh pemandu kereta tu berhenti dibahu jalan dan tiada tindakan kekerasan fizikal.sopan la tu kan..hehe padahal dialah punca kesesakan.namun saya adalah pemandu yang prihatin.saya hanya melihat saja dan berlalu pergi.kalau berhenti,akan menambahkan kesesakan.so tindakan aku ini dianggap betul la kan.hehe.

peringatan kepada saya juga.jikalau kereta tiba-tiba meragam,seharusnya jangan panik.cuba cari tempat untuk meletak kereta dengan segera(selagi kereta masih bergerak walaupun enjin mati).kemudian telefon orang yang anda rasa dapat membantu spt ahli keluarga,penyedia perkhidmatan kecemasan yang anda sertai(AAM,sahabat eon dan lain lain).selepas itu tunggu bantuan sampai.pastinya geng2 towing kereta dah ready kalau ada kereta rosak.lebih2 lagi kat MRR2 tu.anda mungkin hairan dari mana datangnya mereka ini dan macam mana mereka tahu kereta anda rosak disitu.mereka akan offer untuk towing kereta anda,tapi cajnya mungkin agak mahal.disini anda perlu menggunakan otak yang geliga anda itu.jika tempat rosaknya kereta anda itu agak jauh dari kawasan yang anda familiar.maka bolehla guna perkhidmatan mereka.perlu tawar-menawar dulu sebelum membenarkan kereta anda ditowing.jikalau jaraknya hanya 1km dari rumah anda,tak perlulah.tunggu saja bapa anda sampai.

akhir kata.hati-hati dijalan raya.bukan dari segi pemanduan,tapi jenayah di jalan raya.semoga selamat sampai kedestinasi.

Friday, November 26, 2010


one day i will go away.

Wednesday, November 17, 2010

Edisi litar tersangkut 7

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada warga muslim yang menyambutnya pada hari ini.
Harapnya kegembiraannya sama seperti Hari Raya Aidilfitri.tapi secara peribadinya saya sekadar menyambut ala kadar (mungkin lagi rendah dari ala kadar,sekadar).Memandangkan kedua ibubapa tiada pada hari raya kali ni.persiapan sememangnya tiada langsung.bersyukur kepada saudara mara yang datang memberi makanan.juga jiran2.nak harapkan aku?haha memang takde skill memasak.nak beli lemang?malas sangat.so,makan sajalah apa yang ada.

Buat masa ni,sistem badan aku agak terhuyung hayang sikit.baru saja mula keje.setelah agak lama tercari2.maka dapat juga.alhamdulillah.walaupun tidak se"level" dengan rakan seperjuangan yang lain.namun tak apalah.pelan2 cari pengalaman.pernah terdengar seorang brader cakap "ada orang bole dapat level yang tinggi,ada orang kene mula dari bawah.akhir nanti semua sama jugak".mungkin ada betulnya.yang penting fokus.moga aku dapat berbakti pada kedua ibubapa yang dah tak terhitung jasa mereka.

Moga mereka selamat menunaikan ibadah haji. ^-^

Thursday, November 11, 2010

bijak...

Dikala menyelak surat khabar harini.tertarik akan iklan didalamnya

dan yang ini.

bijak-bijak..

Sunday, November 7, 2010

Tika Masanya



Definisi

Klip Video ini mengisahkan kehidupan di dunia ini umpama sebuah perjalanan. Allah menciptakan bumi ini dengan sempurna (hutan yg subur tumbuhnya pokok-pokok yang menghijau). Apabila manusia sendiri yang melakukan kerosakan & kesilapan, Allah akan menguji kita dengan kesusahan dan dugaan(menempuh ribut di padang pasir). Apabila manusia bertaubat dan kembali kpd-Nya, nescaya Allah akan kurniakan rahmat & cahaya kepada manusia seperti memberi peluang yang kedua. Ternyatalah • Haiyya Alossolah • Haiyya Alalfalah • Marilah bersolat & mengingati Allah • Marilah menuju kejayaan!!

ini yang dinyatakan dalam youtube itu sendiri.pertama kali dengar agak lambat tangkap maksud sebalik liriknya.videonya agak gempak juga.sila la tengok.katanya tercalon untuk separuh akhir AJL25.mane yang baik kita ambil buat pengajaran. peace


p/s:ya Allah sesungguhnya hambamu ini berdosa

Saturday, November 6, 2010

Duhai anak

Selamat hari sabtu

pastinya hari sabtu menjanjikan masa untuk berehat serta bermalasan dirumah.mungkin juga ada yang sibuk dengan jemputan kenduri sana-sini.namun apa jua aktivitinya,hari ini tetap hari sabtu.hehe(takde motif sebenarnya).

sekadar mahu berceloteh mengisi bilangan entry yang tak seberapa ini.semalam bersamaan hari jumaat maka berwajiblah bagi tiap2 orang LELAKI muslim mengerjakan solat jumaat.sebelum solat bermula,kebanyakan masjid akan mengadakan tazkirah jumaat.tidak terlepas juga di masjid As-Sobirin di AU5 Keramat.(kebiasaannya solat di masjid wangsa melawati).ketika sampai diperkarangan masjid,tazkirah sudah pun bermula.(adakah saya lewat untuk solat jumaat?)

sekadar ingin berkongsi apa yang berjaya ditangkap oleh memori yang tidak berkelajuan tinggi ini sewaktu tazkirah itu.ustaz membawakan topik mengenai ibu bapa dan anak2 walaupun majoriti hadirin adalah bapa2.pembawaan ustaz amat sempoi.beliau bertazkirah pun santai saja.
antara intipati yang dapat saya refresh(refresh rate 64kbps)

anak2 adalah fitnah(ujian)kepada ibubapa.dan ibubapa juga adalah ujian buat anak2.
sewaktu kecil,ibubapa membesarkan anak dengan sebaiknya.segala kehendak diberi agar anak itu membesar dengan sihat dan diharap menjadi insan berguna sekaligus bertaqwa berteraskan ilmu agama yang diterapkan.ujian tiba tatkala keperluan tidak mencukupi,dilanda wabak penyakit serta lain-lainnya.manakala ibubapa adalah ujian bagi anak2 pabila ibubapa itu mencapai umur lanjut dan perlu dan patut dijaga sepertimana ibubapa menjaga anak2nya.dikala anak2 sibuk dengan kerjaya,ibubapa yang sudah tua dibiar saja.

ustaz juga menegaskan,meskipun menyebut "ah" pun dikira anak derhaka apatah lagi yang panjang lebar gelaran yang kotor dilempar.tidak kiralah apa dialek pun.anda pasti tahu akibat derhaka kepada ibubapa.tidak perlu saya terangkan.tonton sajalah cerita si tanggang.(zaman itu tema batu agak famous mungkin).tapi disini saya syorkan anda singkap kembali kisah Al-Qamah.pasti anda semua tahu kan.seorang yang warak,alim,kuat beribadat sewaktu hidupnya namun apabila ajal bertemu,masalah timbul.untuk lebih faham jom tengok video pendek ini.





pengajaran:keutamaan terhadap ibu lebih tinggi daripada isteri.



p/s:ada atau tiada sama saja katanya.hurm..

Monday, November 1, 2010

KHALIFAH UMAR R.A (versi animasi)









p/s:banyak pengajarannya