Friday, December 31, 2010

Pantun suka-suka

ketupat lemang sedap dimakan
sedap dimakan dengan kuah kacang
kepada rakan-rakan hamba tujukan
salam sejahtera dan selamat datang

mencari idea di tengah malam
entah mengapa waktu ini menjadi pilihan
kepada kengkawan janganlah kelam
jom sama2 kita bersenyum-senyuman

mencoret idea dilaman bonda
sambil ditemani orang tercinta
mengapa insan mudah lupa
nikmat hidup bukan kita yang punya

tetikus keypad monitor cpu
ram harddisk juga motherboard
hidup ini jangan mendongak dagu
kelak diri diburu kelam-kabut

jalan-jalan terlanggar batu
terus disepak entah kemane
kepada kawan yang dah ada jodoh tu
cepat-cepatkanlah majlis walimahnye

gulai rendang feveret semua
enak dimakan di hari raya
tahun baru kan menjelang tiba
moga lebih baik dari sebelumnya

ingin mencoret segala idea
namun akal terbatas jua
ampun maaf saya pinta
jangan ada dendam antara kita


peace no war-sape sudi sila balas pantun ini

p/s:model "cangkung" abad ini

Menjawab tag dari maryam-misswhatever.blogspot.com

menjawab tag dari cik http://maryam-misswhatever.blogspot.com/
inilah hasilnya..tengkiu veri much





Apa pendapat tentang blog pemberi award ini?
Blog beliau nice to see.tak serabut dan tak menyebabkan pc saya hang

Tempat yang paling nak lawat?
MEKAH (setuju dgn pemberi award ni)

3 perkara tentang diri anda....
Kurus dan susah nak membesar
muka kekanakan tanpa misai.hehe-sering menjadi isu bila ditanya umur
saya suka perempuan.saya tak gay.hehe


Thank You

Wednesday, December 29, 2010

Rio congratulate Malaysia team


What u wanna say? the game is over..congratz Malaysia team. :)
Proud to be malaysian


p/s:takde idea untuk post entri sebenarnya

Tuesday, December 28, 2010

Edisi litar tersangkut 8 | Jom makan sate




ahaaa sebelum order sate,meh dengar sat lagu ni.sebenaqnya aku tengah lapaq gila meroyan ni.sejuk membeku kat ofis ni.solat zohor tadi pun badan dok menggeletaq.toksahla bayangkan,aku tau hangpa suma mesti pernah jadi macam aku..dah abes tengok video ni? jom gi makan sate.sape nak ikot.?kat mana yang best?.. hahaha.



entri ini tiada motif sebenarnya.maaf atas kesulitan
..♪ ♫ ♩ ♬ ♭ ♮ ♯


Monday, December 27, 2010

Tahniah buat skuad negara.[ Piala AFF Suzuki 2010 ]








Ehsan sokernet.com

Tahniah!!

Sunday, December 26, 2010

Saya tak gay,saya ok



haha video balasan pada video mamat yang mengaku gay..

oh dunia...

Tag

saye di tag oleh cik sushi http://zureensukasushi.blogspot.com/

soalan-soalannya adalah :-

Apakah status anda?
status YM,FB?..hehe

Ceritakan tentang diri anda.
-buzzy
-23 tahun
-saya tak gay.sy ok ..haha

Ceritakan tentang Blog anda.
blog sendiri.simple are ok.

Apa pandangan anda tentang dunia blog?
dunia blog sangat best.sesedap mekdi dan k-ep-ci


Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog.
jgn buat blog yg byk perhiasan.bole hang pc visitor.nak bace pun takde mood.

Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda.
takde kot.biase2 je

Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
aku pun tak tahu~

(sebutkan seperti dalam lagu misteri mimpi syakila-wings)


tag kepada rakan-rakan:-

cukuplah sampai disini.cewah

saya memang tak berapa pandai menjawab tag.heee

Thursday, December 23, 2010

Ini cerita hari ini

Salam 14 negeri di Malaysia..hehe

Syukur alhamdulillah di panjatkan kehadrat Ilahi kerana hari ini segala urusan pekerjaan,urusan peribadi berjalan lancar.bermula dari jam 6 pagi tadi sampai la lepas isyak ni.oh ya 6 pagi tu aku masih bekerja.shift malam habis jam 8 pagi.kenapa kata 6 pagi.?..ahhaa 6 pagi tu sebenarnya waktu aku dengar radio yang selalu aku pasang dalam kete.radio mane lagi kalau bukan radio no 1 malaysia sekarang ini.Sinar FM la jawabnya,hehe.sememangnya stesen radio ini patut mendapat jolokan no 1 sebab secara peribadinya memang best.lain orang lain citarasanya,tiada bantahan disitu.nak dijadikan cerita,pasang radio kat ofis via internet.dengar sorang2 guna headphone je,so tak kacau orang lain.segmen pagi sememangnya best.tiga orang dj itu memang kombinasi yang terbaik.nak dijadikan cerita lagi,pagi tadi segmen paginya mengenai pertandingan membalas pantun.pendengar akan membuat panggilan dan jual pantun kepada 3 orang dj itu(SY,KE,Krill) dan mereka akan membeli pantunnya.selepas dibalas pantun itu,pendengar yang lain akan sms vote yang mana paling best pantunnya berserta komen.ada pantun nasihat,ada pantun mengada dan macam2 lagi la.memang meriahlah kata orang.aku seorang yang memang minat pantun dengar sampai habislah segmen pagi tu.(waktu iklan aku ubahla)..tergelak sorang2 kat ofis.tapi cover dan masih berkelakuan sopan.lepas keje,sambung dengar dalam kete.hilang mengantuk masa drive.tak stress memandu walaupun sangkut dalam jem.syukur selamat sampai.mungkin disini saya boleh syorkan jika anda murung dipagi hari,meh dengar sinar pagi.at least sengih sedikit pasti terukir.cewah,puji sinar fm nih..terima kasih sinar fm.ini cerita hari ini.


sesampai rumah,tak buang masa terus tidur dan bangun tengah hari.sopan ke?sopan kot,sebab balik pagi.hehe..selesai merehatkan diri,jam 3 petang ke service center HP di damansara untuk menghantar dan mengambil netbook(dapat free melalui pakej streamyx).netbook adik aku rosaknya kat display monitor dan telah dihantar service jumaat lepas,ambil hari ini dan berkadar langsung dengan netbook aku yang rosaknya pada keypad dan tadi baru hantar service.alang2 masih ada warranty,gunakanlah sebaiknya.disebabkan cuti,maka ada masa untuk urusan itu.disini mungkin aku bole memberi pujian lagi sekali buat HP khasnya service center kat damansara tu.proses cepat.mungkin aku punya complaint tak serius dan aku datang bukan peak hour so cepatla prosesnya.borang yang perlu diisi kelihatan besar saiz A4 tapi bahagian yang perlu ditulis sikit je.suasana dalam ofisnya pun tak serabut.kaunter urusan juga banyak.takperlu tunggu lama.kalau kerosakan teruk dan ade hal management ke macam isu warranty dan lain2,lama la kot...ribuan terima kasih kepada orang "customer service" kerana tidak menunjukkan memek muka yang menjengkelkan meskipun customer itu sangatlah noob dalam hal2 komputer(itu bukan aku ye).ini cerita hari ini.



walau ape pun yang berlaku hari ini,semuanya datang dari Tuhan.apa yang aku lalui semuanya going smooth.tiada tensi dikepala tiada senak didada,tiada duka dihati.cewah...segala kesusahan itu ujian dan kesenangan itu juga ujian.kesusahan itu menguji kesabaran dan kesenangan itu menguji sejauh mana kita akan terleka dengan nikmat senang itu..sejak kebelakangan ni aku asyik puji2 je.takpela,perkara yang patut diberi penghargaan mesti diberi.mungkin ada baiknya.meskipun orang atau organisasi yang aku puji takkan baca blog ini.ini cerita hari ini. sekian

Tuesday, December 21, 2010

Terima kasih abg polis cyberjaya

Salam se-jah-te-ra

ribuan terima kasih aku ucapkan kepada abg sarjan polis cyberjaya sebab melayan kami dengan baik ketika membuat laporan kemalangan.alkisahnya bermula sebaik sahaja tamat shift jam 8malam.aku dan dua lagi teammate as known as yen and nana mahu pergi dinner.seperti biasa,sebelum pegi discuss dulu nak makan mana.susah betul nak decide."nak makan mane?""ntah,ko nak kat mane"..begitulah kalau nak pegi dinner lepas keje.kata putus,kedai mamak jugak.maka restoran nazmaju la jawabnya.aku pun on je la.yang penting dapat makan.waktu tu hujan pulak,memang kelaparan sungguh.tunggu punya tunggu,kelibat atau nama lain batang hidung nana pun tak nampak.nak kata jauh tak jugak.actually pegi naik kete masing2,lps makan terus balik.lagi sekali tunggu punya tunggu tak sampai jugak si nana ni.selang beberapa saat,yen dapat call dari nana.yen bagitau aku,nana accident.sesaat aku terkejut dengar berita tu.maka bergegaslah aku dengan yen menaiki "kete sukan" yen yang telah diubah suai prestasinya setaraf v-tec dan mivec berserta supercharge.cumanya power stereng je belum lagi upgrade.hehe (abesla aku kalo yen bace ni,penuh dengan metafora).tempat kejadian adalah di persiaran cyberjaya point timur.pasti taktahu kan kat mane.meskipun anda merupakan pelajar mmu cyberjaya atau menetap di cyberjaya.sebab kita tak pernah nak amik tahu nama jalan kat cyberjaya tu.yang kita tahu,kat bangunan ni sebelah "dia" ade kedai tu.alaa depan sikit kedai ni.betul kan?hehe.lokasi kemalangan berlaku di

terima kasih anonymous


lebih kurang macam ni la pelanggaran itu


maka berpusinglah kete nana 180 darjah setelah dilanggar oleh kete hitam dibahagian belakang.robeklah bumper kete nana dengan lampu belakang kanan pecah.syukur orangnya selamat.menurut cerita nana orang yang langgar tu keje di HSBC dan dia dah lambat masuk keje.shift malam masuk pukul 8 malam kot.waktu tu jam 8 lebih.katanya lagi dia akan datang balik selepas report-in duty kat bos dia.tapi kami tunggu punya tunggu tak datang jugak.ingatkan bole la settle terus.tapi dah tak datang,repot polis je la.nasibla nana cam nombor kete tu.maka bergeraklah kami ke balai polis."bergerak..wahai demi untuk negara~"(lagu selingan).

sesampai di balai polis jam 9.15+- malam, terus terjah kaunter nak buat repot.maka dengan penuh dedikasinya abg polis yang berada dikaunter melakukan tugasnya dengan penuh hati2.dengan penuh hati2.diulang,dengan penuh hati2(fahamkan maksudnya).segala info penting pengadu diambil.sistem disitu kita dapat lihat apa yang ditaip kedalam repot.maknanya screen monitor di duplicate kan view nya.satu arah abg polis,dan satu lagi arah kita.fungsinya mungkin kita bole bagitau jika ada kesalahan ejaan dan lain2.perlu teliti sebab nak claim insuran.selesai buat repot,proses soal siasat oleh abg sarjan pulak.mungkin mahu lebih detail pasal kejadian tu.dalam 10.40mlm baru selesai soal siasat.patutla lama,abg sarjan tunjuk video rakaman cctv.rupanya masa yang di set pada kamera tak sama dengan real time.maka proses tracing waktu accident jadi lambat.abg sarjan bagitau cyberjaya dgn putrajaya fully utillized camera system.so kengkawan,jgn anggap tiang kamera itu sebagai perhiasan semata-mata.dari waktu lepas keje sampai settle urusan dengan polis,baru sambung niat pegi makan.itu pun jam 11 malam.fuh lama.kebetulan esoknya aku shift malam.dapatlah rehat lama sikit.dan aku smp rumah tgh malam.alhamdulillah.
aku memang respek kat abg2 polis kat cyberjaya.tak meninggikan suara seperti kat balai polis lain.harapnya bukan sebab duit gaji baru masuk atau lain2.harapnya ikhlas la ye..sekian.:D

Sunday, December 19, 2010

Mata ini berkaca-kaca sebenarnya

Salam hari ahad

kembali lagi aku untuk mencoret apa yang dirasa.cuti 4 hari memang seronok.namun dalam seronok itu,tercalit juga kesayuan di hati.sekadar bercerita disini atau mungkin memberitahu mengenai apa yang dilalui sepanjang cuti ini.kisahnya bermula pada jumaat 17.12.2010.kami sekeluarga telah merancang untuk ke Seri Iskandar,Perak (landmark mudah,UTP)bagi menghadiri majlis perkahwinan sepupu(perempuan) saya yang berlangsung pada 18.12.2010..macam biasa la saudara-mara datang awal bagi menolong apa2 yang patut.maka kami sekeluarga pun memulakan perjalanan ke utara.sesampai diutara,macam biasalah.terus masuk kerumah pengantin,salam2 sedara mara,sembang2,tolong2 apa yang patut.buat pertama kalinya mencucuk bunga mangga.bole tahan juga hasil tangan aku.hehe..segalanya berjalan lancar.keceriaan tergambar pada wajah hadirin.pada malam itu akan diadakan majlis akad nikah.maka persiapan dilakukan pada petangnya.pada malamnya,berlangsunglah majlis akad nikah.syukur semua nya ok.maka dengan sah sepupu saya bergelar isteri pada suaminya.suasana semasa akad nikah pasti ramai yang tahu kan.saya yang melihatnya pun,fuh..neves pun ade.padahal tengok je..hehe.konon2 amik feel.
"makteh,tak gentar punya.konfem tak gagap"gurau aku kat makteh aku sebaik saja selesai majlis akad nikah.hehe.aku agak close dgn makteh aku.mungkin suke bergosip..haha.dalam dok bergosip,kadang2 aku pun kene jugak bahan.siap berempah lagi kene bahan.heee.layankan saje.baru meriah.kalau nak bergurau sikit pun tak bole.memang tak best la.selesai majlis tu.dah kemas2 ape yang patut.maka baliklah family2 sedara mara ke hotel.tak jauh dari rumah pengantin.


dan


dalam masa berehat dan tidur.kami mendapat panggilan dari johor pada pagi 18.12.2010.itupun setelah beberapa kali saudara mara di johor membuat panggilan.ini disebabkan hotel yang kami menginap,biliknya takde tingkap.maka line telefon sekadar satu bar saja.itu pun antara dapat tak dapat.ditakdirkan Tuhan.panggilan itu dapat menembusi telefon ayah saya.dengan tak semenanya,satu family terjaga.saya pun dapat mesej dari sepupu."nenek dah meninggal"..maka dengan pantas terus kami bersiap dengan kadar segera.saya orang last solat subuh.maka ekspress la jawabnya.mudah-mudahan diterima solat saya.rezeki Tuhan,kami dengan cepatnya telah bersiap untuk bergegas ke Batu Pahat.sempat juga bagitau sedara mara yang berhampiran dengan bilik hotel kami.tepat 6.40 bergeraklah honda stream itu dengan kadar kelajuan 100km/h di jalan kampung.dengan berbekalkan enjin v-tec berkapasiti 1.8..160 km/h adalah kelajuan statik di lebuhraya.dari tapah melintasi tanjung malim seterusnya rawang dan damansara.1 jam lebih masa diambil(termasuk berhenti di rnr).kelihatan papan tanda Cyberjaya,Putrajaya,KLIA dan Johor Bahru.maka simpang kekiri diambil melintasi stadium shah alam dan terus memecut dilebuhraya elite dan susur keluar di nilai.160km/h dikurangkan menjadi 120km/h tatkala terlihat kereta polis peronda(lancer) di tepi lebuhraya yang sedang bergerak perlahan mencari mangsa.pabila sudah hilang kelibat kereta itu.kelajuan kembali pada asal.bilangan high beam tak dapat dikira.

dalam jam 11 lebih kami tiba.terus ke kubur.jenazah nenek telah diuruskan dengan segera.tergambar wajah kecewa pada ayah saya kerana tak sempat melihat ibunya buat kali terakhir.tipulah jika saya tidak merasakannya juga.mata ini ditahan agar tak meleleh.bacaan yasin disedekahkan kepada arwah nenek.selesai dikubur,pulang ke kampung.bertemu sedara mara yang sampai awal.terus dicari atuk.taktahu apa yang dirasa atuk waktu itu.wajahnya tenang.selesai majlis tahlil arwah pada malamnya.sempat juga mendengar kisah disaat2 akhir hayat nenek oleh makcik sy yang merupakan adik kepada ayah saya.sayu mendengar kisahnya.tahan2 jgn meleleh.mata ini berkaca-kaca sebenarnya menahan kesedihan.sempat bersembang dengan atuk.disini dapat dilihat beza orang yang mempunyai agama dalam diri dengan mereka yang hanya ada agama pada nama.atuk merupakan bekas imam disurau berdekatan(sebelah rumah surau).atuk bagitau,kalau Tuhan nak ambil takkan terlewat sesaat pun.sayu lagi hati ini.diceritakan juga adik beradik nenek bermimpi orang ramai di rumah.ada yang mimpi sebulan awal,ada yang mimpi seminggu sebelum.tapi nenek mimpi sehari sebelum.terdetik dalam hati.mungkinkah diri ini mendapat petanda awal juga.amalanku baru sedikit.sayu lagi.

Namun,dalam kesayuan itu.aku tidak boleh lari dari menunaikan tanggungjawab.kerana ahad 19.12.2010 aku kerja.kerja shift,inilah realitinya.jam 9 suku malam bertolak aku seorang diri menumpang kereta sepupu ke KL.dan kini aku dah di KL ditemani kucing-kucing yang lena tidur disisi aku dan aku cuba untuk tidur.disebabkan masih gagal untuk melelapkan mata.maka tercoretlah entri ini.

Sesungguhnya dari Tuhan kita datang,kepadanya kita pulang.wassalam

Wednesday, December 15, 2010

Saga Facelift(FL)

Salam hari rabu 15 disember 2010

Proton kini telah memperkenalkan satu lagi model keretanya yang mana telah dilancarkan perasmian @pengenalannya pada hari ini.model yang diperkenalkan diberi nama Proton Saga Facelift(FL).secara mudahnya,model kereta ini adalah penambahbaikan atau upgrade dari model keluaran sebelumnya.model ini digerakkan dengan enjin campro yang mana masih sama pada keluaran sebelumnya.tak perlu cerita panjang,sebab dah keluar kat berita.pastinya ramai dah tahu.








diantara perubahan@upgrade yang dapat dikenalpasti




Design bahagian depan


Bahagian belakang


Lampu yang agak style


Tambahan lampu signal pada sidemirror


Sport rim.saiz masih sama 14"


Fabrik kusyen(Saga FL yang kanan)


Sistem audio.masih clarion.tambahan port usb dan aux


Butang kawalan audio pada stereng


power window untuk keempat-empat tingkap


airbag untuk penumpang hadapan.
model sebelumnya tiada.


Disebabkan penambahbaikan.maka harganya pun ditambahlah juga.


secara peribadi,jika dibandingkan harga dan upgrade yang dilakukan agak munasabah.lebih2 lagi airbag untuk penumpang hadapan.punbagaimanawalau,saya belum lagi nak beli kereta.tgh kumpul duit.chek nak kawen oi..hehe.sekian

Tuesday, December 14, 2010

i think i need a vacation

saya rasa mahu pergi bercuti atau berjalan2.kat mana yang best??


naik bukit?


mandi sungai?


berpantai-pantai?

terasa ingin kesana kesini bagi merehatkan diri walaupun takla penat mane pun.sekadar mahu membelai diri.hehe.

"Pakcik menang moto"(award dari norshamimi.blogspot.com)

salam jam 8.34malam

sebenarnya bukan dapat moto.tapi award didunia blog.haa?serius saya taktau rentak dunia blog ni.ade award2 rupenye.maka dengan ini.inilah awardnya

'Create
http://norshamimi.blogspot.com/

award ini diterima kerana menjadi follower yang ke 100.tengkiu very much.disini beliau suruh aku jawab 2 soalan
1)bile nak kawin?
2)dah kawen ke belum?

haha perlu ke aku jawab.tidak tidak.itu bukan soalannya.saja aku reka.ok ini soalannya

a. ape perasaan anda bila dpt award ni?
sesungguhnya saya seakan takde perasaan pada mulanya.sebabnya taktau pun dpt award ini dan taktau ada award2 segala bagai.by the way tengkiu again


b. ape pendapat anda tntg blog Cik Mimie ni..
blognya sgt pinky winky.sesuai kot dgn orang perempuan.by the way,thats your blog.Watever U Like To Write.hehe

Last but not least

Thank You




Duhai Aseelah...



salam hari selasa.

dikala ini aku masih belum tidur.sebab?aku keje malam.hehe..ok2.takmau cerita pasal keje.kalini aku mau kongsikan seh-su-wa-tu dengan anda semua.dikala aku sedang merayap dialam maya ini.aku ternampak satu gambar yang dikongsikan oleh kawan.tengkiu yer shah mivec.nama beliau di fb.dikala umat malaysia dok sibuk mempertikaikan kereta keluaran proton yang baru itu.sedarkah kereta proton juga telah di ambil rekabentuknya untuk dijadikan satu model yang lain.percaya?ok,taknak cerita panjang.meh tengok sini.


Satria Neo + Pesona = Aseelah

Picture source: Nissan-Arabia

Aseelah.kereta cap kuda putih.Kombinasi proton satria neo pada bahagian depan dan proton pesona untuk bahagian belakang.aku tercari juga gamba enjinnya,tak jumpa pula.entah2 campro jugak.hehe melawak saja.sebagai rakyat malaysia,apa kata anda.?

FYI,Ferrari=kereta cap kuda hitam.jodoh merekakah?

Saturday, December 11, 2010

Sabtu..huh!


salam

selamat hari sabtu.huh!
harini aku keje.huh!
dan juga esok.huh!
tiada istilah hari minggu.huh!
jalanraya pagi ini tak jem.huh!
kat ofis tak ramai orang.huh!
dan sekarang patutnya aku perlu buat keje.huh!

ok,babai

Friday, December 10, 2010

Implikasi tinggal solat

Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu
Subuh Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.

ZuhurDosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.

AsarDosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.

MaghribDosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.

IsyakAllah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”


masih tak cukup?mari kita tambah lagi kenikmatan azab meninggalkan solat

Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:

Dunia

1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Sakaratul Maut

1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
3. (su’ul khatimah)
4. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Alam Barzakh

1. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
4. (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)

Hari Qiamat

1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat
2. Allah SWT tersangat murka kepadanya.
3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.


sebagai manusia yang mempunyai akal yang waras,pasti anda semua faham benar maksud yang disampaikan.tiada alasan yang patut diberikan dalam hal solat ini.lebih-lebih lagi jika anda seorang yang mempunyai daya ilmu yang sangat tinggi,perihal solat sepatutnya menjadi keutamaan."pergi kelas boleh,takkan subuh kantoi"..itu dulu.kini,"takkan tak sempat subuh.kalau ia pun kerja" (khas bagi mereka yang bekerja shift macam aku).anda patut malu dengan diri sendiri jika tak mampu melengkapkan diri dengan tuntutan 5 fardhu ini.tiada guna mulut berkata saya cuba untuk berubah,padahal satu inci perubahan pun terbergerak.takde guna menanam azam tiap kali tahun baru kalau perangai masih sama macam dahulu.dalam bahasa remaja "ko ni poyola"..yes,anda punyai otak,maka gunakanlah.Jom solat!



p/s:kecewa dgn budibahasanya

Wednesday, December 8, 2010

Cuti oohoi

salam hari rabu.

Alhamdulillah sudah melangkah ketahun baru hijrah.selamat tahun baru buat umat islam semuanya.

cuti maal hijrah jatuh pada hari saya bercuti.opss sebelum tu,saya ni kerjanya ikut shift,4 hari kerja,4hari cuti.2hari siang 2 hari malam.kebetulan cuti maal hijrah jatuh pada hari terakhir shift malam untuk minggu ni.nampak macam best je cuti lama.sesungguhnya memang best pun.hehe.andai ada urusan,tak perlu amik cuti.namun disebalik cuti yang lama itu,kerjanya bukanlah mudah(bagi saya) untuk berjaga 12jam pada permulaan ini.jikalau shift siang,insyaallah tegar mata ini terbuka.namun shift malam.antara jam 2 pagi sampai 6 pagi adalah waktu paling kritikal.kritikal bukan masuk ICU ok!..kritikal bermaksud,gaya saya seakan bz melihat skrin monitor jika dilihat pada pandangan belakang.(bayangkan sendiri la yer).hakikatnya,mata ini menahan mengantuk.kejap celik,kejap pejam.sampai satu tahap,perlu jua basuh muka sambil terlompat2 di pantry.kononnya bole hilangkan mengantuk.(harapnya tiada kamera dipantry).itulah hakikat kerja shift.taktau kat luar tu ape berlaku.namun tetap bersyukur kerana sudah bekerja.

bekerja didalam bangunan TM namun bukan staff TM

cuti yang ditunggu telah tiba,namun takdir Tuhan merubah segalanya.dikurniakan demam sebagai bayaran cuti panjang. bersyukur dikurniakan demam ini.walaupun tak dapat claim MC,pasti ada hikmahnya.tiap yang berlaku pasti ada cerita disebaliknya.maaflah,diri ini agak tidak proaktif jika sakit.mana taknya,malas makan ubat.memang layu la.sesungguhnya diri ini tidak suka akan ubat.makan dlm keadaan terpaksa.telan aje..doakan moga cepat sembuh.





p/s:tak perlu bertengkar tak perlu bermasam muka

Friday, December 3, 2010

Kereta konsep Proton & Perodua

Salam hari jumaat.

kembali lagi aku memposting entri pasal kereta malaysia.aku rasa ramai yang dah tahu(kalau tgk berita la)pasal kereta konsep yang dikeluarkan oleh proton serta perodua yang telah dipamerkan di KLIMS-Kuala Lumpur International Motorsport Show 2010.sempat juga membaca diforum mengenai kereta-kereta ini.abaikan seketika komen-komen diforum itu.disini aku hanya nak tunjuk bagaimana rupa kereta konsep yang dipamerkan.

Perodua- Bezza





Proton - Tuah




Proton-Jebat




Proton-Lekir




Proton-Kasturi




Proton-Lekiu



Keseluruhannya,sangat stylish.biasalah,nama pun kereta konsep.bagi mereka tak tahu makna kereta konsep,mari baca ni.

A concept vehicle or show vehicle is a car prototype made to showcase a concept, new styling and new technology. They are often shown at motor shows to gauge customer reaction to new and radical designs which may or may not have a chance of being produced.

Concept cars never go into production directly; in modern times all would have to undergo many changes before the design is finalized for the sake of practicality, safety and cost. A "production-intent" vehicle, as opposed to a concept vehicle, serves this purpose.

Concept cars are often radical in engine or design. Some use non-traditional, exotic, or expensive materials, ranging from paper to carbon fiber to refined alloys. Others have unique layouts, such as gullwing doors, 3 or 6 (or more) wheels, or special abilities not usually found on cars. Because of these often impractical or unprofitable leanings, many concept cars never get past scale models, or even drawings in computer design- wiki


tak perlulah komen yang bukan-bukan.pastinya korang rasa nak "tumpang duduk" kalau ada member yang beli kereta baru.


p/s:wahai pahlawan,mari kita pergi berjumpa puteri gunung ledang bagi menyampaikan hajat sultan.naik kereta sendiri..yeah.