Monday, April 4, 2011

disitu berakhirnya..


sebelum tu,nak kongsi sikit pasal gambar ni.gambar ni ditangkap menggunakan kamera digital biasa dengan mode incandescent didalam setting white balance.keadaan sebenar gambar ni ketika suasana panas terik,mentari petang.anda cubalah.

gambar diatas adalah pemandangan diluar ofis.hehe kekantoian disitu ye.saya lepak seketika diluar ofis sambil tangkap gamba.ambil angin sekejap.waktu kerja tamat jam 8malam.berbaki 2jam lagi.sekadar bercerita kosong saja.4/4 tamatlah kontrak saya dan rakan-rakan sekompeni di cyberjaya.maka selepas ini akan keofis asal di shah alam.dicyberjaya ni sekadar ofis sementara saja,menguruskan satu projek di telekom.projek tu dah mula sejak disember 2008 lagi.maka diri ini adalah orang2 yang agak terakhir join projek disini.nak buat macam mane.habis study tahun 2010 then amik training segala bagai pastu barulah dapat kerja.namun diri ini tetap bersyukur kerana dimurahkan rezeki mendapat kerja.kisah2 ketika mencari kerja biarlah rahsia.hee.

juga boleh dikatakan murah rezeki dapat kerja kat sini.sebabnya dapat jumpa kawan2 masa study dahulu kala(macam la lama sgt ).kawan2 yang ditaja oleh telekom perlu bekerja untuk telekom.memang rezeki anda lah.lepas study tak perlu susah2 cari kerja.namun,tak kisahlah.rezeki masing2 Tuhan yang tentukan.mari2 nak share gambar rakan dipejabat.

work space

sesungguhnya aku sangat enjoy berkerja disini.namun apa nak buat.kontrak dah tamat.maka balik ke ofis asal.pastinya aku akan merindui kawan2 aku.tiap pertemuan pasti ada perpisahan.sekadar nak ucap selamat berkerja buat rakan2.selamat berkerja dengan ikhlas.semoga sukses dalam apa jua dilakukan.semoga berjumpa lagi..wassalam

4 comments:

fa-in said...

SubhanAllah cantik nye awan,suke2!
btw,selamat bekeje rajin2.

Zinnirah Al Jannah (".) said...

Hoho! Memang keje kat situ kejap ek? Awat x habaq~ Dah x sempat nak terserempak dah la... :D

buzzy said...

ciptaan tuhan..memang cantik kan..
selamat study rajin2

buzzy said...

zini:kontrak dah abes kat situ.maka pulang la ke ofis asal.mcm mane nak habaq,awk tu bz..ade rezeki bole terserempak lg