Wednesday, August 10, 2011

Terima kasih wa syukran


Salam everibadi.

wah macam ramai je yang jenguk sini padahal takde pun.pertamanya saya dengan rendah diri mahu mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini dengan jayanya.bagi mereka yang sedar akan kelebihan bulan ini,pastinya hari-harinya penuh dengan aktiviti serta amalan yang tidak sia-sia.

sekadar menaip serta mengisi masa seketika dengan bercerita yang mungkin tidak memberi manfaat pada seseorang.dikala ini diri ini sedang holiday (tapi dok rumah je la) menanti tarikh untuk lapor diri di tempat kerja baru.syukur alhamdulillah kerana diberi peluang untuk berkhidmat di tempat baru.jujurnya,agak sukar nak cari kerja.berbekalkan degree dengan pointer yang cukup makan amatlah sukar untuk melobi diri sendiri di pentas pekerjaan.aku melalui tujuh interview dan interview kelapan barulah diberi rezeki oleh Allah pekerjaan.fresh grad dapat keje,hepi la kan.amat berterima kasih pada IBIL (M) SDN BHD kerana memberi peluang untuk berkhidmat disana.tempoh perkhidmatan hanyalah 10 bulan.ok kot.pastinya aku banyak belajar dan aku seronok bekerja disitu sekaligus mengenali suasana industri IT,Telco negara ini.melompat dari satu syarikat ke syarikat adalah perkara biasa cumanya janganlah kejap2 melompat.profil kita pun jadi tak cantik sebab terlalu kerap melompat.so melompatlah dengan berhemah.
di bukit jelutong shah alam

17 haribulan ni aku akan lapor diri di syarikat kedua aku bekerja.mula kerja dibulan puasa agak memberi cabaran juga.cabaran seterusnya,mungkinkah dapat cuti raya ni?itulah persoalan yang aku pun taktau camne nak jawab.dah masuk keje nanti baru tau camne.redha dengan ape keputusan bos.adat orang baru keje,menurut perintah selagi mana ia relevan.syukur alhamdulillah.

bakal berkhidmat disini

just sharing story,syarikat ni yang ke 15 aku attend interview dan yang ke 7 selepas IBIL.nampak macam aku sungguh2 nak lompat kan? actually tak la sungguh2 pun.cuma mencuba nasib untuk memastikan kemandirian skill yang belajar dulu tidak hapus ditelan masa.

aku bercerita ini bukanlah niatnya ingin menunjuk,cuma berharap kawan2 or maybe junior aku tak putus usaha untuk mendapat pekerjaan yang mereka inginkan.dimana ada kemahuan disitu ada jalan.yang penting teruskan usaha,doa dan tawakal.Insyaallah pasti ada rezeki buat anda.disini serba sedikit rentetan kompeni yang aku attend interview.mane tau kawan2 plak yang ada rezeki kerja kat tempat yang aku pernah attend interview,nak apply pun bole.baca dari bawah keatas.google la nama tiap kompeni untuk tahu lebih lanjut.

Mesiniaga
Mahindra
at&t
Reckitt Benckiser
Ranhill Worley Parsons
Silverlake
HP-3 kali
Ibil
Chungco Technologies
HP
Teledirect Telecommerce
Pantheon Malaysia
Netstar logicalis
Scicom- projek astro transformer
Brightnexus


Salam Ramadhan buat semua.

6 comments:

Unknown said...

Salute bro~ aku pn nk ucapkn salam ramadhan dan ribuan trima kasih pada ko yg dh byk membantu aku utk 'celik mata' dlm dunia IT (networking especially) ni..ape pn aku ucap kn well done and good luck bile keja tpt bru tu nt..kalau ade lg lobang2 best bleh la share2 erk..hehe ;P

fa-in said...

sampai 15 tu,cograts bro!
err..sy dpt rasa kegerunan di alam kerja. hrp masa berlalu dgn lambat.

kerja rerajin.

buzzy said...

unknown : aku tau sape ko.hehe..sekadar membantu sesama kawan.insyaallah akan disharekan jika ada kekosongan.teruskan usaha beb

fa-in: ada kawan sampai 30.so ape la sgt sy yg hanya 15.tapi sekadar berkongsi pengalaman.so in future,be prepare ok.

Anonymous said...

aisehhh baca dr bawah ke atas.. mcm OSI layer la pulok.. haha.. anyway congrats! tak sangka brader ni bloggers rupenye... :D

chronicle said...

assalamualaikum.. aisehh mcm osi layer dah, kena baca dari bawah ke atas... haha anyway congrats and goodluck kat kampeni baru brader.. salute!!

buzzy said...

anonimes:hehe OSI layer tak byk mcm ni.thanks.baru nak menapak dlm bidang network.byk kene belajar lagi ni.mohon didoakan sesama rakan.

chronicle: waalaikumussalam..aku pun tak perasan dah mcm OSI layer.kebetulan je.ko pun tahniah jugak.awal2 dah dpt.hehe